aku membuka pintu kereta dan langkah kuatur ke pintu utama.
"mantaplah lakonan korang. ada improvement." kataku kepada abang-abang aku sambil membuat thumbs up. diorang senyum dan menepuk tangan sesama sendiri. ya Allah macam anjing laut dah aku tengok diorang ni.
"beg pakaian siapa korang guna tu? macam familiar lah." kataku. kemudian diorang bertentang mata sebelum along membuka mulut.
"memanglah familiar. beg pakaian kaulah tu. kitorang geledah bilik kau. gila selerak!"
aku pandang diorang. biar betul diorang ni!? nasib takde gambar aku kat atas katil, ya Allah bersyukurnya hamba.
"suka hati je nak ceroboh bilik orang!"
"apa yang cerobohnya? dah pintu bilik kau terbuka luas, mengalu-alukan aku untuk masuk jadi aku dengan senang hatilah masuk. tak sangka pula ada prop drama pendek kita." kata angah. ada je alasan diorang ni.
burger daging dan ayam special tu aku hulur kepada diorang.
"nah tengok, bertambah rezeki aku. manatau lepas ni rezeki aku jadi pelakon pula wah." katanya lalu melompat ke atas sofa.
"mak belum balik eh?" soalku.
"kau ada nampak mak ke dalam rumah ni?" soal angah dengan mulut penuh dia. kalau tersembur kat aku, memang lumat burger dia tu. aku geleng kepala.
"jadi, belumlah." kata along pula.
♚♚♚
"weh bai aku dah lambat!" kataku lalu berlari ke dalam kereta. nasib along yang baik hati sangat tu, dah panaskan enjin. kereta aku laju membelah jalan raya. boleh jadi thor ni.masa aku nak masuk simpang tiga, tiba-tiba
PON PON!
"apa kejadahnya bising pagi-pagi ni?" soalku kepada diri sendiri. aku menyambung pemanduanku.
"hah sampai pun!" jeritku lalu berlari masuk ke dewan kuliah. sempat lagi aku berlanggar dengan junior crush far tu, nasib tak jatuh masuk hati dia. kalau tak aih parah parah.
"tin, takde lagi lambat ke kau nak datang?" perli far. ya aku tahu aku datang paling awal, janganlah sakai.
"tadikan ada satu kereta ni tiba-tiba hon aku dari belakang. aku takde buat apa-apa pun, langgar lampu isyarat pun takde. tiba-tiba hon orang macam takde kerja lain." aduku kepada far. saja je nak tukar topik, nanti dia membebel macam mak nenek pula.
"hurm tukar topik terus. dahlah, kau ada dengar tak ya-"
"tak, aku takde dengar." potongku. bak kata omputeh, what you give is what you get back. haritu kau potong cakap aku, aku potong cakap kau harini. dia kulihat menjeling aku. eh eh aku cucuk mata kau biar tersembul keluar.
"ish, okay macam ni. aku dengarlahkan yang kita nak ada prof baru. dengar kata yang di ni muda, umur sebaya kita kot. tapi tak mungkinlah haha. kita umur macam ni pun masih belajar." katanya membuka cerita. mulalah dia merepek, aku hanya buat muka ⬇️
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...