Tiba-tiba pintu yang terbuka ditutup.
"Zill..." aku menoleh ke belakang namun bukan Zill tapi si pembunuh itu.
"Aleeya? Kau buat apa kat sini?"
Aleeya tertawa sinis. Memang sudah tak waras perempuan ini.
Aleeya mengeluarkan pisau dari dalam beg sandang yang di pakai nya.
Dia berjalan mendekati aku yang berusaha menutupi Yaya dengan badan ku.
"Dah alang-alang aku ni pembunuh kan, apa kata aku bunuh kau sekali? Tadi aku putuskan elektrik bilik ni, niat nak bunuh budak ni je. Tak tahu pulak ada kau sekali. Sekali kayuh dua pulau terlampaui, kan? Nak bunuh satu dapat dua sekali"
"Aleeya, mengucap Aleeya. Aleeya, kau tahu tak apa yang kau buat sekarang ni salah. Please, serahkan diri aje, Aleeya"
Aku mengeluarkan phone untuk menelpon polis.
"Kau nak buat apa dengan phone tu?"
"Aku nak kau serahkan diri kau, Aleeya"
"Aku pun terfikir juga nak serahkan diri. Tapi sebelum aku serahkan diri aku nak kau mati depan mata aku"
Lidah ku kelu. Lutut ini lemah sekali rasanya aku tak tahu nak buat apa sekarang.
"Sekali kau tekan butang phone tu, sekali goresan jugak kat tangan kau ni, Zara"
Aku memejamkan mata. Mendail polis. Satu buah goresan di tangan. Darah bercucuran dari dalam baju yang aku pakai. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Aku mencuba mencari kesempatan untuk mengambil pisau dari tangan Aleeya ni.
Dengan cepat aku menendang kaki nya dan memulas tangan nya kemudian mengambil pisau dan membuangnya diatas lantai.
Aleeya terduduk kemudian dia menarik kaki ku. Aku pun jatuh juga. Aleeya naik ke atas badan ku. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
"Aku ajak kau main lembut kau tak nak. Okay, kita main kasar sekarang. Kau nak sangat Zill tu kan? Okay... tak apa. At last, kau dan aku tak akan dapat dia. Kau mati dan aku masuk penjara"
Aku rasa Aleeya ni dah sakit jiwa. Boleh dia gelak.
"Auch... sakit Aleeya. Tolong lah, lepaskan aku. Sakit, Aleeya"
Dalam hati aku berdoa agar lampu cepat menyala dan Zill cepat datang. Kemana pulak Zill, YaAllah...
Aleeya main cekik pulak sekarang. Sakitnya hanya Allah yang tahu...
YaAllah, sakit. Tolong....
Lampu akhirnya menyala dan segalanya terang. Aku bisa melihat darah ku yang membuat baju putih ini memerah.
Tak lama selepas lampu menyala. Zill datang dengan polis dan juga dokter. Aleeya tetap tidak melepaskan tangannya dari leher ku yang dah memerah ini. Akhirnya polis menembak kaki Aleeya. Aleeya pun luluh dan melepaskan cengkeramannya.
Aku menghela nafas dan mula batuk. Sakitnya tangan aku...
Dengan cepat Zill berlari kearah ku selepas Aleeya dibawa oleh pihak polis. Tanpa memandang Aleeya yang lewat tepat di sebelahnya, Zill berlari tanpa melihat ke arah nya. Aku dapat melihat wajah sayu Aleeya.
"Zara, tangan awak berdarah"
"Zill, saya okay. Awak pergi tengok Yaya"
Dengan serba salah ia berdiri dan memanggil misi untuk membawa ku ke ruang perubatan.
"Dokter, macam mana anak saya?"
"Kondisinya sangat lemah, Cik"
Aku datang ke bilik Yaya dengan tangan berbalut, tapi aku masih boleh berjalan.
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...