♡ 35 ♡

332 15 0
                                    

Zill tetap memegangi hujung tudung ku yang basah oleh air mata nya. Tatapan nya nampak kosong. Siapa yang tak sayang anak, kan?

Setelah 2 jam lebih aku dan Zill duduk sambil berdoa dalam hati kami masing-masing. Doktor keluar dengan lemahnya daripada bilik operation.

Zill berlari kecil menuju pintu operation aku pun sama, mengekorinya dari belakang.

"Macam mana keadaan anak saya, dokter?"

"Luka tusuk itu menusuk hingga ke paru-paru nya. Apa yang sekarang boleh kita lakukan ialah berdoa dan berserah diri pada Allah. Maafkan saya, saya tolong hanya semampu saya. Yaya boleh bernafas lagi dengan bantuan alat medic, selebih itu...saya minta maaf lah Tuan"

Dokter itu menepuk bahu Zill kemudian berlalu pergi meninggalkan kami berdua yang masih tergamam tak percaya ini.

Zill terduduk hingga ke lantai. Aku hanya bisa memerhati wajah sayu dan kusut masai nya.

"Maaf Tuan, Tuan dah boleh masuk ke bilik ICU"

seorang misi datang menghampiri kami yang sama-sama terduduk.

Secepat kilat aku dan juga Zill masuk keruang ICU. Badan sekecil itu harus di cucuk pelbagai jenis alat medic yang menyakitkan. Aku tak sanggup menahan tangis begitu pula dengan Zill.

"Kenapa jadi macam mama, sayang?" Zill berujar sendiri.

"Please, wake up! Papa cannot live without you, sayang"

Jam sudah menunjukkan pukul 1 malam. Aku ada meeting pada pagi hari nya. Nasib baik aku dah call rumah pasal benda ini.

Badan aku dah melekit. Rasa pening kepala sebab aku tak tidur hari ini dan memang tidak tidur satu hari penuh sejak semalam.

"Balik lah dulu, awak mesti penat"

"Awak macam mana?"

"Tak payah fikirkan saya, saya okay. Saya call kan driver mama untuk hantar awak balik rumah"

Seminit berlalu aku tidak menjawab. Tapi selepas aku melihat sayu wajah nya aku mengiyakan.

"Nanti balik kerja saya datang sini. Awak kalau perlu apa-apa call saya atau whatsapp je, okay?"

Dia hanya tersenyum dan mengangguk.

                                ~~~

Aku mengetapkan bibir. Berfikir tapi macam tak berfikir. Sepanjang meeting memang fikiran aku ke hospital la. Badan aku je yang kat office sekarang ni.

"YaAllah kau sembuhkanblah Yaya untuk Zill. Kau kuatkan Zill YaAllah..."

Sepanjang meeting aku berdoa di dalam hati agar segalanya kembali baik-baik belaka. Kembali seperti sedia kala.

Berdoa agar tawa gadis kecil itu kembali terukir, berdoa agar seorang lelaki yang bergelar ayah itu kembali kuat untuk menjalani hidup nya.

Lelaki yang tidak pernah aku benci walaupun aku cuba untuk benci. Lelaki yang memang baik hati dan jiwa nya.

Meeting sudah pun berakhir. Tetapi aku masih duduk di bilik meeting seraya memegang phone.

"Zara. Saya perhati je daripada tadi awak diam? Ada masalah ke?"

Zura datang mengejutkan lamunan ku.

"Sebenarnya saya tengah sedih gila tau. Awak tahu anak Zill, kan?"

Zura mengangguk.

"Dia masuk hospital sekarang sebab Aleeya tikam"

"Ha??????"

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now