"Wonhae manhi manhi~ manhi manhi~"
deringan henfon yang mengganggu tidurku ku capai dan kulihat nama yang mengganggu ketenteraman aku. dahlah aku aim harini nak bangun masa matahari tegak atas kepala hurm.
tapi belum sempat aku jawab, pemanggil dah matikan.
"Missed call from my sayang 💗"
eh sejak bila aku ada sayang ni?
kejadian semalam tertayang kat depan aku. aku yang mamai terus tersenyum lalu melompat di atas katil. sejak bila aku save nama dia sebagai 'my sayang 💗' ?
aku menghubunginya kembali.
"goodmorning sayang! harini ada kelas tak?" sapanya yang berada di talian. suara serak basah yang happy tu ya Allah menggetarkan tulang rusuk.
aiyo made my morning betullah mamat ni ehek 😆.
"goodmorning too. takde kelas harini." jawabku. nasib bercakap melalui henfon, kalau berdepan pergh gagap tak tahu tahap keberapa dah.
"jom dating!" katanya ceria.
"jam 10 saya datang, boleh kan? nak minta kebenaran dari parents awak juga. tak sia-sia kena label sebagai bakal menantu derhaka pula ehek." katanya lalu meletakkan talian.
berangan betullah mamat ni, awal-awal dah jadi menantu ehek >-<. aku memegang bahagian jantungku. macam nak keluar pula jantung ni haiya.
aku melirik jam dinding. awal lagi rupanya, baru jam 9. eh jam sembilan? tau tak aku memerlukan 2 jam untuk bersiap? eh gurau je. setengah jam pun aku boleh siap.
♚♚♚♚♚
"tin! pujaan hati kau ada kat ruang tamu." kata along lalu tersenyum kambing.
aku yang tengah merenung cermin, nak cari apa yang rosak kat muka aku ni terus memandang along. nebes dia ni lain macam tau tak? macam nak jumpa mak mentua eh.
"ya tin. dia tengah bersembang ngan mak." tambah angah pula yang baru muncul.
aku berjalan ke ruang tamu dengan perlahan. nebes kot haih.
"hah tu atin. makcik, kami jalan dululah ya. saya janji yang saya akan pastikan dia selamat dan saya akan hantar dia balik rumah sebelum maghrib." katanya lalu berdiri.
mak yang tengah duduk terikut juga naz berdiri. mak tersenyum. mesti mak bangga nikan, nak dapat menantu yang kacak ehek.
"hah yelah yelah." kata mak lalu menggosok belakang badan naz.
"kau tin, jangan minta macam-macam pula. hati-hati!" kata mak selepas aku bersalam dengan mak.
nasib mood mak baik harini, kalau tak hurm, kau fikir mak akan layan naz baik-baik? keluar tanduk mak.
sampai je dalam kereta, terus naz pandang aku. bermulalah pertautan mata.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...