♡ 27 ♡

349 16 1
                                    

"Eh betul ke mamat semalam tu boyfriend awak, Zara?"

Tanya Zura yang tiba-tiba sahaja masuk dalam bilik kerja aku tanpa aku pelawa masuk. Suka hati dia lah, pejabat ni bapak dia punya.

"Eh bukan lah. Tak payah dengar lah cakap Nura tu"

Tentu saja dia bukan siapa-siapa aku. Mana mungkin nak mengaku kekasih. Duh... Zura ni memang sebijik macam Nura. Pening la aku macam ni, dekat luar jumpa Nura yang asyik bebel aku dan kepocih sangat ha kat office pulak jumpa minah Zura ni. As long as depa ni care dekat aku, tak apa lah, aku layan je.

"Tapi saya macam nak dengar je cakap Nura tu"

Aku memusingkan badan ku menghalakan pandangan tepat kearahnya. Dengan riak wajah bingung.

"Kenapa pulak? Awak tu baru kenal dia sehari je. Saya ni, dari dalam perut lagi tau"

Dia sengih pulak lalu duduk di kerusi depan ku.

"Sebab saya rasa macam sesuai pun ada lah. Sebijik macam couple goals"

Ku garu saja kepala ku yang tak gatal ni. Pelik lah minah ni.

"Tang mananya couple goals ni coba awak explain?"

"Hm. Memang lah saya tak kenal you all lama sangat, tapi kan masa semalam kita terserempak tu saya perati je dia ni macam ada taruh perasaan dekat awak. Aura dia semacam bau nasi minyak laaa"

"Iuhhh. Ni confirm merepek seratus peratus merepek. Dah lah Zura, kalau awak nak tahu dia tu dah ada tunang pun dah. So, you tak payah fikir".

"Tunang je puuun. Dugaan orang bertunang ni besar tau. Jaga-jaga".

Lalu dia pun keluar daripada bilik aku dengan cirit birit. Dah kenapa pulak mesti aku yang jaga-jaga. Minah gila.

                                 ~~~

Sehabis saja kerja aku settle petang ni, aku pun gerak lah balik rumah. Tak nampak pulak aku batang hidung boss aku ni, nak minta maaf lah sebenarnya. Biarpun aku tak tahu salah aku apa.

Dengan percaya dirinya aku berjalan nak keluar daripada pejabat. Tengah melenggang tetiba je boss aku dah tercegat dekat depan aku. Bukan main sehari aku pantau je dia tak ada.

"Hai boss" senyum colgate aku bagi. Almaklumlah, pekerja baru. Kenalah ambil hati boss sikit. Sikit jeee.

Dia balas senyum senget je. Fine.

"Bye boss" daripada aku menjadi tunggul cantik dekat situ baik aku berambus. Tapi time-time aku nak berambus ni la dia ada niat last minute nak bercakap.

"Awak memang sejenis yang innocent eh?"

What? Dia kata aku innocent? Hm ye la sebab not everyone has the same heart as me sooo yeahhh. Buat muka bodo laaa.

"Asal?"

"Langsung tak rasa bersalah?"

"Chup... biar saya teka salah saya.."

Sekejap aku pura-pura merenung. Adik gila. Abang sayko. Fiuhhh.

"...ha, ingat dah. Tapi, tak kan lah pasal tu boss nak marah. Tak berperikemanusiaan langsung"

Amboi. Berani nampak.

"Dinner?" Boleh faham pelik jugak boss aku ni.

"Motif?"

Dia senyum senget lagi.

"Pukul 8 malam saya ambil awak dekat rumah. Make sure on time tau"

Selepas mengucapkan ayat berani mati tu akhirnya dia pun berlenggang pergi meninggalkan aku yang masih tak percaya dia ajak dinner dan pakai cara paksa pulak tu.

"Siapa pulak yang nak dinner dengan mamat sayko macam dia. Tengok a nanti pukul 8 malam aku make sure yang aku akan tidur"

Monolog ku sendiri seraya masuk kedalam kereta dan memandunya pulang kerumah.

