Seminggu telah berlalu. Syaza telah pun dibenarkan keluar wad dan bersekolah seperti biasa. Pembelajaran juga berjalan lancar. Esok merupakan hari Sukan. Jadi hari ini merupakan hari terakhir untuk menyiapkan persediaan akhir untuk khemah, pasukan perbarisan, kostum, atlet dan sebagainya. Pihak sekolah telah pun memberi satu hari pelepasan untuk menyiapkan segala persiapan.
Ryana sedang duduk bergelak ketawa dengan Farah bersama ajk perhiasan. Mereka sedang sibuk menyiapkan kostum dan hiasan khemah. Tema Topaz pada tahun ini ialah puteri lebah.
"Ryana ni asyik kacau kakak je. Baik lah tolong." Rungut Farah geram asyik diusik Ryana.
"Ryana mana reti seni seni ni." Jawab Ryana sambil tergelak. Farah menarik muncung.
"Okay okay. Ryana boleh tolong apa ?" Tanya Ryana serius.
"Betul ni nak tolong ?"tanya Farah dengan mata yang bersinar sinar.
"Betul. Kakak ni menakutkan lah."balas Ryana.
"Esok acara Ryana yang ke 3 dengan 5 kan ?" Tanya Farah. Ryana mengangguk pelik.
"Okay esok lepas subuh datang dorm kakak tau." Ujar Farah sambil tersenyum senyum.
"Eh lah esok pula." Rungut Ryana.
"Pleaseee." Balas Farah sambil mengerdipkan matanya beberapa kali membuat aksi comel.
"Kakak ni Ryana tau bukan abang Ryan." Usik Ryana. Farah terus menarik muncung.
"Haa elok dah tu muncung tu. Boleh sangkut hati saya kat situ." Usik seseorang yang tiba tiba menyertai mereka. Muka Farah merah menahan malu. Ryana tergelak besar.
"Abang apa kacau kakak Farah ni. Kesian dia blushing." Bebel Ryana tiba tiba dia berasa kasihan pada Farah.
"Biar lah comel." Ujar Ryan sambil menongkat dagu merenung Farah. Namun pandangannya tiba tiba dihalang oleh tangan yang kecil itu.
"Gatal eh. Bagitahu ayah ibu nanti." Ugut Ryana.
"Assalamualaikum." Sapa Faris. Tawa mereka terhenti.
"Faris. Dah ready nak kalah ?" Tanya Ryan dengan bongkak. Faris tergelak.
"Topaz ada Ryana dengan Fayyad lah brother." Balas Faris turut bongkak.
"Ryan jangan mimpi nak menang lagi." Ujar seseorang dari belakang namun suara itu sangat Ryana cam.
"Eh okay lah kakak. Ryana minta diri dulu."ujar Ryana tiba tiba.
"Lah nak pergi mana ?" Tanya Farah seraya memegang tangan Ryana.
"Panas. Nak cari air." Ujar Ryana lalu meninggalkan mereka dengan tanda tanya. Ryan dan Fayyad saling berpandangan dan Fayyad akhirnya mengeluh perlahan.
"Eee sakitnya hati tengok mamat tu. Boleh buat selamba je. Geram ! Kalau Faris dengan kakak Farah takde kat situ, aku dah tumbuk tumbuk dia." Bebel Ryana sambil menggenggam penumbuknya berjalan ke arah mesin air. Dia mengeluarkan sekeping not RM 1 dan dimasukkan ke dalam mesin. Mulutnya masih terkumat kamit membebel. Sejurus selepas itu, air yang dibelinya diambil.
"Dah lah cari gaduh je reti. Minta maaf tak. Ayah pula kenal baik je dengan dia. Haa Ryasa lagi lah ! Geramnya !" Ryana masih lagi membebel.
"Opocot !" Latah Ryana tiba tiba apabila air kotak di tangannya dirampas. Dia mengeluh berat apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Kemudian Ryana pun berpusing namun sempat ditahan Fayyad. Mereka kaku di situ.
"Kau nak apa ?"tanya Ryana malas.
"Kenapa ni? Marah aku ?" Tanya Fayyad pula. Ryana mengeluh lagi dan ingin berlalu pergi.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...