"hai!" sapaku.
"em hai? kau pehal doh? setan hai apa yang rasuk kau ni tiba-tiba berhai dengan aku ni." balas far. orang hai pun salah. eh memang salah ke?
"kau nikan. kau nak aku bagi kau serangan jantung? boleh je. orang berhai pun jadi satu jenayah kat dia." kataku pula.
"kau dah sarapan ke belum ni?" soalnya.
"dah tapi kalau ada orang belanja okay je. perut aku masih ada ruang ni. setakat roti telur pak idris, boleh muat 5 lagi." jawabku. aku tengok muka far ni macam nak makan orang sangat dah ni.
"hah yelah yelah. mentang-mentang dah takde kelas lepas ni." katanya. hah ini mesti dah dapat elaun dari bapak dia ni.
"weh weh crush kau datang! crush kau datang! bajet melayu terakhir cepat. jalan tu ayu sikit, jangan terkangkang. elegan sikit ye makcik." kataku lalu acah betulkan tudung far.
"hai dek!" sapanya. crush junior dia pun membalas dengan coolnya.
"hai kak!"
aku pandang diorang berdua yang tengah bertentang mata. haih zina mata tau tak? aish ini tak boleh jadi ni, aku dengan naz pun tak bertentang mata lama macam tu T-T. nak juga huhu.
"weh makan jom makan." kataku lalu cuba menarik lengan far yang masih tercengang. malaslah layan far ni.
"hurm dah makan ke? kalau belum, matilah join sekali. manatau boleh rapatkan silaturrahim." kata far. ya Allah, aku nak luangkan masa berdua dengan far tanpa gangguan ni.
"hurm dah makan, lain kali ajelah kak. saya ada kelas ni. bai!" kata crush far yang ku belum ketahui namanya.
"seriuslah far? kau dengan dia? berakak beradik? parah ni. aku dengan naz pun tak berabang adik." kataku semasa berada di dalam kereta.
"hah tulah aku berfikir ni sekarang. takkan nak biarkan je dia panggil aku kakak, aku panggil dia adik. tapi nanti kalau aku suruh dia panggil aku dengan nama, orang kata kurang ajar pula." jawabnya. ini masalah serius ni.
"kurang ajar pala hotak kaulah! jarak umur kau dengan dia setahun je. aku dengan makcik aku pun tak berkakak. aku lek je panggil dia dengan nama." balasku pula.
"entahlah tin. malaslah nak fikir." kata far memutuskan kesinambungan sel-sel otak aku.
♚♚♚♚♚
"bang, macam biasa ye." kata far kepada abang baba yang menjadi tatapan mataku setiap kali pergi kedai makan pak idris ni ehek. memain je, dia dah kahwinlah. beranak 5 dan alhamdulillah lah bagi pihak dia sebab bini dia masih sorang.
"wokeh."
henfon aku yang berada diatas paha, bergetar - sepertimana bergetarnya aku setiap kali bercakap dengan naz, menandakan ada mesej masuk.
hanat betullah manusia ni. ada wassap kan buat apa nak mesej. sayang kredit aku.
"eip, rules are remain rules. henfon letak tepi plis."
belum sempat aku nak pegang fon, nak buka pakai fingerprint untuk menunjukkan betapa canggihnya henfon aku, far dah bagi amaran. hurm lahanat.
"kejaplah. ada mesej. aku tengok jap." kataku.
"tengoklah, kalau kau nak bayar." kata far. ini perli aku ke apa ni hah.
"yelah." jawabku.
aku nampak mata far dah meliar tengok orang kat belakang aku, tepi aku, atas aku dan di bawah aku. hah inilah ciri-ciri orang yang tak patut dibawa ke rumah - ada macam pencuri sikit.
terus tiba-tiba dia tunduk. dia ni memang hidup dia penuh drama. jemu aku.
"weh tin! belakang kau!" bisiknya. hah apa lagi drama dia nak buat ni.
"apa lagi ni?" soalku. dia tunduk-tunduk ni kenapa? hei apa masalah minah ni?
"tu! tu! weh weh janganlah pandang belakang!" katanya lagi. tangan dia lambai-lambai kat depan muka aku. kau rasa aku nak ikut ke cakap minah ni? MEMANG TAKLAH!
aku toleh belakang dan aku nampak congkak ok memain je. aku nampak kim berketawaan bermesraan betepukan dan bertamparan dengan seorang perempuan. eh eh bukan main lagi haritu kata tak berpunya.
"kenapa kau far? tak boleh tengok orang bahagia ke?" soalku. yelah dah dia sebok tunduk-tunduk. macamlah kim tu nak tengok dia.
"taklah, cuma aku tak bolehlah tengok orang buat dosa ni."
hah kena kau, kan member aku dah bagi sentap 7 kaki ke dalam tanah.
"ish biarlah. yang penting-"
"yang penting apa?" soalnya. banyak pula mulut dia ni.
"yang penting roti telur aku dah sampai!" kataku. abang baba yang membawa roti telur, kutatap dengan penuh kasih sayang yang saling tak tumpah macam mana sayangnya aku dekat along ngan angah aku, iaitu tiada kasih sayang langsung.
sedang aku mengunyah, begitu juga dengan far. tiba-tiba far buka mulut dia, disedut segala oksigen yang ada di bumi ni menggunakan lubang hidung yang masha Allah besonye susah nak describe dan
HACHUMMMMMM!
aku tergamam dan kunyahanku terhenti. mati selera aku woi. menyesal aku tak tarik anak tekak dia tadi ish. hampehlah ada member pengotor ni haish.
"haish pengotor! kurang hasham boi lebih gula punya member! kau tak boleh ke tutup mulut kalau nak bersin hah?" kataku. lebih kepada menjerit sebenarnya.
sikit aku kena heart attack ish minah ni. dahlah bersin macam nak terbalikkan meja ni haish. nasib aku dah habis makan.
dia pandang aku dan tersengih. aduh sakitnya hati aku. naik darah tinggi aku macam ni.
"hei kau tau tak bersin kau tukan, tak boleh lagi kuat ke? nak bagitau satu dunia punya bersin ke." kataku lagi. dia gelak dan sekali lagi sisa-sisa makanan dia melekat kat muka aku.
"kau nikan, tutup mulutlah! tak senonoh! aku tinggalkan kau kat sini baru padan muka kau. bak tisu tu." kataku, masih tak puas hati ni.
dia ni nak aku bertukar jadi hulk muslimah ke apa ni hah? smirk-smirk like smelly clam. you think you are pretty? yang aku cakap english ni pehal XD
"eh tin!" jeritnya.
"mari aku lapkan muka kau. kesian kau."
aku toleh sebelah kanan dan nampak kim dah gulung tisu kat tangan dia. tangannya hinggap ke mukaku eh maksud aku tisu.
mata kitorang bersatu.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...