♡ 20 ♡

374 19 0
                                    

Aku merebahkan badan ku diatas katil empuk bilik aku. Tempat yang paling selesa adalah bilik sendiri.

Selepas majelis petang tadi habis, aku tak boleh nak berfikir pasal apa yang aku cakap tadi.

Mengada lebih kan aku? Beria sangat nak cabar diri sendiri, tak tahu lah macam mana nak cari bakal suami tu.

Aku menscroll phone aku. Tengok gambar-gambar majelis tadi. Kemain cikgu Zill hensem sokmo dia.

"Baik aku pergi jumpa Nurul"

                                   ~~~

Aku dan Nurul pun sampai di cafe lah dekat Subang. Nurul baru sahaja balik daripada Penang.

"Mana nasi kandar aku?"

Nurul menepuk kening ku. Adui. Ish Mek Na ni.

Mek Na lah. Dia nak jadi Mek Kelate lah kalau jadi juga dia nak kahwin dengan mamat tu. Ni belum confirm lagi tau. Hihi.

"Nasi kandar tak ada. Yang ada gembira punya khabar maaa"

"Hah. Apa dia?"

Wah beria aku kalau dah bab gossip ni. Upsss.

Dia mengeluarkan pergelangan tangan kiri nya. Rantai emas.

"Waaah cantik. Banyak duit kau beli emas"

"Tak beli lah. Teka lah apa. Teka lah"

Amboi. Gatai. Gedik. Miang keladi.

"Mana lah aku tahu. Bagitahu ajelah, kau tahu kan kawan kau sorang ni tak suka main teka teki"

Dia monyokkan muka.

"Patutlah otak tumpul"

"Kau cakap apa? Sepak kang"

"Tengoklah! Perangai tak sudah-sudah"

Aku pun akhirnya mengeluarkan jurus terjitu. Apalagi? Senyum manis lah.

"Okay..sorry honey. Cakap lah khabar gembira tu"

Nurul membetulkan posisi duduk nya. Lalu mula batuk kecil. Macam nak speech convo aje lah dia ni.

Dia angkat lagi tangan yang sudah berhias rantai emas tu kehadapan ku.

"Sharul lamar aku. Dia ajak aku kahwin"

Aku pun tersenyum lebar.

"Waaah congrats Mek Na! Tak salah lah aku panggil kau Mek Na. Tahniah!!"

Nurul tersipu malu ajelah kerja dia.

"Untunglah ada orang nak"

Aku buat buat muka sedih pulak sekarang ni. Minta penampar ni.

"Bodoh sendiri"

"Asal cakap aku bodo pulak?"

Nurul memicingkan mata nya, menatap ku macam nak telan aku aje.

"Bodo lah, dah sah sah jodoh tu depan mata kau blah macam tu je. Kan bodo nama dia, nasib baik kau tak hodoh. Kalau dah hodoh lepas tu bodo pulak tak tahu lah nak biarkan kau hidup ke tak"

Aku merenungi ayat demi ayat yang keluar daripada mulut Nurul ni. Deep gila.

"Manalah aku tahu yang ternyata dia suka kat aku juga. Yang ternyata cinta aku tak bertepuk sebelah tangan, cinta aku berbalas. Tapi nak buat macam mana, dia dah bertunang 😢"

"Itulah, kau tak confess pun kat dia. Kau tak tanya, main lari je. Tunang boleh putus hokey?"

Aku meneguk ais mata kucing tu sampai ke mata mata kucing tu pun lenyap sekali.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now