15 ♚

27 4 49
                                    

"weh kim, mana naz?"

aku ni kurang adab sikit, mana bagi salam. terus sergah orang dengan weh weh, walaupun kitorang masih di kuliah.

"kau pehal cari dia? aku kat depan kau ni, apa?"

kau jangan nak cari pasal. orang tanya pasal naz, boleh pula nak bercanda sini. yelah aku risau sikit ni sebab haritu dia jalan kaki balik masa hujan pula tu.

"selalunya kan dia yang ambik kau balik."

"oh naz sakit. dia kat gerai dia. dia suruh aku jalan kaki balik sebab dia tak larat nak bawa motor." jawabnya.

nah kan aku dah rasa bersalah. sepatutnya aku heret je dia masuk kereta aku. lelaki manalah nak kalau perempuan yang offer, tak gentleman katanya. cukuplah kau gentle man kat hati aku CIA CIA CIA.

"marilah aku tumpangkan." tawarku.

"aku drive eh. tak gentlemanlah kalau perempuan yang memandu." katanya sebelum aku hulurkan kunci kereta aku kepada dia. nasib kat tempat parking dah, kalau tak mesti aku jadi topik utama dalam berita harian lagi eh eh gosip mingguanlah.

hah kan aku dah kata. lelaki ni pentingkan rupa je, nak gentlemanlah apalah tapi hakikatnya kereta pun dia tak dapat beli HAHAHAHA. dahlah share motor dengan naz, kesian naz aku. eh naz aku? hahuhihe.

"kau tinggal serumah dengan naz eh? kenapa kau tak beli kereta? kenapa kena share motor dengan naz?" soalku ibarat m16 bertabur peluru.

"ya. siapa kata aku takde kereta? dan mana ada aku share motor dengan dia." jawabnya. wah dia ada keretalah.

"kereta mainanlah. ada 5 lagi, kau nak satu?" sambungnya lagi. aku ada nampak tanduk dah tumbuh dan senyuman senget kat muka dia.

"baru je nak puji hurm." bisikku.

"pujilah." aku pandang dia. macam mana dia boleh dengar aku bisik?

"kau naiklah kereta mainan kau tu pergi kerja." kataku sebelum tawanya meletus.

♚♚♚♚♚

"wah naik berdua nampak." kata naz. ish janganlah jeles, bagi aku fake hope je kau ni. aku tumbuk kau karang.

"eh mana adalah. ada kitorang bertiga." jawab kim. aku pandang dia dengan muka keliru. aku keliru mana nak tahu mungkinkah ku rasa cemburu~

aku bisik kat dia.

"siapa lagi sorang?"

"tu hah patung banana comel kau tu." jawabnya.

ya Allah pandai juga dia ni. patutlah jadi lecterur. aku patut belajar dari dia ni, cara nak hilangkan kebangangan walaupun sementara. aku pandang dia dan bagi thumbs up. mesti dia keliru ni en sebabnya aku mengumpat dia dalam hati aku wkwk.

"weh pinjam motor kau, naz. nak balik rumah kejap, nak mandi." kata kim lalu mencapai kunci motor naz. naz angguk je. angguk pun lemah, aku pun terikut jadi lemah. janganlah lemahkan jantung aku aih.

"HACHIM!"

aku pandang muka dia, okay masuk ni dah 8 kali kiot dia bersin. ya Allah bersin pun comel 😻. dia ke yang demam atau aku ni? dia demam selesema, aku demamkan cinta aku dan dia CIA CIA CIA. okay cia lagi.

"awak kenapa senyum sorang? sukalah tu tengok saya demam ish." kata naz. aku ingatkan bisu sebab dari tadi tak bercakap.

"siapa suruh awak, orang dah offer nak hantar, dia jual mahal pula." perliku.

"memanglah. nanti tak gentlemanlah kalau perempuan yang offer nak hantar lelaki ish ish ish jatuhlah maruah saya." jawabnya. you see, I told ya.

"awak dengan si kim tu sama aje. asyik-asyik cakap pasal gentleman. kalau nak gentleman sangat, belilah kereta dan tumpangkan saya." kataku. dia pandang aku dan gelak. tang mana lawaknya ni?

