"sedap gila burger aku makan semalam tu kau tau tak? kerebing pula tetiba."
"weh weh tu budak yang aku minat tu."
far ni memang selalu cakap benda yang tak ada kena-mengena dengan cerita akulah. walaupun dia macam tu, aku layankan aje. cerita aku dia tak layan pula.
"bukan dia junior kita ke?"
"eh yeke?"
dia soal aku sambil buat muka haprak. lah aku tanya dia, dia tanya aku balik. ya Allah berilah aku kesabaran untuk melayan kawanku far yang macam tak pernah belajar bm. aku angguk untuk jawab soalan dia.
"lah takpelah. aku move on jelah."
"dia junior second year kitalah. kitakan third year, bukannya berjarak sangat pun umur kitorang. dongibap."
bongok ah dia ni. tulah tak baca media massa, media sosial aje ditengoknya. dia pandang aku lalu tersenyum. tapi aku nak cakap yang budak yang dia minat tu memang comel gila.
"weh apa kau cakap tadi? pasal nuget? rocket? basket? bucket?"
aih dia ni. ini lagi soalan maut. aku cakap lain dia dengar lain. kalau aku korek telinga dia guna besi panas memang ngam sangat ni.
"aduh!" adunya.
baru kau tau. aku hempuk kepala kau guna buku teks tebal ni.
"tulah, lain kali dengar guna telinga bukan guna hidung kau. taulah hidung lebih besar dari telinga."
"pergh menusuk ke jantung limpa paru-paru aku. kau pula mulut lebih kecil dari suara kau."
aih kalau berbalas cakap dengan dia ni memang tak habis lah aku nak cakap pasal burger tu.
"semalam kan aku makan burger sedap gila. delicious!"
aku cakap dengan terujanya. hidung pun sampai kembang-kembang dah sebab cakap pasal burger yang semalam aku makan tu.
"mesti abang yang buat burger tu hensem kan tulah burger pun sedap. lain kali kau bawa aku pergi gerai tu. aku pun nak cuba juga burgerlicious tu."
aku hempuk dia lagi tapi kali ni kat bahu. taknaklah hempuk kat kepala, takut otak bertambah mereng. dia usap bahu dia. macamlah aku hempuk sakit sangat. pale timun betullah.
"ah kemarin kan.."
dan bermulalah sesi gosip meletopz kebaboom dan sesi penyampaian hadiah eh cerita. aku cerita pasal apa yang jadi semalam kat perempuan otak suku ni.
"hahahahahahaha hehehehe hihi huhuhu uu aah cip cip cip meow meow." selepas aku cakap yang mamat jual kuih tu bagi aku flying kiss terus dia ketawa.
pehal gelak pelik sangat tu? segala bunyi keluar. suara monyet, burung, kucing dah terkeluar. dia ni manusia ke apa ni? aku pandang dia pelik. kalau keluar bunyi oink oink memang sah dia bukan manusia.
"stoplah weh. budak yang kau minat tu nak datang sini woi."
dia berhenti gelak terus control ayu. bluerk buruknya perangai pompuan ni. kenapalah aku ada kawan macam dia ni?
"kak, ada taih mata kat situ."
eh apasal formal sangat baju dia ni? dia fikir dia nak jalan kat red carpet ke?!aku gigit bibir aku nak tahan gelak. far yang tadinya senyum terus pudar senyuman dia. dia ambil cermin kecil dia terus tengok tempat yang budak tu tunjuk tadi. dia tarik tudung aku terus lap taih mata dia.
"kurang asam betullah kau ni far. tudung aku ni baru kot. kau fikir aku beli tudung ni untuk lap taih mata kau ke? gunalah tudung kau ni."
sambil aku cakap, sambil tu aku tarik-tarik tudung dia. padan muka tudung dah rosak.
"eh atin tudung jangan main eh. sekali aku tarik tudung kau jadi macam mak nenek baru kau tau, takde orang minat kau."
"eh masalahnya kau lap taih mata kau kat tudung aku pehal?" soalku.
