Tanah perkuburan itu di tutupi oleh bunga dan daun pandan juga dibasahi oleh air. Tertancap nama Kiara binti Zaharil Hakimi disitu.
Aku memandang dengan kesayuan dan keikhlasan. Aku harap Zill juga begitu. Aku harap hatinya diliputi perasaan ikhlas.
Tak ada cinta setulus cinta ayah kepada anak perempuan nya dan tak ada kesedihan yang paling menyakitkan selain ayah yang ditinggal pergi selama-lama nya oleh anak perempuan nya. Satu-satunya.
Aku mengunci mulutku sedari tadi. Aku membuka mata seluas-luas nya hari ini.
Zill memandangi pusara Yaya tanpa berbunyi dan bergerak. Dia tidak menangis di depan pusara Yaya. Dia malah tersenyum.
Makam Yaya bersebelahan dengan makam Elnina. Ini juga kali pertama aku melimat makam Elnina.
Di pusara itu hanya tinggal aku dan Zill saja. Tiada seorang pun kecuali aku yang tengah berdiri dan Zill yang sedang berjongkok di depan pusara Yaya.
"Awak... jom balik"
Dengan perlahan aku mengajak nya pulang kerumah. Takut aku menyinggung perasannya.
Zill kemudian bangkit dari berjongkok dan tersenyum.
"Jom" kemudian dia menggosong pelupuk matanya.
Aku tahu dia memang rasa nak menangis.
Kami berdua masuk ke dalam kereta bersama. Aku menumpang Zill sebab dari semalam aku tak balik rumah. Baju pun Nura yang bawakan kerumah Zill.
Zill belum menghidupkan enjin keretanya dia malah menarik nafas sedalam-dalam nya.
Dia melepas songkok yang di pakai nya tadi kemudian menghalakan pandangan nya ke setereng kereta.
"Zara, awak okay tak kalau saya menangis sekarang?"
Aku tersenyum nipis.
"YaAllah... awak memang di alu-alukan menangis. Dari tadi saya nak dengar tangisan awak. Kan saya dah cakap, kalau sedih nangis je. Jangan di tahan"
Kemudian dia menghelakan nafas kelegaan. Mula lah Zill menangis terisak. Aku tahu dia sedih sangat. Siapa yang tak sedih kehilangan anak satu-satunya?
##
3 bulan kemudian....
Aku membuka pesan singkat daripada Zill...
"Alhamdulillah... Aleeya ditetapkan bersalah dan di tuntut hukuman seumur hidup"
Seketika bibir ku tersenyum nipis. Suatu perbuatan harus dibalas setimpal dengan apa yang diperbuatnya dan Aleeya sudah mendapatkan ganjaran nya di dunia.
Tak terasa dah 3 bulan berlalu sejak kepergian Yaya.
Dah 3 bulan juga hubungan persahabatan ku dengan Zill kembali lagi seperti dulu.
Kami berdua mula melakukan apa yang kami lakukan dulu. Kami lepak, pergi tengok wayang, pergi pasar malam. Dengan tidak sedar aku melupakan kalau aku mencintai dia. Seketika aku lupa perasaan ku terhadap dia.
Aku membalas pesan nya "Alhamdulillah"
Tengah hari ini aku ada appoinment lunch dengan Zill. Macam selalunya selama 3 bulan ini. Segalanya kembali macam waktu sekolah dulu. Aku merasa bahagia setiap hari macam dulu.
Aku tahu Zill sudah menunggu di tempat makan. Kerana restoran tak jauh dari tempat ku bekerja.
"Nak lunch ke?" Boss aku Tengku Khairi menegur. Macam biasa, aku akan biasa-biasa je.
"Ye, boss"
"Tak ajak saya join sekali ke?"
Aku mengernyitkan dahi. Sorry k?
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...