"weh kau ingat tak asal kita bertiga berkumpul, duduk semeja, mesti cikgu akan suruh kita je baca atau jawab soalan. seriuslah, masa tu aku menyampah gila. macamlah takde orang lain nak buat." kataku. tanganku masih menterbalikkan sosej yang sudah separuh garing.
"tulah kan. dahlah korang ni bangang. soalan simple pun susah nak jawab HAHAHAHAHAHAHA." kata fareez. aku dengan farish pandang dia.
"heih kau nikan." kata farish. aku nampak tangan dia dah sedia nak melayang kat muka si fareez ni.
"kau ingat tak masa cikgu praktikal tu suruh kita baca dialog, lepastu si fareez ni buat bahasa isyarat macam kat berita rtm tu? serius lawak gila." kataku lalu menghamburkan tawaku. memang kalau cerita throwback ni buat terhibur je haha.
"tulah, bongok betullah." kata farish sambil memegang perutnya. dia ni tak sah kalau tak sakit perut masa ketawa, ish bahaya betul haha.
aku tengok fareez yang tengah gelak tanpa keluarkan suara dia tapi mulut dia masih ternganga gelak. aish buruknya perangai. kawan siapalah ni eh?
"weh sosej yang last ni aku makan." kataku. tapi sayangnya aku tak kena layan huhu.
"okay korang teruskan gelak, aku nak teruskan makan." kataku sendiri. sesaat sebelum sosej tu masuk dalam mulut aku tiba-tiba tanganku ditarik.
ya Allah perangai jangan macam hanat sangat woi. aku pandang farish yang 'membawa' tanganku ke mulutnya lalu sosej itu dengan tenangnya dingap.
"WOI DASAR PENCOPET SOSESSSS." jeritku.
"belum masuk mulut kau lagikan jadi aku makanlah." katanya sambil mengunyah sosej aku tadi. weh penat aku tunggu sosej tu masak tau tak T-T
"kau kan! ish! aku tumbuk kau aih keluar balik sosej tu nanti." kataku lalu mengepal buku lima aku. kau fikir lawak ke jilake? dia pandang aku, mulut dia berhenti mengunyah.
"kau seriuslah nak sosej ni?" soalnya. aku angguk.
"aku keluarkan dari mulut aku ni." katanya lalu berura-ura ingin mengeluarkan sosej yang sudah hancur lumat macam tahi dari mulut dia.
"ish tak naklah dari mulut kau! bau liur!" jeritku lalu menolak mukanya.
"tadi nak lepastu tak nak pula. complicatedlah perempuan ni." katanya.
"aih tak payah bergaduhlah. ada lagi satu pek sosej kat sini. hah makan puas-puas." kata fareez setelah lama berdiam diri. dia kemudiannya menghulurkan pek sosej tu dekat aku.
tenang je tangan aku nak capai sosej tu, tiba-tiba farish ambil dulu sebelum aku. sebelum aku mula pergaduhan aku dengan farish, fareez dah halang.
"eip dah jangan gaduh, pergi panggang lepastu aku nak makan." kata fareez.
mulut aku masih ternganga separuh, aih aku masih tak puas hati ni. aish apa dia nak ni sebenarnya? suka betul cari gaduh.
aku bangun lalu duduk sebelah fareez. farish pandang aku lalu angkat kening dia sebelah.
"kau kenapa tin?" soal fareez pula. aish, tukar tempat duduk pun jadi satu masalah ke buat diorang dua ni haish.
"kau pergi panggang sosej tu. hah nak sangat kan, nanti aku tolong makan." kataku kepada farish. henfon dari poket seluar, aku keluarkan lalu on data. line sini macam shiput bahabi betullah.
Ting!
cepat-cepat aku buka aplikasi wassap aku dan tekan nama 'my sayang 💗'. hei naz nikan, tak pernah buat aku tenang. asyik nak pikir pasal dia je hehe.
"awak, saya lapar huhu T-T."
hok aloh, sian dia.
"halah, sian awak. nanti saya suruh farish bawa makanan ni lebih sikit eh supaya awak boleh makan banyak-banyak 😆."
lepas je aku send chat aku tu, aku cari pinggan polistrene dengan ayam panggang yang masih hangat di pasaran tu aku letak di atas pinggan. lepastu aku letak kat tepi.
"rish, nanti tolong bagi ni dekat naz eh." kataku dengan senyuman manis fuh jangan lebih-lebih nanti kudung kaki farish ni.
"hah yelah." jawabnya.
aku pandang atas di mana terbentangnya langit yang dihiasi bintang. malam bulan dipagar bintang.
"hoi tengok apa tu?" soal fareez. aku pandang dia lepastu senyum.
"kau nampak tiga bintang tu?" soalku lalu menuding jariku ke arah tiga bintang yang berdekatan dengan bulan.
fareez dengan farish angguk kepala diorang. farish ni pehal tetiba duduk sebelah aku ni.
"bintang tu ibarat kita bertiga. walaupun ada bulan yang kacau atau dekat dengan kita, kita tetap kekal bersama. jadi korang, biarlah ada naz ke siapa ke yang datang dekat kita, abaikan je dan kekalkan friendship kita. aku nak friendship kita ni sampai jannah."
lepastu kitorang berpandang dan senyum. fuh jarang aku ber'gula-gula' dengan diorang berdua ni.
♚♚♚♚♚
aku meneruskan langkahku ke arah homestay farish, fareez, yayoi dan penghuni hati aku eh penghuni baru iaitu naz dengan laju bak usain bolt nak lari dari pelari pecut myanmar.
"woi tin tunggulah aku!" jerit far yang berada belakangku.
"kita mestu cepat ni sebelum benda tu pergi tempat pakaian kita." kataku. kaki aku masih laju melangkah. kenapa jarak yang hanya beberapa meter ni tersangatlah jauh?
semasa kaki kanan aku dah separuh jarak dari tangga, tiba-tiba ada suara dari depan aku menegur.
"eh tin, laju-laju ni nak pergi mana?" soalnya. aku pandang depan. fuh nasib ada godfairy aku kat sini.
"awak sini cepat. awak kena tolong saya." kataku lalu berura-ura nak tarik lengan naz namun sebelum tangan aku capai lengan dia, ada dua lagi suara yang menegur.
"korang kenapa ni?" soal farish dan fareez serentak.
"korang kena tolong kitorang. urgent ni!" kata far pula sambil tangan dia tu macam nak tampar orang.
"dalam bilik kitorang... hah da-da-da lam bi-bilik..." kataku tercungap-cungap. namun belum sempat aku habiskan ayat aku, naz dah berlari pergi homestay kitorang.
"EH KEJAP!" jeritku namun tidak dihiraukan haih biasa dah tak kena layan ni.
"jom weh jom, dalam bilik kita. baju dalam aku, seluar dalam aku. semuanya berterabur ya Allah." kataku lalu menarik lengan far. far pun dah cuak padahal dia punya pakaian okay je letak dalam beg.
"Allahuakbar. kita kena cepat, nanti dia nampak seluar dalam bercorak bunga-bunga merah tu!" katanya lalu menarik tanganku pula.
sampai je depan homestay kitorang, aku nampak naz dengan kayu dia. di hujung kayu dia tu ada benda tergantung. ya Allah jangan kata—
bra aku.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...