♡ 24 ♡

322 17 0
                                    

Tengku Khairi calling...

"Assalamualaikum, hello.."

Sahut ku dari talian. Di hujung talian sana terdengar suara ceria nan peramah si Khairi menjawab salam ku.

"Belum sempat lagi saya nak buka mesej awak"

"Sama aje isi text tu dengan apa yang saya nak cakap sekarang ni"

"Hm apa dia?"

"Malam ni kita jumpa, nak? Saya jemput awak dekat rumah?"

"Hm nak pergi mana?"

Banyak sangat lah soalan kau Zara.

"Ikut je lah. Pukul 8 tau. See you. Assalamualaiukum"

"Waalaikumsallam"

Segaris senyuman tersaji dekat bibir ku. Baik orangnya Tengku Khairi ni, humble gitu.

                                 ~~~

"Amboi. Cantik-cantik nak pergi mana dik?"

Along duduk disebelahku tatkala aku tengah pasang tudung. Aku hanya tersenyum datar.

"Nak dating eh?"

"Mana ada"

"Kalau tak dating, kenapa Tengku Muhammad Khairi tu ada dekat ruang tamu tengah sembang dengan mama dengan papa?"

Terbeliak mata aku. Cepat gila dia sampai. Segera aku mengambil bag sandang kaler silver lalu menyarungkannya ke lengan ku.

Spray parfume enchounter sikit lalu berdiri dari pada kerusi solek.

"Wangiiii"

"Dah ye along. Tak ada masa nak sembang kacang. Bye!"

Aku pun lantas turun menuruni anak tangga dengan cirit birit. Takut dia tunggu aku lama kang nanti dia cap aku perempuan lembab. Eh.

Selepas saja turun dekat bawah aku sudah disambut dengan senyuman papa, mama, abang Rad, Khairi, Chilla sekali pun ada. Lalu along yang berdehem dekat belakang aku, selamba saja menuruni tangga lalu duduk disebelah suami nya. Gatai.

"Awat dok tercegat tu?"

Papa dah buka suara maknanya aku memang tengah melamun lah. Begitu sedar saja aku langsung turun dan tersenyum macam amaze lah diaorang bukan main pandang aku tadi.

"Macam princess lah aunty Zara"

Aku tersenyum simpul. Memang aunty Zara you ni macam Fazura.

Padahal aku pakai baju kurung modern saja kaler biru laut dan ada glitter silver sikit dekat baju aku ni. Dan tudung kaler silver.

"Aunty, uncle, abang Rad, kak long. Khairi mohon diri ye bawa Zara keluar kejap. Bye Chilla"

"Ye. Pergi lah, rimas aku tengok dia kat rumah je"

Alonggggg. Mulut macam tempayan.

                                ~~~
Awkward situation be like....

Aku dinner dengan dia berdua je, lagu bukan main syahdu, makanan sedap, dan ternyata kau dan dia baru 1 bulan kenal. Gila doe.

"Awak kerja apa?"

"Mulai esok saya menganggur"

"Baguslah tu"

"Awat bagus lagu tu?"

Keluar sudah loghat utagha family aku haha.

"Sebab saya nak offer awak kerja dengan saya"

"Kerja apa?"

Dia terdiam kejap. Nak aku teka lah tu.

"Oh wedding planner?" Lupa pulak dia ni owner W.O. kan.

Ia mengangguk.

"Apa yang saya nak buat? Ijazah saya dalam bidang pendidikan tau, bukan design ke apa ke. Memang tak pandai lah"

Dia tergelak. Aku semakin hairan.

"No matter lah nak awak ada kelulusan ada. Janji awak pandai buat pelamin"

"Eh lagi lah tak pandai. Hari tu saya tolong pekerja awak je. Kalau macam tu tak nak lah kerja dengan awak"

"Saya gurau lah. Saya nak awak kerja kat dalam syarikat saya je. Bukan turun padang selalu. Turun padang pun sekali-sekala aje bila projek tu besar. Tak kan lah saya nak letak awak dekat decor. Dekat office lah"

"Oh macam tu eh? Nak lah kalau macam tu"

"Good. Esok dah boleh masuk kerja"

"Ha? Biar betul?"

"Betul lah. Saya ajak awak dinner malam ni, sebab saya nak offer kerja lah dekat awak."

"Wah terharu nya"

Dalam hati aku bernyanyi. Tak payah lah nak berpanas-panas mohon kerja. Interview, alhamdulillah Allah turunkan orang baik dekat hidup aku.

                                ~~~

Bibir ku mengukir senyuman saja dari depan pagar rumah sampailah tak sedar dah comor satu slice cheese kek along ni.

"Wah wah wah. Senyum panjang dik"

"Ye lah."

"Dia lamar adik eh?"

Aku tampar saja peha along.

"Mengada betul lah. Mana ada dia lamar adik. Kalau ada pun, adik tolak depan-depan dia"

Aku punya confident mengancam betul.

"Lepas tu? Tak kan lah kau dah gila dik?"

"Ih along ni. Sifat menyakitkan hati tu memang tak boleh hilang rupanya"

"Dia offer adik kerja dekat syarikat dia. Tu je"

"Tu je? Itu pun kau boleh senyum hingga ke telinga?"

"Iye lah along. Dia yang offer kerja kot. Bukan adik mohon kerja, siap ada dinner pulak tu. Siapa yang bakal menolak tawaran dia? Zaman sekarang cari kerja susah lah along walaupun kita ada degree, master tinggi hingga ke langit"

Along tersenyum.

"Okay. Tahniah adik. Along turut bergembira"

Senyuman ku memang masih setia berada di bibir ini. Hingga aku merebahkan badan ku diatas katil yang empuk ini.

Sudah terbayang hari pertama aku bekerja dekat sana esok. Aku menatap langit-langit bilik tidur. Lampu aku tutup maka menyala lah bintang-bintang dekat langit-langit bilik.

Lalu aku pun terlelap....

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now