Songkok melayu berwarna putih cantik menghiasi kepala kedua abang kesayangan aku ini! Cehhh.
Baju melayu yang tentunya tak sama model hanya sama warna sahaja itu sesuai sahaja dipakai oleh abang Faz dan abang Adib.
Nasib lah menikah dan bersanding pada hari yang sama. Nasib lah dapat calon isteri sedara kembar. Kan baju pun nak sama kaler.
"Zara... tolong bawa hantaran ni kat bawah"
Aku mengambil sirih junjung yang sangat cantik dari atas meja lalu aku bawa ke bawah.
Mesti kedua abang aku itu berdebar gila nak ucap ijab dan qabul.
Bertuahlah siapa yang dapat abang aku ni.
"Zara, tolong ambil kasut abang Adib dekat kereta tu. Along terlupa"
Aku hanya mengangguk sahaja. Asyik Zara...Zara aje hari ni.
Cobalah aku jadi pengantin, tak kan nya aku nak kena suruh-suruh macam ni. Hadehhh.
Aku pun membuka pintu kereta, lalu dengan susah payah akhirnya aku dapat juga kasut abang Adib ni.
"Adui"
Itulah Zara keluar kereta tak salam dulu. Kan dah langgar orang, habis kasut abang Adib yang cantik molek tu jatuh kat lantai simen halaman rumah.
"Sor...ry"
Aku melihatnya dari atas kepala hingga hujung kaki "handsome gila doe" ucap ku dalam hati.
Berbaju melayu dan bersongkok, bau harum tubuh sasa nya semerbak. Sasa tau bukan sado!
"Zara"
Dia memungut kasut abang Adib yang tercicir.
"Terimakasih"
Aku tersenyum biasa saja.
"Tunggu"
Baru sahaja selangkah kaki aku nak melangkah masuk dia potong line betul la.
"Awak cantik pakai baju ni"
Satu kalimat sederhana namun boleh buat aku senyum hingga hujung telinga. Tapi disebabkan aku ingat pasal dia adalah tunang Leeya perasaan bahagia sebab dipuji itu akhirnya perlahan hilang.
"Biasa aje lah" (padahal dalam hati Allah je lah yang tahu)
"No, ini tak biasa. You're so beautiful"
"Jangan nak flirt eh! Nak masuk ke tak nak?"
Aku dah geram dah. Bukan apa, aku tak nak lah terlajak suka lagi dekat dia.
Adui. Aku tak tanya pula Kiara pergi mana.
"Kiara tak ikut awak, dia pergi esok aje masa bersanding"
Aku melongo. Dia ni macam Heo Joon Jae dalam The Legend of The Blue Sea tu ke? Yang boleh baca fikiran Chung?
"Tak tanya pun"
Dia mengangguk.
"Sebelum awak tanya, baik saya bagitahu dulu, kan?"
Aku memicingkan mata. Dia ni!!
"Haaaaa. Kebetulan, kita kekurangan pengapit lelaki. Boleh lah kamu Zill teman Zara jadi pengapit untuk Adib"
"Boleh Madam"
Mama ni asal aje suruh orang.
Aku sudah tak boleh membantah lagi, akhirnya aku akur sahaja lah.
"Kaler baju dah sama, sesuai lah jadi pengapit abang"
Abang Adib tiba-tiba aje datang dari belakang, sambil merampas kasut yang dah susah payah aku ambil.
YOU ARE READING
You Are My Stupid Cupid
Romance"tak ada mata ke apa?" - Zaharil Hakimi "sorry... tak nampak" - Noor Zara Anasha Muka bapak baik. handsome. segak. tinggi semampai. aduhai. Cantik. comel. sengal. happy-go-lucky. "budak sengal. Pergi sana, malas aku jumpa kau balik" - Zaharil Hak...