'You are my stupid cupid'
Ku pandang wajahnya yang menghiasi screen laptop ku... malam ini aku bertekad untuk mengganti background. Sudah tiada nama nya tersenarai lagi di dalam hati ini. Seharusnya begitu.. harusnya begitu..
"Arghhhhh....."
Laptop sejurus kilat aku tutup, tanpa mengganti background.
"Why? Why me? Kenapa harus aku yang mencintai dia macam orang gila? Kenapa bukan dia je yang kejar aku? Why?"
Aku mendengus kesal dan geram sehingga cadar tilam ku hancur bersepah-sepah.
Patah hati yang kedua kali pada orang yang sama.
Aku hanya berharap agar dia tak bencikan aku macam mana dia bencikan Sophia Damia.
Ku hayun kaki ini menuruni anak tangga lalu turun ke bawah. Dirumah bersendirian... yang lain tengah melawat besan mama dan papa ku di Jakarta...
Padan muka aku. Suka sangat melayan perasaan.
"Nak makan tak ada apa-apa. Hishh.. harus ke aku pergi makan dekat mamak? Again? Haruskan aku call delivary man? Again?"
Padahal kejadian paling memalukan tu dah lewat 2 hari lepas, tapi aku still tak larat nak kemana-mana. Dah 2 hari juga lah aku berseorangan dekat rumah ni. Dah 2 hari lah aku cuti kerja.
Tak boleh jadi ni. Ada ke kerja dan life aku terjejas dek kerana duda sebijik tu.
Tudung dah aku pakai, beg sandang aku sarungkan. Kunci kereta aku capai, segera aku tinggalkan kawasan rumah mencari kedai mamak ku tersayang.
"Nura... Zura, come to kedai mamak Bangi dekat rumah aku. Sekarang!!!"
Kami dah ada grup whatsapp semenjak Zura masuk gang kami. Haha.
"10 minit aku sampai" - Zura
"Berak dulu" - Nura
"Kuangajaqqqq. Cepat!!"
~~~
"So kau belanja lah kan?"
Aku mengangguk menjawab soalan Zura. Aku ajak aku belanja lah gila, dalam hati je.
"Zara, kau okay ke keluar ni?"
"Tak ada apa lah. Aku lapar je, itu yang keluar"
Aku memerhati wajah Zura, dah lama aku nak tanya benda ni...
"Zura, kau cakap kau kenal tunanng Aleeya tu kan?"
Ia hanya mengangguk seraya menulis di kertas apa sahaja yang hendak kami order.
"So, kenapa kau macam tak kenal je dengan mamat yang kita jumpa lepas lunch hari tu? Bukan ke dia tunang Aleeya?"
Zura tersengih macam kerang busuk lalu meleraikan pen dan kertas kemudian mengahalakan pandangan nya kearahku.
"Sebenarnya, aku memang kenal. Tapi...tapi aku pura-pura je tak kenal"
"Kenapa pulak? Ada apa-apa ke?"
"Abang ku tu tak suka mamat tu, diaorang pernah gaduh sebab rebutkan si Aleeya lah tu"
Aku melongo.
"What? Perebutkan si Aleeya? Tak faham lah, kau jangan nak buat cerita baru tau Zura"
Zura menggeleng.
"Aku tak buat cerita. Memang betul. Masa 3 tahun lepas, Aleeya tu girlfriend abang aku. Kitaorang memang kenal dah lama dengan Aleeya tu, last-last kami sekeluarga dapat tahu diaorang dah breakup tanpa kami tahu bila diaorang bercinta. You know lah boss kau tu, nak kan segala sempuran dan kau tahu lah macam mana Aleeya punya lifestyle. Tapi hebat jugak dengan abang Zill tu, dia bukan main tahan 2 tahun melayan perangai gedik Aleeya tu"
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...