♡ 17 ♡

337 22 0
                                    

Dia dan aku tak mungkin akan sama lagi macam dulu. Mungkin tak akan ada tawa semacam dulu lagi.

Aku menghirup udara malam dari atas balcony kamar ku, merasakan setiap angin-angin yang meniup helaian rambut ku yang kusut masai.

Teh hijau yang berubah dari panas ke dingin itu ku minum, sudah tidak menyelerakan lagi.

KLCC nampak dari atas sini, masih terdengar hiruk pikuk bisingnya bandar sibuk ini. Aku menatap keatas langit yang hitam bak permadani, sebab bintang berterabur di atasnya.

Terakhir kali aku melihat bintang secantik ini saat aku tengah berada di atas sebuah dewan sebuah syarikat, masa itu aku tidak sendiri. Masa itu aku bersama dengan seseorang, seseorang yang sekarang tengah aku fikirkan di dalam minda ku.

"Tak boleh menunjuk bintang" dia menepuk jari ku. Auch. Jeritku halus.

"Siapa kata? Jangan tipu eh!"

"Banyak orang cakap macam tu"

"Jangan nak mengarut eh. Orang kata bila ada bintang jatuh cepat kita buat permintaan. Tapi, tak percaya lah. Sebab, hanya Allah lah yang boleh kita mintakan permintaan"

Aku berdehem sejenak lalu menatap ke wajah nya. Alim betul. Dalam hati.

"Memang pun, tapi apa salahnya untuk games aje. Apa kata kita main permainan?"

Dia mengerutkan dahi nya.

"Games?"

Aku menarik tangan nya mendekat ke arah pembatas. Kami sedang berdiri dan aku sibuk menghirup udara malam yang entah segar entah tidak.

"Sebenarnya bukan lah games sangat, tapi boleh lah untuk buat kita bergembira sejenak"

"Apa dia?" Dia menatap ku penuh tanda tanya.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang nak aku buat.

"Awak... boleh tak awak jangan menikah"

Bushhh!! Ayat apa yang dah keluar dari dalam mulut aku tu yaAllah?

Sebenarnya itu luahan teramat jujur di dalam hati aku untuk dia. Aku tak siap untuk berpisah dari dia.

"Hm... are you kidding me?"

Aku tatap wajah nya lama dan dalam, lalu aku tergelak sambil menutup mulut. Saja nak ubah topik perbualan yang aku sendiri tersasul, tersalah cakap.

"I mean, tunggu saya nikah dulu baru awak nikah. Hahaha. Cute gila muka"

Dia memicit hidung ku hingga merah.

"Sakit tau!"

"Jadi jejaka terlajak tua lah nak tunggu awak dulu nikah baru saya. Mengada, tell me the truth lah!"

Aku ingat dia dah langsung terhibur dan endahkan saja lawak tak bermutu aku tu, rupa-rupanya dia korek lagi. Nak jawab apa? Nak jawab yang betul ke?

"Eh gurau aje lah. Saja nak buat lawak"

"Kelakar sangat lawak awak tu, come on lah Zara, I know you so well. Cakap lah"

"Tak"

Dia mundur selangkah.

"Okay. Jangan nak menyesal aje"

Lalu dia berlari turun ke bawah seraya menjerit nama ku agar aku mengikutinya turun ke bawah.

"Jangan nak menyesal aje. Sekarang aku betul-betul menyesal, Zill. I regret what I decided"

Aku tersenyum sayu melihat bintang-bintang itu.

"Zara..."

"Hai abang Faz"

Abang Faz duduk di hadapan ku dengan membawa secawan milo panas. Hantu milo!

"Kenapa sedih?"

"Ha? Mana ada sedih, mata masuk habuk"

Aku mengipas-ngipas mataku dengan telapak tangan, macam kipas sate saja.

"Eleh. Zara boleh tipu orang lain, tapi Zara tak boleh tipu abang"

"Cakap lah bila masa Zara tipu abang?"

"Hm.. betul nak tahu bila Zara tipu abang?"

Aku mengangguk laju.

"5 tahun lepas, eh bukan, bertahun-tahun yang lepas, sebenarnya Zara suka abang kan?"

Mati doe aku. Rasa nak menangis meraung terjun aje sebab malu.

"Perasan"

Dia tersenyum senget.

"No. Bukan abang perasan, tapi inilah realiti. Kenapa Zara tak cakap dulu yang Zara minat abang, tak kan lah sekarang abang penat cari awek lain. Depan mata dah ada kan?"

Dia main mata pulak dah.

"Okay. Dah alang-alang ni Zara mengaku aje lah, dulu memang lah Zara suka abang, tapi sekarang tak lagi. Tapi, Zara tak pernah bagitahu siapapun tau yang Zara suka abang. Ni abang tahu darimana?"

Dia lagi-lagi tersenyum senget. Geram betul.

"Sure ke yang Zara tak pernah share rahsia dengan siapapun?"

Aku terdiam sejenak. Tak mungkin. Tak mungkin dia.

"Ye lah. Abang ni pandai teka kan?"

"No. Abang mana pandai teka. Hm, macam ni lah, apa kata esok Zara ikut abang. Pukul 3 petang Zara abang bawa pergi ke suatu tempat"

"Tak nak lah. Nanti abang malukan Zara"

"Hei. Tak mungkin lah abang sanggup malukan adik sendiri. Jangan bantah okay? Ikut aje"

"Nanti tunang marah, merajuk pulak"

"Tak. Jangan degil eh!"

Dengan amat terpaksa aku pun mengiyakan kemahuan nya. Suspen gila aku dengan dia ni, apa yang dia nak buat ni yaAllah?

"Good girl, dah abang turun dulu. Zara masuk lah, nanti masuk angin"

Dia ni tak pernah tak sweet talker tau. Aih....

Hai hai hai minta maaf mungkin bosan eh? Cerita ni boring ke? Itulah cheq tak ada idea dan busy gila lately. Mintaaaaa maaaaaaaaf 🙇🙇

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now