"pfft kau fikir kau siapa nak cakap macam tu?"
"em awak cakap apa? saya tak dengarlah. bising motor kapcai yang limpas tadi tu."
kurang asam dia kata motor angah aku motor kapcai. memanglah motor kapcai tapi hurm aku sorang je boleh cakap macam tu.
"eh takdelah. saya tanya, burger saya dah siap ke? saya dah lambat dah ni. nak balik." kataku sebab aku rasa macam dia renung aku je tanpa buat apa-apa. bukan nak perasanlah kan tapi perasan lah juga. angah pun dah sampai dah aih.
"oh kejap eh." terus dia cari something. aku berpeluk tubuh.
"nah, semuanya 6 ringgit." katanya. aku hulurkan 6 ringgit, tepat tepat. malas aku nak tunggu mamat leceh ni.
"eh kejap!" jeritnya sebelum aku beredar.
"apa lagi awak nak ni?" aku menjerit gak.
dia masukkan tangan dia ke dalam poket baju jacket denim dia lalu keluarkan mini heart wah. ya Allah comelnya.
sorrylah guys, baju dia tak sama dengan apa yang aku tulis, kesah apa aku HAHAHAHA. yang penting dia bagi aku mini heart hoho. ya Allah jangan cabar keimanan aku em k.
tetiba ada satu orang lelaki ni datang dekat dia. terus dia peluk bahu mamat burger tu dan bawa dia duduk atas motor. pergh hensem gak kawan mamat ni.
"Wonhae manhi manhi~ manhi manhi~"
suara haji mohd. hoseok menyedarkan aku dari pandang diorang. aih apesal kau mengelamun ni tin? henfon yang berbunyi aku angkat dan tekan butang hijau. eh ada butang eh?
"woi tin! kau nak pi mana? aku betul-betul depan gerai burger ni. kau pehal nak pergi sana?" soal angah yang berada di dalam talian. kencang habis ‾︿‾
"aku kan datang dari U. aku dengan farlah. aku ada kereta sendiri, buat apa nak naik motor kapcai kau yang berbunyi macam 10 tahun tak servis tu. aku nak balik dulu k bai!"
"kurang as-" tit talian telah dimatikan. padan muka kau ngah, nak membebel konon. aku pandang belakang, nak tengok reaksi angah. eh macam keluar asap pula dari telinga dia. baik aku cepat sebelum singa jantan tu pergi dekat aku.
aku berlari masuk ke dalam kereta. far yang tengok aku pun pelik. lepas tu, dia sambung balik baca wattpad dia.
"nah! upah aku mana? burger kau 3 ringgit, upah tenaga aku 2 ringgit dan upah liur aku pula 2 ringgit gak. jadi semuanya 7 ringgit." kataku. pergi gerai yang sejauh 100 meter tu memerlukan tenaga yang banyak tau tak?
"amboi. bukan main kau nak cekik darah aku eh. ada upah liur bagai. kau fikir aku takde upah ke? upah tunggu kau 15 minit dalam kereta. kalau aku kata upah 1 ringgit bagi setiap minit, kau sanggup tak bayar?" jawabnya. ya Allah aku cakap sikit je kot. pehallah aku ada kawan cam ni.
"yelah yelah 3 ringgit je. kedekut hurm!"
dia ambil dompet dia dan keluarkan 3 ringgit. aku sambut dengan muka yang masam sikit. sikit je, taknak banyak-banyak. nanti takde orang nak kat aku ◑ˍ◐
"weh kau nak tau tak, tadikan ad-"
"Wide awake wide awake wide awake don't cry~"
eh eh sejak bila ringtone aku berubah ni? bagus-bagus haji mohd. hoseok yang nyanyi tetiba berubah pergi mohd. noor seokjin.
aku keluarkan henfon tu dari plastik burger ni.
"eh tin, henfon baru eh?" soal far.
"eh, bukan henfon aku ni. aku takde duit nak beli iphone ni. dahlah warna pink. kau tau kan aku allergic sikit dengan warna pink ni."
"jadi itu henfon siapa?" aku pandang far dengan pandangan kau-ni-bodoh-ke-bangang?
"far, boleh kau guna otak kau sikit ke? kalau aku tahu ini henfon siapa, takdenya aku terkial-kial cari siapa pemilik dia." jawabku. susah sikit dapat kawan lambat pick up macam far ni.
"eh private numberlah. jawablah cepat. manatau pemilik dia tu hensem nak harom sampai kau boleh jatuh cinta." kata far lagi. boleh tak aku sekeh kepala far ni biar otak dia lurus sikit.
"em hello." kataku selepas slide butang hijau.
"em hello. I think I lost my phone. is it with you?" soal seseorang di dalam talian. pergh, kalau aku dah jawab memanglah dengan aku. takkanlah dengan pakcik aku pula.
"I'm the one who answered your call so it is with me. who is this?" kataku. far dah senyum-senyum sebelah aku. nak sindir akulah tu, maklumlah cakap bahasa om puteh.
"it doesn't matter who I am. I just want my phone back. meet me at the nearby mall tonight at 7 p.m. don't be late or I will call the cops to say that you stole my phone. bye." tit.
pergh cakap macam aku ni penjenayah.
"wuh atin speaking. siapa tu? pemilik fon ni eh?" soal far. aku pandang dia.
"a'ah. adakah dia kata aku curi fon dia. dahlah nak jumpa aku malam ni. perangai macam taih. annoyyinglah! dahlah temberang, ish bencinya aku dengan mamat tu!"
"mamat? lelaki ke? ya Allah mamat tu minat pink doh. mamat sotong kot. hati-hati kalau nak jumpa mamat tu. bawa angah kau ke atau along kau ke. jangan nak pergi sendiri." kata far. pergh caring gila kawan aku ni.
"wah sejak bila kau care pasal aku ni? cliche lah kau ni." kataku. malu sikit haha.
"ish kau ni. nanti kalau kau takde, siapa nak belanja aku? siapa nak gaduh ngan aku? siapa nak bawa aku makan burger? siapa yang aku nak eh sudahlah. malaslah aku nak sweet sangat dengan kau ni. nanti jadi bahan pula. dahlah bai, thank you hantar aku balik. besok hantar lagi." kata far sebelum tutup pintu dengan kuat. aku turunkan cermin kereta aku terus jerit.
"WEI KURANG ASAM KAU HANTAK PINTU KERETA AKU! KALAU TERCABUT KAU BAYAR!"
terus dia balas lagi,
"YA MESTILAH AKU BAYAR! AKU BAYAR DENGAN PINTU BILIK AKU, TAKPUN PINTU ALMARI AKU! HAHAHAHAHAHAH."
aku naikkan balik tingkap kereta aku terus membelah jalan raya guna chainsaw ewah ewah. tak ah, aku belah jalan raya nak balik rumah je. dan iphone berbunyi lagi. aku decline je padan muka kau haha. siapa suruh bishing shangat.
"Meet me at the nearby mall tonight at 7 p.m."
pehal terngiang-ngiang ni suara mamat leceh tu? aih terpaksalah aku pergi ni. sekarang dah nak jam 7 dah, bagus aku pergi mall tu ∩˙▿˙∩
♚♚♚
"aih pala bananalah. masa aku datang jugalah takde parking. berapa kali aku kena tawaf mall ni aih." aku membebel sendirian. aih terpaksalah parking jauh. dahlah tempat tu gelap."aih seram gak parking ni. takpelah, aku sekejap je kot." aku bermonolog sendirian.
tiba-tiba aku rasa mulutku ditekup dan
"kage butshi no jutsu!"
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...