                                ~~~

Kadang aku terfikir juga pasal siapakah yang bakal menjadi suami aku kelak? Siapakah yang akan menjadi my cupid lagi macam dulu?

Aku pernah juga rasa nak confess balik segala perasaan aku terhadap Cikgu Zill. Sejujurnya kuat sekali rasanya... terasa menggebu-gebu dan membara.

Benci rasanya terhadap diri sendiri...

Benci juga melihat dia bersama dia.. huh. Serba serbi tak kena. Boss pulak macam lahanat perangai nya. Suka buat aku stroke tetiba.

Kejap panas kejap dingin macam nasi hujan panas tu. Merepek pulak tu.

Aku tak nak dinner dengan dia. Aku just tak nak happy-happy dengan lelaki lagi dah. Aku nak mencari yang serius untuk aku. Aku tahu boss aku tu tak serius dan hanya nak main-mainkan aku. Nampak je dia tu bapak baik macam malaikat bila dia service client memanh tip top arrr.

"Zaraaa. Tengku Khairi datang tu, turun lah"

Nasib baik kat rumah ni along je yang ada. Mama dan papa memang tengah pergi keluar negara. Tak ada lah yang nak paksa aku dan buatkan aku rasa tak enak bila aku tak pergi.

Sengaja aku memang tak nak jawab sepatah pun. Baik tidur. Best.

"Adik. Kau kenapa ni? Okay tak? Ada Tengku Khairi tu kat bawah. Adik ooo adik?"

Ketuk along seraya memusingkan tombol pintu dan seketika pintu bilik aku pum terbuka.

"Hei, kenapa ni? Okay tak?"

"Tak okay. Suruh je lah dia balik"

"Lah? Dia kata kauorang ada janji dinner? Tak baik tau mengelat"

Aku menghela nafas lalu bangkit dari tidur dan kemudian duduk sambil menggosok mata dan rambut.

"Dia yang janji sorang. Adik tak kata okay pun. Along pandai-pandai lah cakap dengan dia. Adik tak nak"

Along menggeleng.

"Kalau tak suka pun bukan macam ni tau cara layan dia. Bangun dan cakap sendiri. Biar dia tak kecik hati"

Dengan berat hati aku pun menyarungkan tudung dan turun ke bawah. Nampak macam riak wajahnya sedih disitu.

"Sorry boss. Saya tak boleh pergi"

"Kenapa? You tak okay ke? Kan kita dah janji?"

"Bukan kita. Tapi boss yang janji sendiri. Lain kali je la, lagi pun esok kan ada meeting besar saya kena tidur cepat"

"Saya kan boss. So, ini perintah awak kena teman saya dinner"

YaAllah ya tuhan ku tak faham bahasa ke boss aku ni?

"Tak boleh. Saya tak nak, kalau nk dinner sangatlah baik ajak Zura"

"Zara saya nak kenal-kenal dengan awal bukan dengan adik saya tu. So, pergi lah kemas. Saya tunggu. Make sure pakai baju peach tau sebab sesuai dengan suit saya ni"

Ha??? Dah paksa nak atur baju kita pulak.

"Siapa cakap saya nak? Baik boss balik lah, kalau boss rasa saya ni kasar sangat pecat lah saya. Saya rela"

Aku sudah kemain geram nya. Lantaklah dia nak cakap apa pun.

"Okay. Take your time. Saya tak pernah nak pecat awak. Sorry ganggu tau, next time je lah kita dinner. Good night. Besok datang office tau"

Aik??? Tak nak marah ke?

Aku dah merasa jahat sangat malam ni asal dia tak maki aku?

Assalamualaikum...

Minta maaf dari hujung kaki hingga hujung kepala yang saya lambat post cerita. Huhuhuhu.

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin readers ku semua.

Minta maaf banyak-banyak. Saya harap korang tak hapus lah cerira ni dari reading list atau library korang 😢😢😢 ceq merayu sangaaat

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now