♡ 23 ♡

315 18 0
                                    

Hari ini adalah hari terakhir aku mengajar dekat tadika tempat Nura. Lepas ni aku nak kerja apa?

Tiada jawaban apa-apa daripada sekolah yang aku apply. Mungkin dah cukup guru kot.

Aku merebahkan badan di bahu Nura. Satu persatu murid dah kena ambil oleh parents diaorang.

Hanya Kiara aja yang belum. Kami bertiga pun berbaring di sebuah bilik rehat di tadika ini. Sudah aku call Datin Salmah tapi tak dapat. Aku call Leeya juga tak dapat. Kemana diaorang ni??

"Yaya lapar ke?"

Aku menggosok wajah nya yang nampak tak sedap. Ini lunch hour sudah, aku tahu dia lapar.

Tak lama Yaya mengangguk seraya mengahalakan pandangan 'laparnya' kepada aku dan Nura.

Nura segera bangkit seketika itu juga kepala ku ikut terjatuh daripada rebahan nya.

"Okay jom. Cikgu pun lapar, kita makan dekat luar. Meh bangun"

Nura mendukung Yaya sebab dia tengok Yaya nampak sudah tak larat nak berjalan.

Aku pula mengekorinya dari belakang dengan membawa bag sandang ku dan juga bag sekolah Yaya.

Kami pun masuk kedalam kereta. Aku yang memandu hari ini. Panas terik sekali.

"Cikgu... cikgu tak cuba call daddy ke?"

"Tak ada nombor daddy"

Jawab aku selamba seraya memandu. Air cond macam dah tak sanggup nak menampung panas hari ini. Over nya aku.

"Yaya pulak tak ada phone"

Bagus cikgu Zill ni, biasa kan aku tengok je budak umur macam Yaya ni dah ade gadget sendiri dah. Tapi Yaya tak ada. Family man sangat.

"Kalau macam tu kita makan dulu lepas tu Cikgu Nura dengan Cikgu Zara hantar Yaya balik rumah ye. Zara, kau tak rumah depa?"

Aku hanya mengangguk. Ye lah aku tahu. Aku pernah pergi sana.

Selepas berpeluh aku dalam kereta ni, akhirnya kami pun sampai dekat sebuah restaurant.

Selepas makan aku dan juga Nura pergi hantar Yaya.

Tiba-tiba....

"Eh eh... tutup mata Yaya"!

Sergap Nura menutup mata Yaya dengan kedua telapak tangannya.

Aku tak nak Yaya tengok perbalahan dekat depan ni. Perbalahan Cikgu Zill dengan Leeya.

"Zara, mundur lah. Kang depa notice kita nanti"

Aku segera memundurkan kereta agak menjauhi mereka. Ini dekat depan rumah Cikgu Zill lah diaorang ni punya baku hantam.

"Cikgu... dah ke tutup mata ni?"

Aku dan Nura panic gila. "Belum"

Jawab aku cepat.

"Kita patut blah dulu Zara. Tak elok ni kalau budak ni nampak"

Aku segera lah apa lagi. Pusingkan kereta blah lah padahnya.

Dah nak setengah jam kami ronda-ronda cari tempat nak bawa Yaya ni, tahu-tahu tidur sudah budak ni.

Kereta aku berhentikan dekat sebuah parking area sebuah taman. Aku menepuk-nepuk pipi lalu tertawa.

"Kau dah kenapa Zara"

"Aku teringat je masa dulu dia gaduh dengan awek dia dekat jalan tu. Memang hobi dia kan gaduh dekat tepi jalan ni"

Sejurus Nura menepak peha ku.

"Ish kau ni. Tapi, kira macam dejavu jugak lah kan?"

"Eh tapi, kenapa diaorang gaduh? Aku tengok biasa kan okay je relationship diaorang. Dah tunang dah pun"

Nura punya soalan ni. Macam aku tahu apa masalah diaorang.

"Mana aku tahu"

Aku merenung jauh melihat jalan raya di depan aku ini.

Kenapa diaorang gaduh? Tak kan sebab aku? Aku tak ada buat apa-apa kot. Aku memang still cintakan tunang Leeya tu lagi, tapi aku tak ada usha apa-apa nak rosakkan atau nak kacau hubungan diaorang.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Oi. Lepastu Yaya ni macam mana? Tak kan kita nak bawa dia balik sekali dengan kita? Nanti Cikgu Zill cari"

Lamunan ku terhenti.

"Kita pergi kat rumah dia lagi. Aku rasa dah settle kot"

Tak tunggu lama lagi segera aku kembali ke rumah Yaya. Memang betul dah tiada perbalahan apa-apa dekat jalan. Hanya sisa mereka berdua berdiri berhadapan tanpa berbual apa-apa.

"Aku rasa kan kau je yang turun"

Nura segera menyerahkan Yaya yang terlelap itu dekat ribaan ku.

Tarik nafas Zara dalam-dalam lepastu keluarkan. Fiuhhh.

Dah lah susah bukan main aku pakai baju kurung, dukung budak ni tidur, nervous.

Aku dan Yaya pun keluar daripada kereta. Aku tersenyum simpul kearah mereka berdua. Tapi Leeya tak ada sikit pun balas senyuman aku.

"Awak. Yaya tertidur"

Cikgu Zill semacam baru tersedar yang sebenarbya ada aku tengah dukung anak dia.

"YaAllah. Macam mana saya boleh lupa ambil Yaya. Thanks Zara"

"Sama-sama"

Jawabku sambil tersenyum nipis.

Dia mengambil Zara daripada dukunganku. YaAllah berdegup kencang dada aku.

"Okaylah saya balik dulu Cikgu... Leeya"

Wuish. Seram tengok Leeya. Segaris senyum pun tak ada. Marah betul ke dia ni.

Aku tak nak berlama-lama dengan diaorang. Aku pun balik lah.

                               ~~~

Aku tak langsung pulang kerumah. Aku lepak jap dekat rumah Nura.

Secawan jus oren aku pegang. Memag rasa seram sejuk aku.

"Leeya dah kenapa Zara?"

Aku menggeleng tanda tak tahu. Cawab tadi aku letakkan diaatas meja. Lalu sepotong buah epal aku kunyah.

"Aku pun masih tertanya-tanya diaorang ni kenapa? Tak berani lah nak tanya"

Phone aku lalu berbunyi...

Ada mesej daripada Tengku Khairi...

Fiuhhh confused tak? Author pum confused la hai.

Next chapter lah ye kalau nak tau apa kelanjutan depa ni

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now