"awak! awak okay tak ni?" soal malaikat maut tersebut. pandai eh malaikat maut tanya kita okay ke tak.
"ada luka tak?" soalnya lagi. aish pehal malaikat maut ni banyak bercakap.
aku membuka mata aku. sakit terasa bila mata aku yang entah dah berapa jam aku rasa tertutup tiba-tiba dimasuki cahaya. aih aku kat mana ni? takkanlah kat dalam kubur kot sebab ada cahaya.
aku gosok mata aku dan sedari yang ada taih mata melekat kat tangan aku jadi aku lap kat baju malaikat maut ni. pakai baju hitam jadi apa nak risau sangat. tak kotor pun haha. malaikat maut tu mula-mula gelak lepastu buat muka taik dia tapi comel 😻
"awak dah okaylah ni. dah kotorkan baju saya maksudnya okay lah ni." katanya. eh baru aku perasan, kenapa malaikat maut ni serupa dengan naz eh? ke memang dia? aku perhati wajahnya. eh nazlah!
"dah dah bangunlah. drama lebihlah kau ni, tin." kata lelaki di sebelahnya pula. ish awal-awal dah cari gaduh. penatlah!
aku pun bangunlah perlahan-lahan. dah drama kan, semua mesti slow motion. tak naklah nampak kelam kabut sangat. aku tilik jam kat tangan aku.
"Allah, saya dah lambat ni. bai!" kataku sebelum berlari ke tingkat bawah. nasib lif tak ramai orang guna, kalau tak terpaksalah aku exercise ni. guna tangga? dalam mimpi kau jelah.
sampai je aku kat parking, aku nampak ada aura misterilah. gelap-gelap sikit macam ada malaikat maut lagi nak ambil aku. aku berjalan perlahan-lahan ke kereta. along tengah tunjuk jam dia sambil pandang aku dengan mata berapi dia.
sampai je aku depan dia, terus aku melutut dan tekup tangan aku.
"ampunkan hamba, tuanku. ada malapetaka yang tak dapat dielakkam terjadi tadi." kataku. dia masih pandang aku dengan pandangan tajam. ya Allah menusuknya ke jantung aku.
"tin..." halah halah dah keluar unsur saspen pula. jangan aje dia kata dia nak tinggalkan aku kat sini. aku pandang dia dengan muka blur.
kemudian dia pusing belakang.
"dapat tak ngah?" jeritnya kepada angah yang setia berdiri kat belakang tiang sambil pegang handphone dia. muka angah ya Allah macam aku nak hempas je kat tiang tu.
"eh mestilah dapat!" katanya sambil melompat-lompat. aih nasib takde orang. buat malu aku je.
"apa yang dapatnya?" soalku, yelah dari tadi dengar diorang cakap pasal dapat ke tak ni pehal. diorang masih tengok handphone angah sambil ketawa-ketawa. apalah yang kelakar sangat tu.
"ampun tuanku." itu je yang aku dengar. eh macam kenal suara tu. aku tengok handphone angah. kurang asam punya abang! dia pergi rekod aku melutut depan along tadi.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...