Hari itu merupakan hari Sabtu. Tiada aktiviti kokurikulum dijadualkan untuk minggu itu jadi mereka hanya berehat di bilik. Ryana sibuk mendengar lagu di iPodnya sewaktu Amy dan Rin sedang asyik berbual di katilnya. Ryana yang sedang menyanyi kecil tiba tiba menjerit. Sebiji bantal hinggap tepat di mukanya. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Amy dan Rin sedang tersengih busuk. Maka berlaku lah adegan baling membaling bantal antara mereka.
"Weh weh stop!" Jerit Amy sambil ketawa. Ryana dan Rin berhenti membaling bantal dan terbaring keletihan dengan sisa baki tawa mereka.
"Weh bestnya takde apa apa hari ni. Kalau setiap minggu macam ni kan best."Ujar Rin.
"Alaa tak dapat jumpa abang Huzairi aku." Rungut Ryana.
"Aku pelik dengan kau. Faris bukan main handsome kau tolak. Fayyad yang paling kacak tu kau tak nak. Alih alih nak Huzairi yang muka jambu tu." Bebel Amy selamba.
"Letty Amylia, jangan sampai aku lettyou go." Usik Ryana yang mengundang tawa Rin. Amy mencebik.
"Alalala merajuk dah dia." Pujuk Ryana sambil mencubit pipi Amy. Amy pun ketawa melihat reaksi muka Ryana.
"Weh mana Lisa ?" Tanya Ryana.
"Lisa kata nak turun jap. Jumpa orang." Jawab Amy.
"Haa itu lagi sorang. Apa yang dia nak sembunyikan pun aku tak tahu. Kalau betul dia dengan si Risyad bagitahu je lah." Bebel Rin lagi.
"Aku rasa sah lah dia dengan Risyad." Sambung Ryana.
"Mana Syaza ?" Tanya Amy pula.
"Dia cakap family dia datang." Jawab Rin seperti kerunsingan.
"Kenapa kau ?" Tanya Ryana yang perasan akan kerunsingan Rin.
"Takde apa lah." Balas Rin kemudian dia senyum segaris.
"Korang jom pergi dobi." Ajak Amy.
"Jom." Sahut Ryana dan Rin serentak. Mereka kemudian bersiap dan berjalan menuju ke dobi.
"Awat lengang sangat ni. Hujung minggu kot." Tanya Amy.
"Mungkin dorang guna hari Ahad kot selalu." Balas Rin. Selepas memasukkan baju mereka ke dalam mesin basuh, mereka pun duduk di kerusi luar dobi sambil bersembang. Sesekali tawa mereka jelas kedengaran.
"Amboi dari dorm kitorang boleh dengar korang gelak."sapa seseorang yang muncl dari arah tangga.
"Ryana ni lah. Mengarut je kerja." Jawab Amy.
"Sembang pasal apa ? Nak tahu juga." Tanya Leon.
"Ryana ni. Nak tackle Huzairi. Macam macam cara. Ada ke dia nak buat buat terlanggar Huzairi lah. Lepastu konon nak datang perjumpaan kelab lambat supaya Huzairi perasan dia lah. Idea tak masuk akal." Cerita Amy dengan tawanya yang masih berbaki.
"Ryana. Kau ada Faris kot. Tak payah try hard sangat." Balas Leon turut ketawa.
"Aduh semua Faris. Spoil mood betul lah."ujar Ryana.
"Habistu Fayyad ?" Tanya Shafiq pula.
"Monyet tu? Haihh." Ryana mengeluh panjang mengundang tawa mereka. Mereka pun berborak sehingga tiba waktu makan tengah hari. Mereka berjalan bersama ke dewan makan. Setibanya di dewan makan, bau ayam goreng sangat memikat hati Ryana. Perutnya berbunyi bunyi.
"Ryana favourite kau." Ujar Amy. Ryana tersenyum kegirangan.
"Upin ipin betul kau." Ujar Leon apabila melihat Ryana dengan laju memintasi line dan kini berada di tempat paling hadapan. Mereka makan sambil berborak dan bergelak ketawa. Rin yang sedang ketawa tiba tiba diam apabila matanya menangkap sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya. Syaza. Dengan papanya di tepi sebuah kereta mewah BMW. Dia kelihatan seperti mengesat air matanya.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Novela JuvenilSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...