Semerbak bau harumnya menusuk hidung hingga minda ku. Membuatkan perut ku rasa lapar sahaja.
Satu suapan aku kunyah hingga lumat dan telan. Heaven!
Kerangupan tiada tanding dan kepekatan rasa nya menyelerakan.
"Oh gosh!! Sedap nak matiey nasi kandar ni"
Aku menjilat kelima jari ku yang dah bersimbah kuah kari. Sotong yang gemuk dan ayam goreng mamak yang tiada dua nya.
"Aku rasa macam biasa aje rasa dia"
Nura terus makan dan makan, macam tak nikmat aje.
"5 tahun gila aku tak makan benda ni, wajar lah aku teruja sakan. Rasa nak menangis, terharu..."
Nura mencebikkan mulutnya.
"Iya aku tahu. Tapi ini dah gila, tiga pinggan tu gila nama dia. Kau bukan rindu, kau gila!"
Aku gelak lah agaknya. Nura ni asyik membebel aje dia. Aku tak akan gemuk dengan cepat punya.
"Memang aku gila. Disebabkan aku gila, aku nak pergi pasar malam jugak"
"Nak buat apa?"
"Cari makanan penutup lah, kepak ayam madu ke, sata ke, burger bakar ke"
"Ha??? Macam tu kau cakap makanan penutup? Memang gila doe, makin teruk rupanya hobi makan kau ni kan"
Aku terdiam. Tadi aku cakap burger kan?
"Eh, jom lah kau ikut aku. Sekarang!!"
~~~
Fiuh....
After 5 years dan kedai burger tu masih ada lagi.
Aku pun menarik tangan Nura lalu kami duduk di kerusi.
"Ini Zara ke?"
Aku pun menoleh. Waaaaah kak Suria, ingat lagi dia muka aku ni.
"Kak Su"
Aku pun berdiri dan memeluknya. Dia gomol wajah aku, dia cakap makin lawa dan flawless.
"Zara apa khabar? Lama kak Su tak nampak?"
"Ha'a Zara pergi oversea lah kak, lama juga. Dah 5 tahun"
"Patut lah"
Dia menyilakan aku duduk kembali. "Kejap ye, akak buatkan burger untuk Zara dan kawan Zara ni, lepas tu kita sembang balik"
Selepas 15 minit, dia datang balik dan duduk di hadapan aku.
"Kak, Zara nak tanya satu soalan boleh tak?"
"Eh tanya lah, apa dia?"
Aku sedikit kelu nak tanya. Patut ke aku tanya? Tahu ke kak Su ni?
"Zill tu pernah datang sini lagi tak?"
Seminit aku menunggu lepas tu dia mengangguk. Lega hati aku dengar, bererti dia masih kat sini lagi.
"Minggu lepas dia datang sini, dah enam tujuh kali lah dia datang sini dengan anak dia. Akak ingat kauorang berdua nikah, rupa-rupanya tak. Iyalah jodoh kita tak tahu kan?"
Tergamam aku dengarnya. Anak dia? Ye lah, aku nak hairan apa. Dia dah kahwin kot, mesti lah ada anak.
Aku tersenyum datar. Lalu menggigit burger itu.
"Oh macam itu. Sebenarnya dulu tu kami tak bercinta pun kak"
"Oh ye ke? Akak syak kauorang ni bercinta, nampak serasi gitu"
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...