Aku rasa tak kuat nak hadir di majelis pertunangan Cikgu Zill petang ini. Tapi, sebagai sahabat yang sayangkan dia aku patut ada. Aku patut berbahagia di hari bahagia nya.
Bertuah nya Syazlina Elnina ni mendapatkan sahabat aku yang baik.
Syazlina Elnina yang cantik, putih bersih, menawan, stylish, superb!
Aku duduk di kerusi taman depan rumah Elnina bersama dengan Cikgu Zill. Segak nya dia berbaju melayu dan bersongkok.
Terdetik rasa bahagia sekaligus sedih sebab mulai daripada detik ini segalanya tak akan sama lagi.
"Kacak nya" aku memasangkan songkok diatas kepala nya.
"Are you crying?"
Dia tenung wajah ku dalam dan lama, menyeruak rasanya degupan di dada. Aku sedih. Sebab aku tahu segalanya akan berubah selepas ini.
"Ye. Happy tengok awak itu yang sedih" bohong ku.
"Jangan nangis lah. Saya akan tetap jadi Zill yang sama"
Dia tahu akan ketakutan ku. Sekarang perasaan aku tak tenang, sebab SPM yang akan aku tempuhi minggu depan dan perasaan patah hati dan kecewa yang aku rasa sekarang.
Bodoh aku tak menyedari nya dahulu, bodoh aku sebab terlalu memendam tanpa ingin meluahkan. Kan dah kecewa.
"Saya sayang awak"
Mengalir saja ayat itu keluar daripada mulut celupar ku. Ku seka air mata yang berjatuhan tak henti.
"Do you love me, Zara? You never told me before" ucap nya pelan dan lembut.
"Ya. I love you, because you are my best friend, you are my cupid, you are my favorite person. Thats all! ☺"
Bohongku sekali lagi. Sebenarnya lebih daripada itu. Lebih daripada sahabat.
Mesti akan ada yang menaruh rasa barang secuil pun pada sahabat lelaki nya. Dan orang itu aku, aku yang menyimpan sejumput rasa itu.
Dia tersenyum lega mendengar jawaban ku.
"Biar apa pun jadi awak tetap sahabat terbaik saya"
Kami tersenyum berdua seraya menatap langit yang berubah menjadi mendung.
Zill pov
Selepas majelis tunang nya dengan Elnina, ia segera pulang kerumah dan berbaring. Di belek nya gambar-gambar Elnina disarungkan cincin tanda jadi nya.
Senyum kecil terukir di bibir nya. Akhirnya selangkah lagi dia akan menghalalkan seorang gadis bernama Syazlina Elnina ini.
Dilihatnya juga gambar sahabat nya yang tengah menyeringai berselfie dengan nya. Banyak gambar mereka di dalam telephone bimbit Zill.
Dari yang ayu, cantik dan dengan gaya Zara yang duck face, muka buruk Zara, semua ada.
Ia tergelak melihat gambar-gambar Zara.
"Kelakar lah budak ni" ia bermonolog sendiri.
Zill tak menafikan yang tak mungkin dia tak ada perasaan dengan Zara. Dia cinta dengan Zara, bukan hanya sekadar cinta sebagai seorang kawan sahaja. Lebih daripada itu.
Tapi dia tak nak rusakkan hubungan persahabatannya dengan Zara. Dia terlalu cintakan Zara, cukup lah Zara hanya menjadi yang terindah dan tercinta di dalam hatinya, bukan di dalam hidupnya.
Dia sudah ada Syazlin Elnina yang sebenarnya dia sendiri pun tak tahu akan perasaan nya. Tak sebesar rasa nya dengan Zara.
Syazlina Elnina. Seorang gadis cantik namun tak sempurna. Kanser menghuni tubuhnya.
"Syazlina Elnina, mahukah kamu menjadi yang halal untuk aku?"
Disebuah wad hospital dua bulan lalu, terbaring seorang wanita cantik bernama Syazlina Elnina.
Cincin dikeluarkan dari pada kotak berbentuk hati berwarna navy blue. Menunggu jawaban dari pesakit yang tengah berbaring dengan segala selang di mulut dan hidungnya.
Siapa yang tak sebak melihatnya. Karir nya terhenti sejenak sebab penyakit.
Terlihat isyarat kedipan mata daripada Elnina, menandakan dia setuju untuk menikah dengan temannya semasa di kolej.
Zill tahu Elnina cintakan dia darioada dulu lagi, hanya inilah caranya agar Elnina semangat untuk sembuh dan lanjutkan hidup.
Cincin disarungkan ke jari manis sebelah kiri Elnina.
Dua hari selepas itu, Elnina bangun dan mula terlihat sihat. The power of love.
"Makan sikit ye" Zill menyuapkan bubur kedala mulu Elnina.
Mulut Elnina dibuka. Nampak semangatnya kembali tumbuh disitu.
"Dah kenyang" baru tiga suapan Elnina dah berasa kenyang dan tak larat lagi nak makan.
"Awak kena minum ubat, awak sembuh lah demi mama awak dan saya"
Elnina tersenyum lalu meminum obatnya yang berlambak itu.
"Good girl" Zill mengusap kepala Elnina.
"Saya nak cepat sembuh sebab saya nak kahwin dengan awak"
Zill tersenyum. Memerhati wajah pucat pasi Elnina.
"Zara, hati ini akan selalu nya untuk awak. Betul awak cakap, tak semua yang kita pendam harus kita luahkan. Kadang kita hanya perlu simpan aje, simpan sampai kita lupa yang kita pernah ada rasa dengan dia"
Senyuman terukir kelat dibibir nya.
"Tapi, bila 5 tahun lagi kita jumpa dan perasaan saya masih sama macam sekarang, percayalah, saya masih sayangkan awak, Zara"
Dia bermonolog panjang hari ini.
Mereka menaruh perasaan yang sama, namun tak semua yang ada perasaan yang sama harus bersama. Mungkin, bukan sekarang, tapi nanti, saat masa itu tiba.
~~~
Zara pov
Aku membelek-belek buku sekolah. Belajar sebab SPM dah didepan mata. Aku akan berjaya, aku mesti berjaya. Tekad ku kuat.
Walaupun hati ini sukar untuk difahami dan dimengerti, tapi satu yang pasti rasa ini tak akan mati.
+belajar rajin-rajin tau! Isnin dah peperiksaan. You can do it! Chaiyo!! - Zill ♡
Senyum sekali lagi terukir dibibir nya.
+I'll do my best. Thank you for everything you did to me - Aku
+you're welcome. Good night kaki tidur 😜 - Zill ♡
+hahaha good night Mr. Poyo 😛 - Aku
Buku pelajaran aku tutup, segera melabuhkan badan diatas katil dan mula memejam kan mata diperaduan.
Hai! Chapter ini pendek saja. Sorry kalau boring ke apa hehe. Love you my readers 😚
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...