Ryana tidak dapat fokus di dalam kelas. Dia banyak termenung dan diam. Dia juga sentiasa bersendiri. Kerja sekolah juga tidak dibuatnya. Training juga dia tidak turun. Semua orang seakan akan tertanya dengan tindak tanduknya itu. Syika dan Fakhry berasa sangat kasihan pada Ryana dan juga Fayyad. Fayyad juga seperti Ryana. Dia sangat risau akan Ryana. Ryana sentiasa mengelak daripadanya. Ryan dan Farah juga tidak dapat membantu. Mereka sedang sibuk dengan percubaan SPM yang bakal menjelma.
Waktu rehat itu Ryana duduk di perpustakaan. Masih lagi dengan iPodnya dia membuang pandangan ke luar tingkap. Kelihatan pelajar pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 sedang berpusu pusu masuk ke kelas kerana waktu rehat mereka telah tamat. Giliran Tingkatan 4 dan 5 pula berehat. Lamunan Ryana terhenti apabila dia terdengar seseorang berdehem. Ryana berpaling. Hazim sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Boleh saya duduk ?" Tanya Hazim. Ryana mengangguk perlahan. Hazim telah pun duduk di kerusi hadapannya.
"Dah lama saya tengok Ryana macam ni. Ryana ada masalah ke ?" Tanya Hazim prihatin. Ryana hanya menggeleng malas mahu melayan.
"Kalau ada masalah cerita lah kat saya. Saya boleh jadi pendengar setia Ryana." Ujar Hazim lagi serius. Ryana memandang sepasang anak mata yang sedari tadi tidak lepas memandangnya itu.
"Saya okay. Hazim boleh tak biar saya sorang sorang kat sini?" Pinta Ryana.
"Okay. Tapi apa apa ni nombor saya." Balas Hazim lambat sambil menghulurkan sekeping kertas yang tercatat nombor telefonnya. Dia pun meminta diri. Tidak lama kemudian, Syika dan Fakhry pula muncul dan duduk di sebelah dan hadapan Ryana.
"Ryana." Panggil Syika lembut.
Ryana hanya memandang mereka kosong.
"Kenapa kau macam ni ?" Tanya Syika. Tiada balasan.
"Jangan seksa diri kau."ujar Syika lagi.
Suasana senyap.
"Ryana." Panggil Fakhry lembut.
"Kau bukan seksa diri kau sorang tau." Tambah Fakhry.
"Kau ingat Yad senang lenang tengok kau macam ni ? Sakit pening dia kau ambil tahu ? Kau isteri dia tau."ujar Fakhry. Ryana mendengar akan butir bicara Fakhry terus memandang Fakhry dan Syika.
"Ye dia tak sihat. Fikirkan kau." Jawab Fakhry seakan faham akan pandangan Ryana.
"Syika. Ry." Panggil Ryana.
"Tolong jagakan Yad sekarang. Aku.. aku still perlukan masa."pinta Ryana sayu. Air matanya bergenang.
"Tak susah pun Ryana kau bagi dia 10 minit untuk dia explain semuanya. Please." Ujar Fakhry lagi. Ryana hanya mengangguk perlahan.
"Yes. But not now." Ujar Ryana. Fakhry dan Syika mengeluh.
Fayyad sedang berada dalam tandas untuk mencuci mukanya. Batuk dan selsema betul betul menganggu moodnya. Sedang dia mencuci muka, kedengaran tapak kasut menuju ke tandas. Dan telinganya dapat menangkap nama Ryana disebut sebut. Dia dengan segera menyorok di dalam tandas.
"Aku bagi dia nombor aku tadi."ujar suara yang sangat dikenali Fayyad.
"Kau rasa dia akan contact kau ke ?" Tanya seorang lagi.
"Dia takkan boleh lari lah dari aku. Banyak cara aku boleh guna untuk jatuhkan Ryan dan Ryana is the best way."ujar suara itu. Fayyad yang mendengar sangat terkejut. Jantungnya berdegup laju.
"Hazim nak jatuhkan Ryan ? Melalui Ryana ?" Bisiknya dalam hati.
Selepas dia memastikan Hazim dan rakannya keluar dari tandas, dia pun keluar. Kepalanya sibuk berfikir tentang Hazim. Dan tiba tiba dia terlanggar seseorang. Bau kegemarannya menusuk hidung. Langkah Fayyad terhenti. Jantungnya berdetak hebat apabila matanya bertemu dengan sepasang anak mata yang cukup dirinduinya itu.
"Ryana." Panggil Fayyad lembut.
Ryana yang tersedar cepat cepat melarikan pandangannya dan terus berlalu. Fayyad mengeluh perlahan. Dia tahu dia tiada daya untuk meyakinkan Ryana. Dengan berat, dia membuka langkahnya menuju ke kelas.
Jantung Ryana berdegup laju melihat sepasang anak mata yang begitu sembap dan redup itu. Mukanya juga kelihatan merah padam dan bibirnya pucat. Hatinya tidak sanggup melihat keadaan suaminya seperti itu. Dia terus melangkah melepasi Fayyad dan masuk ke tandas. Perasaan serba salah menyerbu hatinya.
"Sorry Yad. Aku perlukan masa." Bisik hati kecilnya.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...