"Akankah aku bakal menjadi anak dara sampai tua? NOOOOOO!!" Aku menghentakkan kepala diatas bantal. Agak nya otak aku dah senget kot.
"Berapa umur adik?" Tiba-tiba sahaja along masuk ke dalam bilik. Dia ni tak reti nak balik Indonesia ke? Asyik kat sini aje, kang suami lari.
"Tak ingat. 23 ke 25?"
"Perempuan gila. Patut lah tak ada siapa nak"
Aku cebikkan mulut kehadapan along aku yang masih menyampah walaupun kitaorang dah geng sekarang ni.
"24 tahun lah along. Kenapa tanya?"
Dia ni pasti nak kutuk aku perawan tua. Mesti nak cakap dulu masa along 20 tahun dah ada yang meminang tau dan bla bla bla.Along menggangguk kemudian tersenyum. Gila.
"Tak. Along rasa nya dah izinkan kot Zara ni nikah bina keluarga"
"Biar along dan mak nenek dah izinkan Zara berkahwin tapi jodoh Zara belum sampai lagi maka tak kahwin lah Zara"
Full stop.
"Cuba buka hati tu untuk Khairi. Jangan nak jual mahal sangat"
"Bukan jual mahal. Memang dah tak ada perasaan dekat dia. Khairi hanyalah sebatas kawan dan juga boss. Full stop"
"Fine. Fine!!! Susah sangat kahwin je dengan Zaharil Hakimi"
Kemudian along keluar daripada bilik aku selepas menyebutkan nama seseorang yang buat gegendang telinga aku sakit dan berdenyut. Hampir bernanah dan berdarah.
Bukan hanya telinga. Hati aku juga berdarah dan bernanah. Sakit yang amat sangat. Aku masih ingat lah yang dia cakap aku "you are so stupid"
Iya lah aku bodoh. Sampai ke hari ini aku memang tak boleh moveon daripada dia padahal hati aku sakit nak mampus. Bodoh kan?
~~~
"Zara... kau nak pergi reunited sekolah menengah kita tak?"Nura ni bila masa dia masuk bilik aku.
"Bila? Aku tak tahu pun" aku menggaru kepala sebab memang berita ni datang mengejut. Acah-acah nak reunited si Nura ni.
"Sabtu ni. Esok!"
"Asal mengejut sangat? Asal aku tak tahu apa-apa langsung?"
"Banyak tanya lah kau ni, nak datang tak? Aku ajak kau ni. Otak lembab tu tak hilang-hilang"
"Tengok lah macam mana"
"Datang please. Bila lagi kita boleh jumpa kawan lama, cikgu-cikgu, kan?"
Cikgu-cikgu, kan? Aku pantang dengar kata cikgu tu. Pantang sangat.
"Zara, tak payah fikir pasal kau akan jumpa Cikgu Zill atau pun tak. Kau enjoy je lah masa-masa kita jumpa kawan lama. Kan best?"
Aku mengangguk. Betul juga apa Nura cakap.
~~~
Hati aku dup dap dup dap bila kereta Nura masuk ke parking area dewan tempat acara dilaksanakan.
Baju kurung modern ni memang selesa tapi hati aku yang tak selesa. Semacam hari ini aku akan bertemu dia dan aku akan sakit hati lagi. Sakit yang paling sakit lagi.
"Turun lah Cik Puan Zara kita dah sampai dah ni"
Aku turun bukan sebab aku excited nak jumpa sesiapa dalam dewan tu. Aku turun sebab aku tak nak telinga aku yang helok ni bernanah sebab dengar Nura bebel dan pot pet pot pet.
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...