♡ 26 ♡

334 19 0
                                    

Pintu pejabat itu di tutupnya lalu dia menyilakan aku duduk di hadapan nya. Lalu pelawa aku dengan kopi 'O, tentu saja aku tolak dengan sopan. Aku tak nak minum kopi lagi sejak dari London, puas sudah aku jadi hantu kopi dekat sana.

"Tahniah! Hari ini awak rasmi menjadi my personal assistant"

Sontak aku terkejut. Sebab awal sekali bukan macam ni. Aku tak expect yang aku bakal menjadi asisten peribadinya.

"Ha? Asal? Motif?"

Disebabkan pertanyaan ku yang bertubi-tubi. Dia pun tertawa halus lalu menyuruh ku untuk tenang.

"Maaf sebelumnya saya tak cakap direct hari tu. But, ya saya rasa awak boleh buat"

"Kenapa mesti asisten peribadi? Tak ada ke jawatan lain yang lagi sesuai untuk saya?"

"Awak rasa ini tak sesuai eh?"

Of course lah tak. Segera aku mengangguk tanda aku memang lah tak nak.

"Kalau awak masih kukuh nak jadikan saya P.A., saya minta maaf. Saya dengan hormat mengundurkan diri"

Selangkah kaki ku keluar daripada kerusi itu lalu dia bersuara.

"Okay fine. Maafkan saya"

Lalu dia menekan nombor daripada telepon bimbitnya.

"Zura, masuk bilik abang sekarang"

Aku menghelakan nafas dan menghalakan pandangan ku kearah tingkap.

Tak lama masuk lah Zura. "Ada apa bang?"

Aku lihat Khairi menghalakan matanya ke arah ku yang tengah asyik menatap tingkap yang nampak panorama KLCC itu.

"Zara kerja dekat department Zura sekarang. You can show her, the room and etc"

Nampak Zura sudah agak faham lalu dia pun menarikku keluar. Aku tengok macam tersengal aje nafas dia keluar daripada bilik abang dia tu.

"Zaraaaa. Awak dah buat apa dekat abang saya tu?"

Dia membuka sebuah bilik pejabat yang aku syak itu bilik aku kot. Lalu isyaratkan aku agar duduk dekat kerusi besar.

"Apa? Saya tak buat apa-apa" jawab aku selamba. Aku hanya menolak jadi P.A. dia.

"Tapi asal dia marah?"

"Bila masa dia marah? Dia okay kot tadi"

Zura lalu duduk seraya meneguk air mineral dekat atas meja tu lalu mengurut sikit kepala nya. Aku hanya hairan.

"Zara, let me tell you. Orang yang bernama Tengku Muhammad Khairi tu adalah orang yang sangat bijak, tenang, segala yang dia buat terancang dengan baik, saya kenal dia dari sangat, sebab dia abang saya..."

Aku menjongketkab dahi memotong apa yang Zura cakap.

"So, masalah nya?"

"Kalau dia dah dingin macam ais cube tu tanda dia marah lah. Dia kalau dah halau orang tu tandanya awak ada buat dia terasa hati ke?"

Macam tu dia kata marah? Itu kalau Cikgu Zill memang tahap dia tengah tak menyakitkan hati lah untuk aku. Halau orang? Aku tak merasa kena halau.

"Zara, nampak nya awak belum kenal abang saya rapat. Dia memang macam tu. Tak boleh orang tolak apa yang dia nak, kalau ada yang menolak macam tadi lah dia"

Aku menggaru kepala. Hari tu dekat majelis okay je, tak ada pulak dia meragam. Hm, mungkin orang akan terserlah sifat sebenar dia bila kita dah tengok sendiri dia dekat reban dia. Maybe lah. Haha. Reban? Ayam ke? Kahkahkah. Peace.

"Memang saya tak kenal rapat abang awak. Saya tak tahu pun, lepas tu saya nak buat apa"

"Dia memang susah nak pujuk. Dua tiga hari okay lah tu"

"Okay lah. So, ini bilik kerja siapa?"

"Ooo ya. Ini bilik awak lah Zara. Saya cadangkan esok je lah saya baru bagitahu awak kerja kita. Btw, ini dah masuk lunch hour dah Zara. Jom, teman saya makan"

Sibuk potpetpotpet tadi lupak pulak aku ada lunch dengan Nura. Tapi kesian Zura, nampak aku menghampakan dia je nanti.

"Zura, saya nak bawa awak lunch dengan kawan saya sekali. Awak nak ke?"

"Sure"

"Tapi saya tak bawa kereta"

"Jom lah. Bagitahu je dekat mana"

                                   ~~~
Aku melambai Nura dari parking lot kereta. Rupa-rupanya dia pun baru saja sampai.

"Aku ingat kau dah sampai dulu"

Aku menarik tangan Zura untuk dikenalkan dengan Nura sebentar lagi.

"Baru jugak sama dengan kau" dia melirik Zura dengan senyuman nya.

"Nura, ni Zura adik boss aku"

Mereka berdua pun bersalaman dan sama-sama mengenalkan diri mereka seraya kami duduk untuk menunggu pesanan yang memang sudah pesan dulu tadi, so, makanan Zura pesan lagi lah hihi.

"Hai. Saya Nura. Nice to meet you"

"Nice to meet you too, Nura"

Aku melirik ke arah depan restaurant seraya dengar Nura dengan Zura ni bercakap. Bukan main depan dah rapat baru je sejam aku jumpakan diaorang. Zura ni memang peramah gila orangnya, baik pulak tu. Dia belanja kitaorang.

Selepas kami makan segera lah kami bangkit dari kerusi tu sebab dah ramai gila orang dekat sini. So, bagi turn orang lain pulak lah nak makan.

Jalan punya jalan, Nura pun mula potpet.

"Wah nampak gaya nya ada orang terserempak jodoh"

Begitu jugaklah aku batuk. Kurang asam punya kawan.

"Siapa?" Tanya si polos Zura.

"Pekerja awak lah Zura, tu tengok depan ada jodoh Zara nak lalu"

"Handsome gila"

Kami bertiga pun berhenti tepat di depan Cikgu Zill. Ya. Hanya dia seorang.

"Zara"

Terketar-ketar hati aku berdiri di hadapan dia. Segaris senyum aku bagi dengan percuma lalu aku halakan pandangan aku sekejap dekat bola mata nya.

Rasanya nak cakap "I love you" payah nyaaa suka dekat tunang orang.

Rasa nak peluk yaAllah. Rasa nak menangis dekat pelukan dia. Rasa nak cakap yang aku cinta kau sangat-sangat.

"Awak buat apa kat sini?" Amboi pertanyaan aku. Macam aku ni bini dia.

"Nak lunch. Awak dah makan ke?"

Aku mengangguk saja.

"Yaya mana?"

"Yaya dekat rumah mama"

Oh. Aku hanya membulatkan mulutku membentuk O.

"Okay lah saya balik dulu"

Baru saja selangkah kaki ku melangkah dia memanggilku lagi sekali. Rupa-rupanya Zura dan Nura sudah berada dekat depan kereta. Kurang asam depa tinggalkan aku.

"Apa?"

"You know how much I care about you, Zara"

Laaah. Terukir senyuman ku begitu saja. Berbunga bunga 💐💐💐💐

Aku pun kembali melangkah dengan senyuman yang tak lekang dan aku rasa nak record je ayat yang dia cakap tadi.

Dia care dengan aku. Dia care doe.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now