Kem Kepimpinan 2

217 11 6
                                    

Aktivit malam pertama ialah latihan dalam kumpulan. Mereka dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan dan membuat aktiviti bersama. Setiap ahli kumpulan sangat bersemangat beraktiviti. Begitu juga Ryana. Dan gerak geri Ryana sentiasa diperhati oleh Harrie. Rakan rakan Ryana yang perasan seakan memberi amaran kepada Ryana supaya lebih berhati hati. Aktiviti tamat jam 11 malam. Supper telah pun disediakan. Ryana dan rakan rakannya duduk di dalam kumpulan yang besar untuk supper. Gelak tawa mereka memenuhi ruang sunyi itu. Selesai makan, Ryana bangun untuk membasuh tangannya di balik khemah makanan.

"Sayang." Panggil Harrie dari belakang sambil merangkul pinggang Ryana. Ryana terkejut dan segera menepis.

"Kau nak apa ?" Marah Ryana.

"Nak kau lah."balas Harrie ingin memegang tangan Ryana namun sekali lagi ditepis.

"Apa laki tu dah bagi kau sampai kau bagi dia sentuh kau ? Tiga tahun aku dengan kau, sentuh tangan pun kau marah."Harrie menyuarakan. Ryana diam. Dia juga mempersoalkan perkara yang sama. Ryana sememangnya seorang yang sangat menjaga batas. Namun dia tidak dapat menepis apa sahaja yang Fayyad lakukan. Baginya itu sangat menenangkan seperti sentuhan kakak Tya.

"Ryana please balik pada aku." Kini Harrie merayu.

"Dah lah Harrie. Kau dah hancurkan semua perasaan aku kat kau. Tiga tahun aku kena tipu dengan kau. Kakak Tya was right. Aku dah ada Fayyad sekarang. So please leave." Balas Ryana tenang. Dia ingin berlalu pergi namun Harrie sempat menarik tangan Ryana. Ryana ingin melepaskan tangannya namun pegangan Harrie sangat kuat. Ryana hanya mampu berdoa.

"Harrie !" Panggil seseorang tenang. Dan pegangan yang kuat tadi terlepas.

"Abang!"Ryan memeluk bahu Ryana.

"Watch out Harrie." Pesan Ryan sebelum berlalu pergi membawa Ryana. Ryana seperti tidak memahami. Kenapa Harrie takut dengan Ryan ? And dorang tak pernah kenal Ryan pun.

Malam itu Fayyad tidak dapat melelapkan matanya. Ayat ayat Ryana sebentar tadi masih bermain di fikirannya.

"Aku dah ada Fayyad sekarang."

Pelbagai persoalan menerjah di fikirannya. Dan sesekali dia tersenyum.

------

Keeseokan paginya, selepas solat Subuh mereka dikehendaki berkumpul untuk senaman pagi. Ryana sangat segar dan sangat gembira pagi itu. Selepas selesai senaman pagi, mereka bersarapan sebelum memulakan aktiviti seterusnya iaitu mendaki bukit.

"Saya nak semua orang berjalan ikut group masing masing. Jangan berpecah. Boleh tak semua ?" Jelas Cikgu Danish.

"Boleh cikgu !" Sahut kesemua pelajar. Ryana sangat teruja kerana dia sangat suka akan aktiviti lasak. Kumpulan Ryana merupakan kumpulan terakhir. Ryana sedikit merungut kerana dia ingin menjadi peserta terawal yang tiba di kawasan air terjun itu. Ryana berjalan di hadapan sekali dalam kumpulannya diikuti Syika, Mimi, Echa, Sara, Minhat, Amir, Fakhry dan Fayyad di belakang sekali.

Langkah Ryana sangat tersusun dan dia juga tidak lupa membantu rakan rakannya di belakang. Setelah agak jauh perjalanan, bunyi wisel kedengaran menandakan waktu mereka untuk berehat. Mereka berhenti di suatu tempat yang sedikit landai.

"Ish penat lah. Tak boleh ke jalan slow sikit." Rungut Sara sambil menghempaskan punggungnya ke atas tanah.

"Kalau slow lambat lah kita sampai. Dahlah group last." Balas Mimi jelik. Sara mencebik. Dia minum air dengan rakusnya.

Ryana hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Sesekali Ryana tersenyum memandang sekeliling hutan dengan bunyi unggas. Wisel ditiup lagi menandakan masa rehat telah tamat. Mereka masing masing bersiap untuk memulakan tugas.

Welcome to Penjara Berbayar Where stories live. Discover now