Ryana memisat matanya dan pergerakannya sedikit terbatas kerana Fayyad memeluknya erat. Ryana tersenyum senang. Dia mengambil peluang itu untuk memerhati segenap inci wajah suaminya itu.
"Bulu mata dia ni kalau ukur dengan pembaris mahu setengah pembaris panjang."bebel Ryana perlahan.
Ryana tersenyum sendiri dan sempat mengucup pipi Fayyad sebelum cuba untuk bangun tanpa mengejutkan Fayyad. Namun tanpa disangka, Fayyad merangkul Ryana dengan lebih erat.
"Mana cukup satu je." Omel Fayyad sambil tersenyum namun matanya masih tertutup. Ryana menahan malu dan hanya terdiam mengetap bibir.
"Sayangggg." Panggil Fayyad lagi manja apabila Ryana masih mendiamkan diri.
"Err...bangun...sol..solat subuh."balas Ryana tergagap gagap.
"Nak satu lagi. Satu je."pinta Fayyad dengan muka kesian dan comel. Ryana terperangkap. Fayyad tetap mendesak dengan manja dan mengada. Tanpa diduga, Ryana mencium pipi Fayyad beberapa kali sambil mengira.
"Sembilan. Sepuluh. Okay cukup 10 pagi. Jangan minta dah." Ujar Ryana lalu mengambil peluang keemasan ini untuk meloloskan diri daripada Fayyad memandangkan Fayyad sangat terkejut dengan tindakan Ryana sebentar tadi. Muka Ryana seperti mahu meletup. Fayyad tersenyum bahagia sambil memegang pipinya.
"Pagi pagi goda aku." Bisik Fayyad dalam hati sambil tersenyum.
Selesai solat Subuh, Ryana turun ke bawah diikuti Fayyad. Ryana ke dapur untuk menyiapkan sarapan manakala Fayyad menonton televisyen di ruang tamu.
"Kakak panggil Fayyad sarapan." Arah Puan Afni. Ryana hanya mengangguk faham dan melangkah ke ruang tamu mencari pujaan hatinya itu. Sebaik dia tiba di ruang tamu, dia hanya tersenyum kecil sambil mengeluh.
"Sayang tak cukup tidur lagi ke ?" Kejut Ryana perlahan sambil mengelus lembut pipi Fayyad. Namun tangannya terhenti apabila Fayyad menangkap tangannya.
"Panggil lagi sekali." Pinta Fayyad tersenyum.
"Ha panggil apa ?" Ryana yang tersedar akan keterlanjuran katanya semakin membahang.
"Panggil macam tadi. Sekali je."pinta Fayyad lagi.
"Mengada." Ryana terus menarik tangannya dan berlalu meninggalkan Fayyad. Ryana membebel memarahi diri sendiri menuju ke meja makan.
"Kakak mana Fayyad?" Tegur Ryan. Langkah Ryana terhenti.
"Allah aku kejut tadi nak ajak sarapan. Macam mana boleh lupa nak ajak ni." Omelnya lagi dalam hati. Tangannya hampir sahaja mampu menepuk dahi sendiri namun belum sempat, ada jentikan di dahinya terlebih dahulu. Fayyad dihadapannya tersenyum dan mengambil tempat di meja makan diikuti Ryana.
Selesai bersarapan, Puan Afni dan En Rahimi menghantar Ryasa ke tadika sebelum mereka pergi ke tempat kerja masing masing. Ryana pula mengambil tempat di ruang tamu menonton kartun. Tidak lama kemudian, Fayyad pun muncul dan melabuhkan punggungnya di sebelah Ryana. Fayyad memberi isyarat kepada Ryana supaya mendekat namun Ryana hanya menjelir lidah. Fayyad tergelak dan dia merapatkan kedudukannya dengan Ryana sambil memeluk bahu Ryana. Tanpa disuruh, Ryana melentok pada bahu Fayyad.
"Ryana." Panggil Fayyad memecah kesunyian. Ryana mendongak memandang wajah kacak suaminya itu.
"All of this is not an act. Yes I find you on purpose, we meet on purpose, this marriage is on purpose but I fell for you was unplanned. Trust me. " luah Fayyad. Riak wajahnya serius. Jelas keikhlasan terpancar dari anak matanya yang mula berkaca. Ryana sebak mendengar luahan hati itu.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Ficção AdolescenteSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...