Hari ini merupakan hari Ahad. Hari terakhir sebelum "first war" tiba. Selepas solat subuh berjemaah di surau, Ryana tidak dapat melelapkan matanya. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Group abang panas berapi
Mirza : hello ladiess. Jom study group.
Risyad : good morning semua. Bangun !
Lisa : morning. Jom study.
Syaza : dekat mana ?
Ryana : jommmmmmmmm.
Fakhry : Ryana dah sihat ke ?
Leon : haah lah kau ni Ryana.
Ryana : dah. Eh jom lah. Kat wakaf depan ni nak tak ?
Syafiq : on !
Lisa : on !
Syaza : on !
Fakhry : on !
Mirza : on !
Rin : on !
Leon : on !
Risyad : on !
Ryana : on !
Syafiq : mana Amy ?
Syaza : amy kata dia lewat sikit. Nak tidur.
Syafiq : cehh..Ryana tergelak kecil. Dia pun bersiap memakai seluar palazo hitam, tshirt berwarna kelabu dan shawl hitam ringkas. Selepas mengemas buku bukunya ke dalam bag, dia pun turun ke bawah dengan Lisa, Rin dan Syaza. Ryana sempat membeli air kotak minuman Yeos Yogurt original untuk bekalannya. Mereka menunggu di wakaf beberapa minit sebelum hero hero mereka datang dengan riuhnya. Tiba tiba air kotak minuman Ryana diambil dan ditukar dengan air kotak perasa yang sama tetapi yang lain. Sekali lagi telah terbuka. Dia memandang ke atas mencari siapa empunya gerangan.
"Si syringe ni kenapa ?" Bisik Ryana dalam hati pelik. Fayyad menyedut air kotak minuman milik Ryana tanpa mempedulikan Ryana yang terkejut dengan tindakannya itu.
"Korang dua ni memang takde air lain nak minum eh ?" Tanya Fakhry.
"Sedap." Jawab Ryana dan Fayyad serentak.
"Jodoh tu." Usik Mirza. Fayyad menayang muka selamba dan Ryana telah pun mencebik.
Mereka menyambung ulangkaji mereka dan sesekali tawa mereka meletus. Tiba tiba telefon bimbit Ryana berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Nombor siapa ni." Tanya Ryana pelik. Dia pun menekan butang angkat.
"Hello. Ryana. Faris ni." Tegur si pemanggil.
"Oh Faris. Kenapa ?" Tanya Ryana. Rakan rakannya yang lain sibuk mencuri dengar.
"Ryan nak cakap." Lalu Faris memberi telefon bimbit kepada Ryan.
"Budak busuk. Kat mana ?" Tanya Ryan.
"Kau tak reti tanya kat group ke ? Kenapa guna nombor Faris ?" Marah Ryana.
"Biar lah. Nanti senang dia nak contact kau. Usik Ryan.
"Jangan lah bagi dia harapan." Tegur Ryana serius.
"Okay sorry. Kau kat mana.?" Tanya Ryan.
"Wakaf depan dorm. Study group." Jawab Ryana malas.
"Okay kau tunggu sana." Balas Ryan terus mematikan panggilan.
"Apa punya abang jual nombor adik kat member." Rungut Ryana sendirian.
"Kau kenapa Ryana bebel sorang." Tegur Syaza.
"Abang aku lah tak boleh pakai." Jawab Ryana geram. Mereka kembali mengambung ulangkaji mereka. Jam hampir menginjak ke jam 12. Ryana sedang menggeliat kecil. Rakan rakannnya ada yang tidur, ada yang mendengar lagu dan ada juga yang bermain game. Tiba tiba terdengar bunyi deruman enjin semakin mendekat.
"Ryasa !!!!!!!"Jerit Ryana tiba tiba. Dia dengan segera menyarung seliparnya dan berlari ke arab kereta gang telah siap diparkir tadi.
Kelihatan seorang kanak kanak yang sangat comel muncul dari dalam kereta dan berlari memeluk Ryana. Ryana kelihatan sangat bahagia.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Подростковая литератураSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...