"mari saya tolong awak buat burger tu." kataku lalu menarik sarung tangan plastik tu dari tangan dia. dia pandang aku tapi tak pula halang aku.

"eh awak pandai ke ni?" soalnya. aku gelak kecil lalu menggeleng kepalaku.

"awaklah ajarkan hehe."

"okay macam ni bla bla bla." dia pun mulalah menerangkan proses memasak burger dengan panjang lebarnya. buat aku panas jugalah bila dia kata kejap itu kejap ini. dia yang setia berdiri sebelah aku membebel tak tentu pasal kalau aku buat salah. aku buat muka tak puas hati.

"awak ingat saya tak pernah buat salah ke? ish." kataku selepas dia membuat buat kali yang kelima. aih panas telinga aku.

"awak tu, dah banyak kali saya cakap tapi tetap juga buat benda yang sama. kan saya dah kata butter tu sapu sikit je, nanti saya yang rugi." bebelnya lagi. allahu rip telinga atin.

"eh eh pasangan sweet mana boleh gaduh-gaduh nanti tak kekal."

aku pandang pemilik suara tu. janganlah buat aku blushing kim oi. nanti aku terbagi fake hope kat diri aku sendiri. dia orang yang ketiga kata aku dengan naz ni couple. malu pula aku hoho. kembang hidung sikit.

"ish suka hati kitoranglah. ingatkan kau ni tak pandai datang balik, maklumlah jam 5 baru nak datang balik. entah mandi bunga kot dia kat rumah tu kan, tin?" kata naz. ya Allah perlukah libatkan aku dalam rumah tangga korang hurm? aku angguk je. kesian pula dia nanti aku anginkan.

"ish pasangan ni. jeles pula kita ni. tahulah aku takde pasangan." kata kim pula.

"sebelum muka kau tu aku jadikan burger bagus kau datang sini, ganti tempat aku. aku nak balik." kataku. dia dengan segera berjalan ke tempatku.

"ah thanks naz sebab ajarkan saya. hargai sangat bebelan awak tu. akan saya ingat sampai bila-bila supaya tak rugi." kataku lalu menabik hormat. hormat kejadahnya hurm.

enjin kereta aku panaskan sementara aku di sini mengimbas kembali bebelan crush baru aku ya Allah tak sangka aku mengaku di crush aku. masa tangan aku baru pegang stereng kereta, tiba-tiba ada wassap masuk.

Prof kerek a.k.a kims : 📷 ; nah pasangan bahagia bersama burger.

gambar tu aku download. yash gambar aku dengan naz. bukan selalu gais, dapat gambar macam ni—dengan crush pula tu! siapa yang tak eksited pergi gali kubur dan kubur diri tu.

Prof kerek a.k.a kims : 📷 ; nah ni lagi. kena bebel. muka kau tak boleh blah doh HAHAHAHAHAH.

Aku : weh kim, kau takde gambar aku lagi buruk ke? kurang hasham betul.

sengaja je aku perli dia tu. sebok betul dengan hidup orang. aku tumbuk kau, bertabur gigi kau. aku tengok balik gambar tadi tu. aku rasa senyuman aku sampai ke telinga aku dah. apa mat saleh kata, ear to ear. hah lebih kurang cam tulah.

Ting!

aih tak habis lagi. betul-betullah juga aku tumbuk kau kat kuliah ni besok.

Prof kerek a.k.a kims : 📷 ; ni paling buruk dalam dunia.

aku download gambar tu. hah ni patut menang anugerah ni. muka paling hodoh tahun 2017. oh azam aku tahun depan nak buat muka lagi hodoh.

Aku : kau ni takde kerja ke? pegi sanalah.

aku offkan data. biar dia layan diri dia sendiri.

"weh weh! TIN!"

baru aku nak rehatkan mata kejap, dah ada malaun panggil-panggil. pehal ni? aku tengok angah.

"along... along..."

"along along apa?"

angah dengan along ni memang suka buat aku saspen haih.

"along dah takde dah."

aku terkejut.

PINKEUWhere stories live. Discover now