Kali ini mereka bersungguh sungguh mengulangkaji pelajaran. Kerana berdasarkan keputusan mid semester ini, kelas mereka akan dirombak semula. Ryana yang masih belum sihat tetap menggagahkan diri belajar dengan tekun. Begitu juga Syika, dia nekad untuk tidak mahu kalah dengan Feera.
"Syika aku penat lah."adu Ryana sambil meletakkan kepalanya di atas meja.
"Kau rest lah dulu weh. Teruk sangat kau study ni." Ujar Syika kerisauan. Sambil itu Syika berpaling ke deretan meja belakang yang menempatkan hero hero mereka. Fakhry mengangkat kening bertanya kenapa dan Syika hanya mengangkat bahu.
Tidak lama kemudian, Ryana terjaga dari lelapnya. Matanya yang kabur itu mengamati wajah yang sedang tekun belajar di sebelahnya.
"Handsomenyaa dia ni." Bisik hati kecil Ryana.
"Kau kenapa senyum senyum tengok aku." Tegur Fayyad. Muka Ryana merah membahang.
"Eh bila masa kau kat sini." Balas Ryana gelabah. Fayyad tersenyum lucu.
"Kau okay tak ? Jangan lah push sangat." Ujar Fayyad.
"Hmm kalau tak push nanti macam mana kalau result aku teruk. Kalau aku kena tukar kelas nanti macam mana hm." Luah Ryana yang sedikit risau.
"Jangan risau. Kau boleh buat. Aku selalu doakan kau." Pujuk Fayyad dengan senyuman manis sekali. Ryana mencebik.
"Haa buat muka. Nak exam ni tak berkat tau buat muka dekat suami." Sengaja Fayyad menekan perkataan suami itu dengan kuat.
"Weh nak semua orang tahu ke macam mana." Marah Ryana. Fayyad tersenyum kembali.
"Takpe nanti lepas exam kita pergi bercuti okay." Ajak Fayyad sambil mengenyit mata. Wajah Ryana gembira sekali mendengar ajakan Fayyad.
"Nak. Kita nak pergi mana ?" Tanya Ryana excited.
"Honeymoon." Jawab Fayyad bersahaja mengundang sedakan Ryana yang sangat kuat.
"Ryana kau okay ?" Tanya Amy apabila mendengar Ryana tersedak tiba tiba . Hampir satu kelas memandang ke arahnya sekarang.
"Okay okay aa aku okay." Ryana cuma memalsukan senyumannya. Fayyad di sebelah hanya mampu menyembunyikan tawanya. Ryana mencubit paha Fayyad geram.
Hari esok merupakan hari ketiga peperiksaan berjalan. Selesai prep malam, mereka semua mengemas bag untuk pulang ke dorm. Keriuhan mereka mampu didengari dari jarak jauh. Lagi lagi apabila Leon kerap mengusik Amy.
Ryana telah pun mencuci muka, menggosok gigi dan bersedia untuk tidur apabila telefon bimbitnya bergetar. Senyumannya terukir di wajah.
Good night my Queen ❤️
Ryana kembali meletakkan telefon bimbitnya di sisi bantal dan melelapkan matanya dengan perasaan berbunga bunga.
Pagi esoknya mereka semua berjalan ke kelas seperti biasa. Wajah Ryana semakin pucat namun dia tetap mengagahkan dirinya.
"Ryana. Kau makan ubat tak ni?" Tanya Syika risau.
"Dah. Tak lut pun." Adu Ryana sambil terbatuk batuk.
"Nak pergi hospital ?" Tanya Syika lagi. Ryana pantas menggeleng.
"Habis exam aku sihat lah ni." Jawab Ryana.
Mereka menduduki peperiksaan itu dengan lancar kecuali Ryana. Dia tidur sejam terakhir kerana tidak larat menyebabkan ada beberapa soalan yang tidak sempat di jawabnya.
"Mana Ryana ?" Tanya Fayyad apabila melihat sekumpulan rakan rakannya itu tetapi tidak nampak kelibat Ryana.
"Yad. Aku tak tahu lepas hantar kertas dia terus pergi." Jelas Amy.
YOU ARE READING
Welcome to Penjara Berbayar
Teen FictionSeri Ryana Afza. Seorang remaja berusia 16 tahun yang akan melangkah masuk ke sekolah berasrama tidak lama lagi atas paksaan kedua ibu bapanya. Dia seorang gadis yang lasak, keras kepala namun sangat senang digauli. Oleh sebab itu, ibu bapanya ingin...