Hazim Faiq

257 11 0
                                    

Ryana terjaga pagi itu dan dia sedar dia masih dalam dakapan suaminya yang masih tidur. Diambil kesempatan itu untuk merenung wajah lelaki yang bertakhta di hatinya.

"Yad bangun. Solat jom." Kejut Ryana sambil menguis rambut Fayyad. Fayyad membuka matanya kecil. Kelihatan Ryana di sebelahnya tersenyum manis.

"Good morning."ucap Ryana manja.

"Morning sayang." Balas Fayyad sambil mendepakan tangannya.

"Haip solat." Marah Ryana.

"Alaa sekejap je." Pujuk Fayyad.

"Nak sekejap ke nak lama ? Kalau nak lama lepas solat." Umpan Ryana. Fayyad terus segar mendengar tawaran Ryana. Dia terus bangun dan sebelum dia berlalu ke tandas, dia sempat mencium dahi isterinya itu. Ryana tergelak kecil.

"Gatal." Bisik hati Ryana.

Mereka berdua solat berjemaah dan kemudian mereka membaca yassin bersama sama. Ryana sedang melipat telekungnya sewaktu dia merasakan ada tangan melilit pinggangnya. Ryana yang terkejut berpaling. Fayyad tersenyum manis ke arahnya.

"Ni kenapa ni ?" Marah Ryana sambil mengambil selangkah jarak daripada Fayyad. Fayyad menarik muncung sedepa.

"Tadi kata lepas solat." Rajuk Fayyad.

"Gatal. Tak nak lah peluk kau. Kau siapa." Balas Ryana. Tanpa disedari, dia telah melukakan hati Fayyad. Fayyad tersenyum kecil dan berlalu meninggalkan Ryana di bilik itu sendirian. Ryana serba salah. Selepas selesai mengemas katil, Ryana turun ke dapur untuk membantu Puan Fatimah.

"Ma mana Fayyad ?" Tanya Ryana.

"Dekat kolam ikan dia tu lah kot." Jawab Puan Fatimah. Hati Ryana gelisah memikirkan suaminya. Selepas makanan siap dihidang, Ryana berjalan ke arah kolam ikan itu. Kelihatan Fayyad sedang duduk termenung di tepi kolam itu. Ryana berdehem.

"Jom sarapan." Ajak Ryana. Tanpa berpaling ke arah Ryana, Fayyad terus berlalu masuk ke dalam rumah. Ryana semakin gelisah dan serba salah. Sepanjang sarapan juga Fayyad hanya berdiam diri.

"Ryana dah siap kemas barang ?" Tanya Tyani selepas mereka mengemas meja makan.

"Belum. Ryana pergi kemas dulu eh." Ryana meminta diri. Dia pun masuk ke bilik. Kelihatan Fayyad sedang mengemas bag sekolahnya. Sebaik sahaja Ryana masuk ke bilik, Fayyad menyusun langkahnya untuk keluar.

"Yad." Panggilan Ryana mematikan langkah Fayyad. Perlahan lahan Ryana mendekati Fayyad dan Fayyad dapat merasakan ada tangan melilit pinggangnya. Ryana memeluk Fayyad daripada belakang dengan erat.

"Aku minta maaf. Please. Aku tak sengaja. I was just joking." Pujuk Ryana. Fayyad masih belum memberi balasan. Ryana semakin gusar. Dia melepaskan pelukan dan beralih ke hadapan Fayyad pula.

"Yad."panggil Ryana lagi sambil mengetuk dada Fayyad kerana Fayyad sedikit pun tidak memandang Ryana.

"Aku minta maaf. Jangan marah aku. Aku tahu aku berdosa cakap macam tu. Please." Rayu Ryana lagi. Kini pandangannya ditundukkan. Hatinya sebak. Tiba tiba dia merasakan dirinya di bawa ke dalam pelukan. Ryana mengangkat mukanya dan matanya bertembung dengan mata hazel milik Fayyad.

"Maafkan aku ?" Pujuk Ryana lagi.

"Satu syarat." Ujar Fayyad.

"Syarat apa ?" Tanya Ryana ingin tahu.

"Jangan dekat dengan Hazim Faiq."pinta Fayyad. Ryana terkejut seketika.

"Okay. Tu tak jadi satu masalah." Jawab Ryana. Fayyad melepaskan keluhan lega.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now