Perpisahan

253 15 0
                                    

Hari itu hari Ahad. Mereka semua bercadang untuk menyambut kemenangan Ryana dan Fayyad dengan makan tengah hari. Mereka telah berkumpul seawal jam 10 pagi untuk outing. Mereka menunggu bas seperti biasa untuk ke mall berdekatan. Setibanya mereka di mall, jam menunjukkan pukul 11. Mereka masing masing bersetuju untuk berjalan jalan terlebih dahulu sebelum makan tengah hari. Ryana, Lisa dan Amy berjalan sekali ke kedai peralatan sukan. Ryana membelek belek kasut sukan di kedai itu manakala Lisa dan Amy di bahagian baju. Ryana termenung melihat kasut itu.

Flashback.

"Kak Tya. Cantik kan kasut ni ?" Tanya Ryana sambil menunjuk sepasang kasut Nike sukan berwarna biru kepada Tyara. Tyara hanya mengangguk. Seminggu kemudian, Tyara ingin menghadiahkan kasut itu kepada Ryana namun malang tidak berbau. Tyara dirempuh kereta selepas membeli kasut itu dan meningga dunia di tempat kejadian.

End.

Ryana cepat cepat meletakkan kasut yang dipegangnya kembali ke tempat sebelum berjalan laju ke tandas. Sungguh Ryana rindukan Tyara. Selepas menenangkan diri, Ryana keluar daripada tandas. Dia melangkah untuk kembali ke kedai tadi. Sudah pasti Lisa dan Amy mencarinya. Tiba tiba langkahnya terhenti apabila dia dikelilingi sekumpulan lelaki. Makin lama makin dekat. Ryana semakin tidak senang. Lelaki lelaki itu memberikan senyuman yang sangat menakutkan kepada Ryana.

"Hi cantik." Sapa salah seorang daripada mereka sambil mengelus lembut wajah Ryana namun Ryana sempat menepis.

"Amboi kasar. I like." Ujar lelaki dihadapannya itu.

"Korang nak apa ?" Tanya Ryana memberanikan dirinya.

"Soalan paling tepat. Mesti lah nak awak si cantik manis." Jawab lelaki itu lagi kini cuba untuk memegang tangan Ryana. Ryana sudah menggeletar.

"Jangan harap." Ujar seseorang daripada belakang lalu melayangkan penumbuk percuma kepada lelaki tadi. Rakan rakannya yang lain mengerumuni lelaki itu.

"Yad." Panggil Ryana perlahan. Fayyad menarik Ryana ke belakangnya.

"Kau siapa ? Takde pun tadi dengan budak ni." Tanya lelaki yang lain pula.

"Bakal suami dia. Baik korang pergi kalau tak nak dapat yang sama macam dia" Jawab Fayyad mengugut. Namun Ryana memegang tangannya menghalang daripada dia berbuat demikian.

"Weh jom lah blah." Ujar lelaki tadi mengajak rakan rakannya yang lain.

Sebaik sahaja mereka yang lain beredar, Fayyad terus menghadap Ryana yang sedang tunduk. Badannya sedikit menggigil.

"Ryana." Panggil Fayyad lembut namun tiada respon. Fayyad kemudian menarik Ryana ke dalam dakapannya. Dia mengusap lembut kepala Ryana.

"Dah jangan takut. Aku ada." Pujuk Fayyad. Ryana masih senyap. Traumanya masih belum hilang.

"Lepas ni nak pergi mana mana jangan sorang. Bagitahu aku." Ujar Fayyad lagi.

"Yad." Panggil Ryana perlahan. Fayyad menunduk ke bawah dan dia melihat wajah Ryana di dadanya sedang mendongak ke atas. Jantung Fayyad berdegup laju. Ryana melepaskan pelukan lalu mengambil tangan Fayyad.

"Yad tangan kau darah." Ujar Ryana serba salah.

"Oh. Kena tindik dia tadi kot." Jawab Fayyad tergagap gagap.

"Pergi basuh jap." Suruh Ryana dan Fayyad hanya mengikut. Kemudian, Ryana membersihkan luka itu dengan tisu sebelum melekatkan plaster di tangan Fayyad. Ryana tergelak kecil manakala Fayyad mendengus geram.

"Sorry. Aku ada plaster gambar panda tu je yang tinggal." Ujar Ryana sambil menahan tawa. Tiba tiba telefonnya berbunyi. Lisa menelefon.

"Jom. Dorang tunggu dekat Manhattan." Ujar Ryana. Mereka berjalan beriringan dan Fayyad menggenggam tangan Ryana kemas. Ryana terkejut namun dia berasa selamat dan hanya membiarkan. Mereka berjalan masuk ke Manhattan dan kedua dua mereka sangat terkejut apabila melihat begitu banyak belon dan ada perkataan "congratulations" digantung pada dinding. Wajah mereka berdua sangat terkejut namun wajah rakan rakan mereka lagi terkejut melihat mereka.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now