"Wonhae manhi manhi~manhi manhi~"
"Ting!"
"eh mana fon aku? bunyi ada, menatangnya entah kat mana." kataku sendirian. bantal-bantal yang berterabur atas katil, aku baling pergi bawah katil.
hah jumpa pun! aku masukkan passcode dan ching! eh whatsapp dari siapa ni? pehal familiar sangat profil picture dia ni?
wow aku boleh nampak 'lombong emas' dia wow! sejarah baru ni! nak post kat media sosial lah. prof konon, sekali gambar profil ya Allah macam idol! tergugat aku!
eh pehal pula dia ni? dahlah chat orang, missed call pula tu ya Allah.
Assalamualaikum.
eh eh boleh pula nak berbahasa, ingatkan pandai perli orang je. *flip bulu hidung*
Waalaikumsalam. Kenapa prof chat saya?
aku sengaja je panggil dia prof tu hehe. biar dia tahu batas pelajar dan lecterur. bukan berniat nak sentapkan dia cuma em itulah apa yang aku buat ni.
Tak payahlah nak prof sangat. Kau biasa panggil aku kim, panggil ajelah kim. Nak prof prof konon.
eh eh kau pehal? suka hati akulah nak panggil kau apa. aku save nombor telefon dia sebagai "prof kerek a.k.a kims". aku tak sangka pun aku akan save number dia. kims tu bukannya kata makian ye. eh sebenarnya ya.
"Wonhae manhi manhi~"
aku slide menatang yang berwarna hijau untuk menjawab panggilan si kims tu. handphone kulekapkan ke telinga.
"Hello prof, assalamualaikum." kataku. senyum senget muncul di bibir lawaku ini hehe.
"waalaikumsalam. eh eh bukan main kau eh nak berprof bagai. aku cepuk satgi baru tau." balasnya. woah marah benar ye brader.
"eh sabarlah kim. kau nak apa malam-malam ni?" soalku.
"kau sabarlah, aku nak cakaplah ni. aku nak minta tolong kau bawa aku round kawasan kuliah kau tu besok. boleh kan?"
"eh suka hati kau je. taulah kau tu lecterur aku, tak payahlah nak macam kawan sangat. kuliah, kuliahlah. nanti orang salah anggap pula. dahlah kau tu banyak peminat." balasku. aku sebenarnya nak mengelak dari gosip hangat lagi. dah terjebak dengan satu gosip meletup haritu, aku dah serik aiseh.
"salah anggap? ish tak hinginlah aku! aku banyak peminat eh? biasalah, mukakan kacukan korea sikit, mata sepet sepet aih memang aku tak nafikanlah yang aku ni memang hensem." katanya pula.
hadui inilah aku tak suka orang yang kuat perasan ni.
"aku pun tak hinginlah! aku nak tidur bai assalamualaikum! JANGAN CALL AKU LAGI!" kataku sebelum menekan benda merah tu untuk mematikan jantungnya eh panggilannya.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...