Kecewa itu pasti. Kecewa melihat orang yang aku sangka akan tunggu aku. Walaupun aku tahu, saat aku pergi tinggalkan dia, dia dah pilih orang lain. Aku sedar.
Aku bangkit dari kerusi hias ku, lalu mencapai beg yang tergantung di belakang pintu bilik aku.
Membetulkan tudung kaler pink peach yang berjenama Dara by Nur Fathia. I love this.
Aku memakai blouse berwarna broken white dan kullot pants berwarna sama dengan tudung.
Hari ini aku nak pergi beli barang, sorang aje pergi. Aku nak beli baju untuk aku mengajar isnin esok.
Selangkah kaki ku ayun turun dari tangga rumah banglo milik papa. Jam sudah menunjukkan pukul 10. Macam biasa aku dengan pembantu rumah aje ada time ni.
Segera aku keluar daripada rumah dan masuk ke kereta. Memandu dengan sangat confident. Cehhh.
Sampai lah aku dekat One City, Subang Jaya. Shopping sorang-sorang? Dah biasa dah.
Selepas parking kereta aku pun masuk ke dalam. Nasib baik kan aku masih tahu memandu, masih ingat jalan, untunglah.
Aku bukan kaki shopping sebenarnya. Kalau aku rasa nak beli, aku beli lah. Sekarang ni, aku kena focus beli apa yang patut aje.
After 2 hours aku berkelana membeli baju kurung, seluar, tudung, skirt, etc lah. Lapar jugak, dah pukul 12 tengah hari dah. Lunch hour dah ni.
Master Room, One City Subang Skypark. Makan sorang? Tak ada hal.
Aku duduk di kerusi di depan tingkap, seseorang memanggil aku.
"Assalamualaikum, Zara"
Leeya duduk di hadapan ku dia bawa seorang budak comel yang cantik, kira-kira 4 tahun gitu lah.
"Waalaikumsallam, hei Leeya"
Tak sangka. Ada lah orang teman aku lunch sat gi.
"You sorang ke?"
"Iye. Tadi lepas shopping, tapi I dah letak kat kereta tadi. Hm.. siapa budak comel ni?"
Budak itu berpangku di ribaan Leeya, nampak rapat sangat.
"Oh ini Kiara, call her Yaya. Anak tunang aku"
Aku pun mengangguk. Oh dengan duda ke? Hebat lah dia, boleh terima dengan anak dia sekali.
"Hai Yaya. Kenalkan aunty Zara" aku gomol muka bam bam dia. 4 tahun tapi dah boleh cakap lancar. Good girl.
"Hai aunty Zara"
"Papa dia mana?"
"Oh, papa dia? You mesti kenal punya, dia tengah meeting, maybe lunch dengan kawan dia"
"Ha? I kenal ke? Siapa?"
"Nanti lah, tunggu you jumpa sendiri"
Siapa eh? Kawan sekolah ke?
"Yaya, Yaya nak makan apa? Biar ibu order"
"Ibu?" Tanya ku nak tahu sangat.
"Dia panggil aku ibu. Dah lama dia hilang mama dia, dia tahu aku lah mama dia"
Terkedu tengok budak ni.
Selepas kami makan pun, Leeya mengajak ku untuk bersembang di tempat yang lebih ramah budak-budak.
Kami pun memutuskan untuk pergi ke playground masih di area Subang jugak. Lincah sungguh Yaya ni main lari sana lari sini.
"Zara, around 5 years jugak lah aku tak jumpa kau. Time tu kat airport je last meeting kita kan?"
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...