'First War'

266 15 1
                                    

Pagi itu Ryana berjalan dengan gang aspurinya menuju ke kelas. Setibanya dia di kelas, dia terus menuju ke mejanya.

"Ryana rajin betul Faris ni." Tegur Syika.

"Kenapa ?" Tanya Ryana.

"Tu haa." Tunjuk Syika ke atas meja Ryana. Ada sebungkus roti, beberapa biji gula gula dan air kotak minuman Yeos Yogurt yang telah terbuka beserta sekeping nota kecil di letak di atas meja Ryana. Ryana mengambil nota kecil itu dan membacanya.

Good luck for your very first war.

-Faris Adha

"Oh jadi dia lah yang bagi air kotak ni." Teka Ryana dalam hati.

Ryana pun menyimpan roti itu ke dalam bag, gula gula itu ke dalam poketnya dan dia menyedut air itu seperti biasa.

"Lisa aku ada satu soalan untuk kau." Tanya Ryana serius. Lisa pun berpusing ke arah Ryana.

"Soalan apa ?" Tanya Lisa juga serius.

"Risyad ke Risyad ?" Tanya Ryana laju.

"Risyad." Jawab Lisa juga laju dan kemudian dia terdiam. Amy, Rin, Syaza dan Syika telah pun ketawa terbahak bahak.

"Weh senangnya kau kantoi dengan Ryana!" Usik Amy dengan tawa yang masih bersisa. Muka Lisa merah padam.

"Ryana !!!" Marah Lisa geram. Ryana juga turut ketawa.

"Itu pun nak rahsia. Kitorang semua dah tahu lah." Giliran Syaza pula bersuara.

"Amboi riuhnya. Aku dengar namaku disebut sebut. Kenapa ?" Tanya Risyad tiba tiba. Hero hero yang lain juga telah pun tiba.

"Kekasih hati hang seru." Balas Ryana sambil menahan tawanya. Risyad kemudian memandang Lisa dan mengangkat kening memberi isyarat. Lisa hanya menggeleng sambil tersenyum malu.

"Haa kenapa pandang Lisa ? Ryana tak sebut nama pun." Usik Rin pula. Risyad pula terdiam. Dia menggaru kepalanya.

"Okay lah korang. Good luck tau." Ucap Risyad sebelum pergi menyelamatkan diri. Sekali lagi tawa mereka meletus.

Tidak lama kemudian, guru kelas mereka Puan Sari masuk ke kelas.

"Okay semua duduk tempat masing masing. Bag semua letak dekat luar. Hanya alatan tulis je dibenarkan masuk."Arah Puan Sari. Semua pelajar kelas itu pun mengikut arahan. Kertas soalan bahasa Melayu diedar dan peperiksaan bermula tepat jam 8 pagi. Ryana menjawab dengan penuh semangat dan fokus.

Selepas peperiksaan bahasa Melayu tamat, kini giliran subjek Sejarah pula diuji. Ryana dari awal lagi telah kecut perut. Sebaik dia membuka kertas soalan, dia cuba mengaplikasikan tips yang diajar Fayyad. Setelah hampir 2 jam berlalu, Ryana meletakkan pennya. Dia berasa sangat senang hati kerana dia berjaya menjawab soalan Sejarah itu dengan lebih mudah dan tenang.

"Thanks nyet." Bisik hati kecilnya.

Selepas peperiksaan tamat, mereka sekumpulan berkumpul.

"Ryana awat bahagia sangat ?" Tanya Fakhry.

"Mana tak bahagia. Dapat jawab Sejarah guna tips kekasih hati." Jawab Syika.

"Ee si monyet tu." Bebel Ryana.

"Eh takde orang sebut nama Fayyad pun." Balas Risyad mengenakan Ryana balik. Mereka semua ketawa.

"Ah kekasih hati pun kekasih lah. Asal dapat jawab Sejarah." Balas Ryana sambil membuat muka comel. Tiba tiba dahinya dijentik.

"Aduh datang dah monyet ni." Rungut Ryana.

"Eh KEKASIH HATI datang pun nak merungut ?" Tanya Fayyad sengaja menekankan perkataan kekasih hati itu.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now