♡ 29 ♡

336 18 0
                                    

Angin meniup tudung kaler tosca yang aku pakai. Sejuknya hingga menusuk tulang *agaknya lah. Entah kenapa aku boleh berada di sini. Gementar tubuhku melihat perbalahan sebentar tadi.

2 jam yang lalu...

Aku berada di pasaraya berhampiran dengan kediaman ku. Singkat cerita bertemu dengan Datin Salmah. Lalu kami berborak rancak sekali sehingga dia terlupa satu buah beg plastik barangan dapurnya. Tercicir segala benda bentuk garam dan yang lainnya.

Lalu chasier itu pun meminta aku untuk bagi balik dekat Datin Salmah. Aku pun mengiyakan.

Sesampainya aku di rumah Datin Salmah lalu aku masuk sebab sudah di pelawa masuk oleh pembantu rumah mereka.

"Mama, ada barangan Mama yang tertinggal dekat pasaraya tadi"

"YaAllah... macam mana boleh terlupa. Terimakasih lah Zara ye sebab hantarkan ni kat rumah mama. Dah alang-alang mari lah makan tengah hari dekat sini"

Aku garu kepala sekejap. Nanti apa pulak kata Cikgu Zill tengok aku makan dekat rumah dia.

"Hm... tak payah kot rasanya. Zara balik je lah ma"

"Jangan tolak lah, kecik hati mama"

Dah di sebut perkataan kecik hati tu memang lah aku tak biasa. Akhirnya aku pun menurut saja.

"Baiklah mama.."

Jawab ku singkat.

Saat rancak menolong memasak. Aku juga hairan tak nampak pulak Cikgu Zill dan Yaya.

"Ma, mana Yaya?"

"Tanya Yaya je?"

"Ha'a lah"

Mama ni nak mengusik pulak dah.

"Ingatkan tadi nak tanya papa sia sekali"

"Hm... boleh lah kot tanya papa dia sekali"

Jawabku merepek.

"Diaorang kejap lagi sampai, dari teman Yaya lumba melukis dekat sekolah"

Aku hanya mengangguk. Memang tak lama diaorang datang lah tapi dengan Leeya sekali. Aku dah hampir mati kutu dibuatnya. Nanti dia syak macam-macam pulak dekat aku. Nanti dia cakap aku ni gedik lah apa lah.

"Mamaaa" Leeya mencium kedua belah pipi Datin Salmah dengan sumringah nya. Tanpa tengok aku. Tanpa tengok aku.

"Hai Cikgu Zara"

Alhamdulillah ada juga yang sedar kehadiran aku disini diantara mereka bertiga.

Patutlah Datin cakap diaorang...

"Hai my cutie pie"

Rasa kekok sekali aku rasa siang ini. Nak telan nasi ni pun rasa malu.

Selepas makan dan mencuci pinggan Datin Salmah tetiba nak kena pergi airport ambil kawan dia daripada London.

Aku pun nak gerak selepas Datin Salmah gerak. Tapi....

"Oi Zara... kau nak kemana?"

Terkejut hati cheq dengarnya. Dia kata aku Oi? Nasib baik tunang kau dekat atas.

"Nak balik lah. Kenapa?"

"Aku nak cakap sikit dengan kau"

Ku pusing balik badan ini mengjalakan pandangan kewajahnya yang memang cantik.

"Cakap apa?"

"Aku nak warning je dekat kau jangan nak rosakkan hubungan aku dengan Cikgu Zill, kitaorang dah nak kahwin dah"

"Aku tak buat apa pun Leeya. Pehal kau merepek ni?"

"Tak payah mengelat lah. Aku sound kau ni nak bagi kau faham sikit. Menyesal pulak jadi baik dekat kau. Rupa-rupanya kau ni spesies yang tikam belakang"

"Leeya, apa pulak yang tikam belakang ni?"

"Tak payah tipu lagi dah. Kau ni kan memang dah dari dulu lagi tak ada siapa yang nak dekat kau, sebab kau hodoh, bodoh pulak tu"

Sejurus saja tangan aku melempang muka minah tak berpendidikan ni. Cantik tapi bodoh sama juga.

Entah datang darimana Cikgu Zill dah sound aku dari pada belakang. Well, setitik kita buat silap seribu kebaikan tak orang kenang.... macam dulu.. he is still the same...

"Zara, what's wrong with you, hah? Gila ke?"

Leeya macam biasa berdrama tak hingat dunia.

"Sorry. Tak sengaja... Leeya sumpah aku tak sengaja"

"Zara, saya ingat awak ni dah berubah. Tak bawa perangai gangster awak tu lagi, tapi saya silap. Perangai budak-budak tu tak hilang lagi. Still mendarah daging rupanya"

"Cikgu... sampai hati kan? Benda kecik je tau yang Cikgu tengok sampai Cikgu cop saya buruk sepanjang hayat saya?"

"Zara, please check yourself first sebelum awak berbuat dan bertindak"

"Guna lah akal tu sikit, awak tampar Leeya depan anak saya tau? Apa nanti Yaya fikir? You're so stupid"

Bercucuran air mata ku.

"Yea. Saya bodoh sebab cintakan Cikgu sampai sebegini. Sampai saya tolak semua lelaki yang nak kat saya semata-mata untuk saya tunggu Cikgu... saya tunggu Cikgu sebab saya tahu Cikgu juga cinta dekat saya"

"Saya rasa nak gila bila saya dapat tahu Cikgu dah ada anak, Cikgu dah tunang. Saya terseksa. Saya sakit. Cikgu je yang tak pernah rasa. Cikgu je yang buta. Sepatutnya saya tak tunggu Cikgu. Sepatutnya saya tak tunggu..."

Sakit yang selama ini aku pendam. Kebingungan yang ada selama ini rasanya telah hilang. Sebab aku dah rasa bahagia dah luahkan perasaan aku.

"Okay. I will make it simple. Mungkin saya meraung dekat sini pun tak akan ubah apa-apa. Jadi, Leeya awak jangan risau saya tak akan tergedik-gedik dekat tunang awak ni. Saya dah ikhlas. Untuk Cikgu Zill lelali yang sepaturnya saya cintakan dan saya banggakan dekat family saya, Cikgu jangan risau saya tak akan mencintai Cikgu lagi walaupun saya tahu susah untuk saya buat. 5 tahun saya pendam perasaan. 5 menit je Cikgu boleh hancurkan. Tak apa, hati saya ni bukan hati tissue dah biasa orang sakitkan. Untuk Yaya, Cikgu Zara minta maaf sebab Yaya mungkin tengok Cikgu Zara tanpar mama Leeya, Cikgu betul-betul tak sengaja. Saya minta maaf. Assalamualaikum"

Dah dua kali dia tak dengar penjelasan aku langsung. Ini namanya pisang berbuah dua kali.

Satu je aku minta dalam hati. Semoga dia tak bencikan aku macam mana dia bencikan Sophia....

Minta maaf lah mungkin readers confuse dan tak suka dengan chapter ni. But,inshaAllah I will make it gempak if I have a good idea to write. Okay? Love you all ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now