26 ♚

26 5 52
                                    

"Weh tin, tak sabar gila aku besok!"

tak sabar kenapa pula far ni? apa jadi besok?

"Kenapa besok weh? Kau kahwin ke besok?"'

selepas je aku send reply aku, tak sampai beberapa saat far bluetickkan aku. laju betul far ni. tak sabar sangat kot nak tunggu reply aku. aku taulah aku VIP dalam hidup kau hehe.

Wonhae manhi manhi~

aku jawab panggilan dar far. heih? tak cukup lagi ke berchat sampai nak bercall bagai.

"weh tin kau lupa ke pasal besok?"

tanpa memberi salam mahupun sapaan, far menyerang aku dengan soalan dia. pehal eksited sangat suara dia ni? serius ke dia nak kahwin besok?

"apa jadi besok weh? cakaplah cepat. jangan nak main teka-teki sangatlah weh. aku siku kau kang." balasku.

"aku rasa kau yang patut disiku ni. besokkan kita camping! kau dah packing ke belum?" balasnya lagi. aku kaget ehei. lepastu baru aku ingat yang aku dah kemas pakaian aku kemarin dulu lagi sebab terlebih eksited.

"aku awal lagi packing. tak mainlah buat kerja last minit ni." balasku. padahal sebab along bising-bising. dia kata nanti aku kelam kabutlah, banyak barang tinggallah. angah pun bising-bising juga haish.

jadi aku buat keputusan untuk kemas awallah. puaskan hati diorang. macam je diorang yang pergi camping kan.

"hek eleh kau tu. kalau exam bukan main lagi belajar last minit sekalinya last-last tawakal habis." katanya lalu ku dengar bunyi tawanya di hujung talian sebelum aku mematikan talian.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA." tawaku sendiri sambil memandang henfonku.

"kau pehal tin?" soal angah yang baru lalu bilik aku. along yang berada di belakangnya terberhenti dan menarik angah yang berhenti di depan pintu bilikku.

"weh kau jangan nak lengahkan masa aku. kata nak sparring kat ruang tamu. hah meh sparring." kata along lalu mengunci kepala angah di bawah ketiaknya.

angah menggelepur macam ikan tak dapat air kat bawah ketiak along.

"weh bau bau! lepas woi lepas!" jerit angah sambil menampar-nampar lengan along. selepas angah bertepuk tampar dengan along, akhirnya along lepaskan dia dari seksaan bau ketiak.

"satu, dua, tiga! siapa lambat, dia anak pungut!" jerit angah.

padahal dia dah lari dulu sebelum dia cakap. along terkial-kial lalu lari ke ruang tamu sebelum dia balas jeritan angah.

"kau memang anak pungut so aku tak kesahlah." balasnya. adeh pehal lawak sangat abang-abang aku ni? haih yang diorang buat super spontan depan aku ni kenapa?

"Ting!"

hurm wahai noti, tolong jangan bagi aku fake hope ye. aku tengah tunggu chat dari naz ni. takkan merajuk lagi kot?

"Hai sayang!💗 Sorry tak dapat balas chat awak sebab saya busy sangat ni. Banyak barang nak beli 😭."

boleh tak aku sujud syukur kat sini? T-T terharu ni aku yang akhirnya dia balas juga chat aku selepas beberapa kali dia bluetickkan chat aku.

"Tak-"

"Wonhae man-"

belum sempat haji mohd. hoseok habiskan nyanyian dia, aku terus slide butang hijau. nampak tak betapa eksitednya aku nak dengar suara dia? T-T aku rindu ni kau woi naz.

"hai sayang! assalamualaikum!" sapanya di sebelah talian. ya Allah macam aku nak pengsan je sini. kau paham tak perasaan bila crush kau panggil kau dengan panggilan 'sayang'? tak kan? muahaha.

"hmm." jawabku. kau pikir aku tak terasa ke bila dia tak layan aku?

"kenapa ni sayang?" soalnya, ada nada risau dan nada merajuk sikit. aduh keyotnya suara awucks.

"takdelah. tak payahlah layan saya kan. siapalah saya ni kan." kataku. saja je HAHAHAHAHAHA buang tebiat dulu.

"okay. awak pergi halaman rumah sekarang." arahnya lalu mematikan talian. kenapa? kau nak bawa bietiyesh jumpa aku ke hah?

aku menyelak langsir yang menutup cahaya matahari yang mampu membakarkan kulit aku ni haha. aku panjangkan leher aku, dengan kepala aku sekali terikut panjang.

"heih dia nikan. fikir lawak ke bagi fakehope?" kataku sendirian. aku masih lagi tak nak terima kenyataan jadi aku tetap juga pandang halaman rumah aku.

selepas tu barulah aku nampak kaki di sebalik tiang pagar rumah aku. aih nak main sorok-sorok ke hah awucks?

aku capai tudung instant aku dan aku sarungkan. mamat ni kan, aku tumbuk juga ni. suka betul kasih suprise.

"kau pi mana tin?" soal along yang sedang menikmati pop corn buatan dia sendiri yang aku pasti macam takde rasa popcorn pun. lebih kepada rasa jagung je. bagus kau makan jagung je. dedak ayam ke hah sedap sikit.

aku tunjuk halaman rumah dan along angguk. aku syak angah duduk kat dalam bilik ni, mengenang nasib sebab bau ketiak along dah melekat kat kepala dia.

"CAK!!" jeritnya. tapi jeritan dia cukup mem-bunga-kan hati aku ehei. nak buat-buat merajuk pun macam tak jadi ni hehe.

aku tunjuk senyum palsu tahap lampu pendaflour dalam bilik aku. eih takde kaitan langsung. tangan kanan dia aku perasan kat belakang dia. jangan kata—

kau bawa lipas? kumbang?

"alah sayang ni. janganlah macam ni. NAH! SUPRISE!" jeritnya lagi. tangan kanan dia yang tadinya berada di belakang terus dihulurkan ke depan aku.

sejambak bunga yang dipenuhi coklat. dia ni tak tahu ke yang aku ni cerewet sikit pasal coklat. tapi sebab aku dapat ni dari bakal imam aku, aku akan framekan plastik bekas coklat ni walaupun dah habis aku makan nanti. aku senyum dari telinga kanan aku ke telinga kanan naz. eh lebih.

"thank you awak!" jeritku. kalau aku nak nak peluk dia boleh ke ni? *hearteu eyes*!

"tapi ada satu syarat untuk awak makan coklat ni." katanya. aih ini kes-kes tak ikhlas ke ni?

"awak mesti cerita pasal hubungan awak dengan mamat yang panggil awak honey tu dan mamat yang tinggi-tinggi tu. start dari awal, macam mana korang berkenalan, korang jadi best friend and everything. don't left anything." katanya lalu memandang mataku. zina mata woi.

aku angguk lalu tersenyum lagi.

lalu bermulalah flashback, throwback, back-flip, backspace dan apa-apa yang berkaitan dengan back. walaupun aku cerita kat dia macam aku cerita kat budak tadika, bersyukur jugalah aku bila dia paham semuanya. kalau tak, terpaksa aku explain balik.

"oh sebab tulah dia panggil awak honey?" soalnya. aku angguk.

"ish jahatnya!" jeritnya lagi.

satu je aku nak cakap, yang dia ni—

memang jodoh aku waha.

PINKEUWhere stories live. Discover now