"kenapa awak lari?" soalku bila kakinya dah terpacak kat tanah.
"saya bukannya nak buat apa-apa punlah." kataku lagi.
dia geleng kepala. taulah nak bersopan, janganlah membisu. aku hempas kepala kau satgi hah.
"bagitaulah kenapa." rayuku. wow first time merayu kat lelaki ni.
"sa-saya takut awak rembat burger saya." jawabnya sambil menjauhkan burger tu dari aku.
tau-tau aje kau ni. hanatz betul.
♚♚♚♚♚
"weh tin, kau nak pi mana?" jerit kim. ya Allah takde lagi kuat ke kau nak jerit hah janam.
aku pandang dia lalu menyambung larianku. ish masa nilah juga dia nak bersoal jawab kat sini.
aku pandang dia lagi, wow sejak bila dia kat belakang aku ni? dia tarik lengan aku auch. nasib takde orang.
"ya aku tau kau cekewa sebab naz tak datang harini. janganlah buat perkara bukan-bukan. aku risau kau ni." katanya lagi. ya Allah aku memang nak cepat ni. risau konon.
"aku nak pergi tandaslah. lepaslah!" jawabku.
"kau buat apa pula kat tandas?" soalnya.
"aku nak dating dengan syaitan jap. manatau hensem, boleh mengurat kejap. kau jangan heran pula bila aku lama kat tandas." perliku.
dia lepaskan lengan aku dan tolak aku masuk tandas.
"daripada kau urat syaitan bagus kau urat aku. tak baik tau mengurat sepupu sendiri."
nah keluar dah kekurang ajaran dia. aku dengar dia ketawa dengan kuat sekali. woah gempa bumi.
lepas aku selesai menguruskan urusan rasmi aku iaitu dating dengan syaitan, aku pun pergi dekat kim yang setia macam pal guard kat tepi tiang bangunan ni.
kalau tengok sekali imbas je memanglah ada ciri-ciri boyfriend material, tapi kalau dah dua tiga empat mahupun lima kali, hurm susahlah aku nak cakap. yang ada hanyalah syaifriend material. paham tak? syaitan + friend = syaifriend. apesal nama tu ngam sangat dengan kim ni ya Allah.
"kau buat apa kat sana? nak jadi tiang?" soalku. aku dah bergerak, dia ni nak jadi mannequin ke apa hah.
"eh dah keluar dah malaun ni rupanya. punyalah lama aku tunggu kau ish kencing ke apa hah." katanya.
"suka hati akulah. lagipun aku takde cakap pun aku nak kencing!" balasku.
"mehlah balik." katanya lalu menarik lenganku. apa drama sangat mamat ni.
"balik? excuse me, kau tinggal mana, aku tinggal mana." kataku lalu merentap lenganku. tau tak betapa terseksanya aku bila dia nak acah acah drama korea ni.
"hantarkan aku dekat tempat naz. makasih." katanya lalu menyambar beg aku yang tak pernah nak bersalah tu. apa keluar kebangangan dia ni T-T
dia angkat beg aku tinggi-tinggi lalu menyelongkar harta karun aku. huargh penceroboh!
"kau buat apa ni hah kims?" soalku separa menjerit. nak cari gaduh pun agak-agaklah. kita kat mana ni kim oi. kau jangan nak buat onar kat sini.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...