"far jom, kita kena cepat! kita mesti berdiri kat bahagian depan."
aku mula berlari sambil tanganku menarik lengan far. kitorang mesti berdiri di depan ni, nanti tak nampak. lepas beberapa minit macam tu tetiba ramai orang bersorak diikuti dengan tepukan tangan. haru betul.
"bietiyesh! bietiyesh! bietiyesh!"
"kim namjoon kim seokjin min yoongi jung hoseok park jimin kim taehyung jeon jungkook hah BIETIYESH!"
"yeah nuga nae suneo dereoppae I don't care mic jabeul-"
"weh weh aku ada berita hangat, melecur kulit aku hangatnya ni." suara far yang jerit-jerit macam monyet tu mematikan lamunanku yang sedang berada di the EllenDeGeneres Show. dahlah goyangkan badan aku macam nak goyangkan satu dunia.
"apa?" jawabku dengan muka hampa. belum sempat part worldwide handsome aku lagi kot.
"tadi pagikan si thaqif tu tengok aku! ya Allah cair aku!" jerit far. boleh tak kau sebut nama dia lebih kuat? biar satu dunia tau yang kau kena tangkap cintan dengan dia aih.
"siapa thaqif?" soalku. yang aku tau te queiro je.
"ish thaqiflah, crush junior aku tu." katanya. yang mana satu ni? aku tengok dia dengan dahi yang berkerut seribu.
"alah yang ni." katanya sebelum menghulurkan nokia ketek-ketek dia dekat aku. lek gurau je, nokia ketek-ketek mana ada gambar. aku sambut dengan minda yang masih berteka-teki aiseh.
woah sungguh menggetarkan iman. lepastu aku slide ke kiri dan-
ini lagilah menggetarkan iman. dahlah! aku hulur balik henfon dia. bapak arh, hensem bhai. tapi hensem lagi naz aiseh. aih kenapa aku ni?
"oh yang ni. yang tunjuk tahi mata kau tu kan." dugaku. hoho sengaja je ungkit benda tu, nak rosakkan mood dia. biar senyap sikit mulut murai ni.
"ha'ah dialah tu." balasnya. jadi apa masalahnya dengan aku? nak je aku tanya dia macam tu tapi pedulilah dia. dan dia pun mulalah cerita pasal crush junior dia tu. aku macam dengar dia merepek je.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...