"eh ini tudung eh? nampak macam tisu ah. sorry weh."
kuaja dia kata macam tu. tudung aku ni nipis ke? terus aku buat muka really nigga aku kat dia. makan kau muka buruk aku. telan terus.
dia kemudiannya tersentak. dan menarik nafas panjang.
"ahhhh!"
wah high note dekat tepi telinga aku. arigatou kawanku. aku sayang kau sebab buat telinga aku pekak. aku menggosok telinga kananku. tahap kebangangan dah capai tahap maksimum ni, lebih lagi aku rasa.
"kau pehal jerit tetiba ni? dahlah kat tepi aku. aku bagi kau jeritan monyet baru tau." kataku. siyes aku kata suara dia nyaring gila babss.
"arhhh!" jerit lagi. kali ni suara dia low sikit.
"pehal kau macam ni bodoh? hantu jerit mana yang rasuk kau ni?" kataku lagi.
"weh tadi aku dah malukan diri aku sendiri weh. dahlah crush aku limpas dan dia tegur tahi mata aku. kenapa dia tak tegur muka aku yang lawa ni?" katanya sambil meraung. meraung macam beruk kena belacan.
"nasiblah dia tegur tahi mata kau aje. kalau dia tegur hidung kau yang besar overdose tu macam mana?" ujarku sambil tergelak kecil.
"eh kau ni memain pula. aku siyes cekewa ni beb. cekewa gila huhu."
sorrylah kawan aku ni budak wicet sikit tulah cekewa tu. aku takde crush ni boleh pula hidup bahagia tanpamu disisiku.
"sob sob hurgh hurgh hergh hergh."
itu bunyi apa pula tu? aku pandang sebelah aku. eh menangis pula minah ni.
"woi takkanlah crush tegur tahi mata terus kau nangis kot? jadi matang sikitlah gila. aku tumbuk muka kau bertambah nangis nanti aku kena tangkap pula sebab mendera kawan aih."
"sob sob huarh huarh."
meroyan ah makcik ni. aku melepaskan nafasku yang berat memikul beban nak tahan diri aku dari pelangkung makcik ni.
"okey okey besok aku belanja kau burgerlicious kebaboom tu. pakej abang burger sekali."selepas je aku kata macamtu, dia angkat muka dia lalu memandangku. wow kenapa aku macam nampak effect mata bersinar hidung kembang dengan gigit bibir ni? dia yang tadinya nangis terus berhenti lalu memeluk bahuku.
dia iring aku jalan sampailah kereta aku. bukan iring, heret sebenarnya. habis rosak tudung aku. dia siap bukakan pintu untuk aku lagi. dahlah main korek aje beg aku tanpa kebenaran, ambil kunci pula tu.
"hantar aku balik sekarang. tak sabar nak jumpa abang burger esok." katanya.
"kau fikir aku ni driver ke kau nak suruh suruh? upah minyak pun takde bagi. bila nak berdikari kawan?" aku sindir dia. dari awal tahun sampai sekarang asyik menyusahkan aku.
"eh kalau dah ada abang burger tu, crush junior kau tu nak letak mana? letak tepi atau letak atas?" soalku lagi.
dia terus pegang dagu dia. dia fikir dia lelaki ke nak berfikir sambil pegang dagu?!
"ah letak kat dalam hati aku jelah. abang burger tu letak kat dalam minda aku." balasnya sambil tersengih.
aku memulakan pemanduanku. nasib rumah far ni tak jauh dari rumah aku, dalam 5 minit macam tulah. aku bercerita dengan dia sambil pandang muka dia.
"atin jaga jaga abang bawa basikal depan kita ni!!"
aku yang tersentak sebab bunyi hentakan kat depan kereta aku terus berhenti. aku pandang far, far pandang aku.
"weh macam mana ni?! apa kita nak buat?!" soalku cemas. far dah panik sampai tak terjawab soalan aku.
aku dengan beraninya majukan kereta aku dan biarkan lelaki bawa basikal tu.
"kenapa tinggalkan dia?!"
"aku nak parkinglah. aku taklah jahat sangat nak biar mangsa macam tu je."
aku buka pintu dengan berhati-hati. aku berjalan perlahan-lahan ke belakang keretaku.
eh mana lelaki bawa basikal tu?!
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...