"Okay cinta ku jangan buat hal okay?"
Aku mengusap kereta myvy ku dengan penuh sayang. Time-time macam ni lah aku tak nak tayar kereta dia pancit.
"Aku nak kerja ni oi. First day aku kot
.aduiii"Kepala aku garuk sebab kebingungan. Apa yang aku kena buat? Rumah ni dah kosong dah. Semua dah keluar sejak 8 pagi tadi.
"Call uber je lah" aku pun mengambil phone lalu membuka aplikasi uber.
"Zaraaaa"
Ada orang laung aku panjang gila. Nura rupanya. Nasib baik aku tak order uber dulu. Segera lah dengan cirit birit aku pun masuk kedalam keretanya.
"YaAllah Nura kau lah penyelamat aku pagi ini"
Habis pipi nya aku cium-cium.
"Aku saja lewat sini sebab aku nak tengok kau. Aku ingat kau dah pergi kerja dah"
Aku memonyokkan wajahku.
"Kau jalan je lah Nura. Nanti lambat kang susah aku"
Kereta Nura yang tak pernah nak ganti itu pun segera melaju menuju office tempat aku kerja.
"Tayar kereta pancit, orang dekat rumah pulak dah keluar semua. Nasib baik kau ada"
"Aku kan kawan kau. Aku rasa je tak sedap hati. Aku lewat depan rumah kau lah"
"Terbaik lah kau Nura. Tengah hari nanti lunch sama, nak?"
Amboi. Cepat sungguh dia mengangguk.
~~~
Tudung peach berjenama Naelofar Hijab ini pun dah kemas dan wangi sebab aku spray parfume sebentar tadi dekat toilet.
Aku kibas-kibas kan tangan ku yang basah tadi ni. Apa pulak nervouse aku menjadi-jadi pulak ni? Khairi je kot. Bukan nya Zill. Eh.
Segera aku memasuki lift lalu menekan butang 5. Besar sungguh pejabat ini. Wedding planner je kot. Rupa-rupanya syarikat ini bersatu dengan butik, saloon, dan juga rumah jahit milik Datin Suri ibunda daripada Tengku Khairi. Anak beranak kaya.
Dengar cerita lah dia ni 2 bersaudara aje. Nama adik dia adalah Tengku Azura Qistina, adik dia pulak seumuran dengan aku. Mesti cantik. Nama ayah dia pulak Dato' Muhammad Khalid.
"Noor Zara Anasha, am I right?"
Seorang wanita cantik, berambut panjang, tapi tak seksi.
"Ya saya"
Jawab ku.
"Okay. Saya Tengku Azura Qistina"
Oh ini lah dia Tengku Azura tu, cantik orang nya.
"Hai. Tengku Azura. Nice to meet you"
"Nice to meet you too"
Tengku Azura ini pun duduk disebelah ku dengan mengeluarkan satu bar cokelat toblerone.
"Nah, ambil lah. Free."
"Terimakasih"
Toblerone gitu.
"Sama-sama. Nampak gaya nya lah kita ni sebaya kot?"
Aku pun hanya mengangguk. Peramah sungguh adik dia.
"Abang saya belum datang lagi. Jom lah kita turun bawah jumpa Umi"
Aku hanya mengangguk dan mengekorinya dari belakang.
"Zara. Panggil saya Zura je lah, tak payah Tengku"
"Eh kenapa pulak?"
"Kita kan sebaya. Anggap je lah saya ni kawan awak"
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romansa"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...