♡ 31 ♡

329 17 0
                                    

Dup dap dup dap rasa nya jantung aku sekarang ni bila berhadapan dengan dia.

Kecik sangat ke Kuala Lumpur ni sampai dekat mana-mana pun aku tetap akan jumpa dia.

"Zara, kenapa you tercegat je? Jom lah, Zura dah tunggu kita"

Khairi, aku dan juga Zura akan makan siang di sebuah kedai makan di salah satu mall tak jauh daripada office kami.

Selepas Khairi menepuk bahu ku baru lah tersedar. Haish.

"Eh boss, sorry"

"You tengok apa?"

"Tak. Saya tak tengok apa-apa"

Jawab ku biasa saja.

Kami pun berjalan ke sebuah tempat makan, disana dah ada Zura dan juga tamu tak diundang Nura. Ada aje minah ni.

"Ei, lama nya?"

Zura segera mencuit tangan abangnya untuk di cubit.

Khairi tak memperdulikan malah dia gelak saja.

"Nura, asal kau ada eh?"

Tanya ku. Saja. Nak sakitkan hati dia.

"Eh kau ni. Zura ajak, aku on kan aje lah"

Ye lah tu.

"Abang, ini kawan baru Zura, nama dia Nura. Nura ni kawan baik Zara"

"Oh okay. Welcome to the club, Nura"

Dengan selamba dan muka cool nya. Nura pula sengih saja sebab dia memang suka sengih memanjang.

"Zara, pinjam phone kejap. Nak selfie lah, camera kau kan bagus"

Nura ni entah apa-apa aje.

"Kejap"

Aku pun korek-korek isi beg tapi tak ada. Gelabah sudah lah padahnya.

"Handphone aku tak ada lah. Adui"

Semua sudah tolong cari phone aku. Ini lah cuai ni, kat kereta ke?

"Mungkin dalam kereta saya?"

"Mungkin juga"

"Nah.."

Dia memberikan kunci kereta nya agar aku kembali ke parking area dan mengambil nya.

"Hm tapi saya lupa kereta awak yang mana"

"Tak apa, jom! Saya teman"

Aku mengangguk saja. Nura dan Zura dah pandang lain semacam. Sepak kang!

                                ~~~

"Fiuhhh... nasib baik jumpa. Kalau tak, boleh menangis lah saya"

Aku mencium belakang phone itu. Sebab, phone ni aku sayang sangat.

"Kalau tak jumpa. Boleh beli baru, tak payah fikir sangat"

"Bukan masalah tu, tapi phone ni saya beli dengan hasil kerja part time saya dekat London dulu. Banyak kenangan tau"

Dia mengangguk tanda faham.

Sambil jalan sambil sembang sambil terlanggar orang (lagi)

"Sorry...."

Aku menelan air liur. Why?

"Zara..."

Aku hanya berekspresi datar. Rasa sakit hati yang masih terasa sebab dia cakap macam-macam dekat aku.

"Bro..."

Khairi menepuk bahu Zill yang kemas dek kerana suit hitam nya yang pas sangat dekat badan nya yang sasa.

You Are My Stupid CupidWhere stories live. Discover now