♡21♡

366 18 0
                                    

Rumah aku masih sahaja ramai oleh para ahli keluarga. Sebab malam ni adalah malam bersanding kedua orang abang aku tu.

"Oi dik, kau apa buat kat tepi kolam situ?"

Along tiba-tiba datang mengejut. Apa hal dia ni.

"Terkejut tahu tak? Kang nanti adik terjeremban kat dalam kolam tu macam mana?"

Along menyilangkan tangan nya ke dada.

"Amboi. Ayat kau dik, puitis nak mampuih. Jom lah"

"Jom? Pergi mana?"

Aku dah garu kepala dah.

"Tolong lah along kat dewan sana, buat apa yang patut"

Aku membelek jam tangan yang ada dekat tangan along. Dah pukul 10. Aku nak keluar pukul 11 pergi jumpa cikgu Zill.

"Eh tak boleh-boleh. Adik nak pergi keluar"

"Kau ni dik, masih ada hati nak lepak time-time macam ni"

"Ada urusan lah long, sekejap je. Nanti adik menyusul dekat dewan tu. I promise ✌"

"Sure? Kalau kau tak datang, siap kau dik!"

Aku mengangguk. Susah lah kan dapat along yang umur dia jauh daripada kita. Dasar orang tua! Kahkahkah.

                                   ~~~

Aku pun sampai di sebuah kafe yang di hantar lacation nya oleh cikgu Zil. Kesana kemari mata aku mencari sesosok tubuh sasa nya.

Aku nampak Kiara juga. Segera lah aku mengheret kaki ni menuju ke arah tempat mereka duduk.

"Assalamualaikum, sorry lambat"

"Waalaikumsallam. Tak apa"

Aku pun segera duduk.

"Hi Kiara"

"Hi Cikgu Zara. Oh ini lah sahabat daddy tu?"

Zil mengangguk.

"Yup. Ini lah dia. Cikgu Yaya eh?"

Tak kan lah datin tu tak cakap langsung.

"Iya daddy. Baik sangat cikgu Zara ni, suka buat lawak"

Aku pun tersipu-sipulah padahnya. Part suka buat lawak tu memang tak boleh blah lah, memang boleh menjejaskan imej aku sebagai wanita sopan lagi ayu.

"Alright.. first, saya minta maaf sebab maybe awak tengah busy untuk majelis malam nanti, saya ajak keluar pulak"

Aku tersenyum senget.

"Tak apa. Nanti balik ni saya terus pergi dewan. Awak pergi ajak Kiara dengan Leeya sekali"

Kali ini dia pulak yang senyum senget. Dah kenapa?

"InshaAllah... nak order apa?"

"Apa-apa ajelah yang sedap"

Kiara tetiba saja merebahkan badan nya ke bahu ku.

"Ei kenapa ni Yaya?"

Aku mengelus pipi comel nya.

"Cikgu Zara cantik. Yaya suka"

Aku tersenyum saja. Kalau ikutkan paras wajah dan rupa ni memang jauh lah padahnya dengan bakal mommy dia tu.

Segan dan malu pulak aku jadi nya. Cehhh.

"Terimakasih. Semua perempuan kan memang cantik"

Yaya mengangguk. Aku jadi selesa memanggil Kiara ni dengan Yaya, sebab singkat dan nampak mudah sahaja untuk aku.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now