♡ 7 ♡

471 19 0
                                    

Dari jauh mata memandang, tiga ekor 😅 budak kenid dah terpacak tertunggukan aku. Takut lah nak jumpa diaorang ni, mesti banyak soalan yang aku kena jawab. #awaksayatakuad😂

"Stop!!"

Ini aku yang pengawas ke diaorang yang pengawas ni? Konpius tetiba.

"Apa hal doe?" Tangan aku singsingkan ke pinggang. Eh betul ke singsingkan? Hehehe

"Kau kena hantar siapa? Dan cuba cerita pasal kau dengan cikgu Zill semalam?" Maya memula interogasi siasat nya.

Aku dah terduduk di bangku taman sekolah dan di kelilingi oleh budak kenid comel ni.

"Chuppp....chuppp satu-satu lah weyh! mana aku nak jawab" keluh ku.

"Okay, dari soalan yang pertama. Siapa lelaki kacak yang antar kau tadi?"

Soalan yang pertama muncul daripada Sita. Okay sabar wahai Cik Puan Zara. Sabar.

"Abang Faz. Adik ipar along aku"

Ketiga nya mengangguk laju.

"Soalan yang kedua, macam mana kisah kau dengan cikgu Zill? Tell us the truth!"

Soalan mengancam nombor dua daripada Nura.

"Macam mana nak mula eh? Aku kat sana, masak dinner, kemas rumah dan bilik dia. Then, balik lah. Macam kerja maid pada umumnya"

Jawaban selamba ku nampak tak diterima langsung.

"Ye ke macam tu aje? Macam tak pun?" Maya ni.... pening lah kepala aku.

"Betul lah, tapi ada satu yang syok gila" aku tersengih. Padan muka aku bagi depa suspen.

"Apa dia?" Amboi Sita ni kalau bab gossip laju betul semangat bagai nak rak.

"Dia ajak aku jadi kawan dia, he said no more gaduh-gaduh"

"Auchhh. Macam best aje, dia suka kau tu Zara"

"Hei Maya, gila apa dia suka aku? Aku ni budak lagi, lagi satu baru aje kenal 2 hari tau 2 Hari. Tak kuasa lah!!"

Memang pun, memang aku masih ragu dengan pertemanan dengan cikgu Zill ni. Aku masih semacam tak sangka yang dia nak kawan dengan aku.

"Kalau dah ter-falling in love sudah. Jangan cakap aku tak pernah habaq hang!!"

Aku cebikkan muka. Aku masih lagi nak dengan Abang Faz, dia seribu kali ganda lebih masuk dan cocok dengan lelaki idaman aku.

Merepek apa kau ni Zara, entah-entah Abang Faz tu dah ada awek, kau mana tahu. Mustahil handsome macam nak retis tak ada orang minat.

Kan aku saja berandai. Kalau. Tak salah pun.

                                   ~~~

Selepas aku mendapat beribu soalan yang benar-benar jadi seribu kesialan ku pada hari ini.

Boleh-boleh nya cikgu Zill suruh aku keluar kelas sebab sesuatu yang aku tak tahu.

"Alright!! Please submit your homework"

Semua ternganga termasuk aku. "Tak ada homework pun cikgu" leader kami bersuara.

"Your biodata, I told you yesterday lah!"

Semua menghembuskan nafas lega dan berbisik sesama sendiri "oh itu dikira homework lah juga ye, nasib baik aku tak hilangkan kertas tu"

Aku? Apalagi, ternganga lah sudah. Yang aku introduce diri aku hari tu mana ada aku konsep-konsep.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now