"aduh!"
"ya Allah lain kali jalan tengok depan bukannya buat back walk kat sini. kalau mata ada kat belakang takpe gak."
salah aku ke pusing belakang? salah ke aku nak tunjuk bakat tersembunyi aku? salah ke aku nak ambil sos? salah ke aku jatuh? salah ke aku nak marah mamat kepala suku bahagi empat ni?
macam nilah aku rasa nak buat kat dia sekarang. buat sakit hati je. nasib tahap kesabaran aku ni boleh ditahan uiseh. aku pandang muka mamat tu. oh patutlah, mamat ni aku kenal ni. terlebih kenal aish.
"oi, kim! aku terlanggar je kot. bukannya patah pun kaki kau." kataku. amarah yang aku tahan nak sangat dilepaskan.
"oi oi, hakak. ya, memang kaki aku tak patah. tapi masalahnya, burger aku dah jatuh. kalau jatuh je takpe, ini dengan pakej tapak kaki sekali." jawabnya.
eh eh, aku pandang bawah. huargh kan kasut aku dah kotor. kasut ni aku baru pakai 3 kali kot. kasut paling mahal aku pernah beli tau tak. sos dia dahlah susah nak hilang.
aku pandang dia, setajam-tajamnya. aku tunjuk kasut aku.
"baik kau bersihkan kasut aku. aku tak kisah kau nak lap ke, nak jilat ke, yang penting kasut aku bersih macam sebelum ni." kataku. kenapa perlu kena kasut aku? tak boleh ke kena baju aku ke, seluar aku ke. kasut aku sangatlah berharga, huargh.
"eh eh suka hati kau aje. kau fikir, burger aku ni kau nak buat apa? dahlah mahal kau tau tak. kau kena ganti balik burger aku. aku tak kesah pun pasal kasut kau." jawabnya. eh eh cucuk hidung kau nanti.
"ish kau ni! selagi kau tak bersihkan kasut aku, selagi tulah aku tak nak ganti burger kau." kataku lagi. susah sangat ke nak bersihkan kasut aku? merumitkan keadaan je mamat ni.
"eh eh kau pernah belajar subjek kemahiran hidup ke kat sekolah kau?" soalnya, tiba-tiba. aku pandang dia sambil naikkan sebelah kening aku ala-ala ziana zain. bukan selalu feeling-feeling nak jadi retis ni.
"belajarlah. kenapa kau tiba-tiba tanya soalan tu pula?"
"kau belajar konsumerisme kan? kau ada belajar topik hak pengguna kan? jadi, aku berhak untuk bersuara dan hak untuk mendapat gantu rugi." balasnya. ya Allahu rabbi, memang memerlukan kesabaran yang banyaklah kalau bercakap dengan mamat ni.
"eh aku berhak membuat aduan kay." balasku. kau fikir kau sorang je ada hak? aku keluarkan ilmu akta-akta aku, menangis tak berlagu kau hurm.
"ish yalah yalah aku lap kasut kau. ish buat kotor tangan aku je minah ni." omelnya. kalau tak ikhlas, tak payah nak buatlah. dia mencapai tisu tapi lepastu dia berhenti dan pegang dagu dia. berkerut pula kening mamat ni.
"kim, tepi sikit. biar abang ni yang buatkan."
dia terus capai tisu kat tangan kim lalu mengelap kasut aku. ya Allah. tekun bebenor abang ni lap kasut aku.
"hah, dah bersih dah. tak payah nak bising-bising lagi kan?" soalnya sambil mengusap kepala aku yang dibaluti tudung. aku tergamam. dahlah dia buat eye-contact dengan aku.
"eh tangan tu tangan tu. jangan nak meliar eh. anak dara orang tu. kalau kau nak kena belasah oleh mamat-mamat kat sana tu, teruslah." arah kim. eh eh bukan dia yang kena usap, jealous lah tu.
"sorry." katanya."takpelah, naz. saya lagi suka."
"em apa?" soalnya. ya Allah, muka blur dia sangatlah mengancam.
"eh, maksud saya, terima kasih lapkan kasut saya yang kawan awak kotorkan. saya pergi dulu." kataku lalu berjalan ke tempat sos.
"phew sakit jantung aku." kataku apabila punggung dah selamat berlabuh tanpa sebarang kemalangan ke atas kerusi di depan abang-abang aku.
"tengok atin tu. sempat lagi nak buat drama klise kat sana. macamlah aku tak nampak." kata angah.
along pandang aku. aku dongak sikit kepala aku, gaya macam nak cari gaduh. dia pun buat benda yang sama, tapi berkali-kali. aku tak fahamlah, kenapalah aku ditakdirkan ada abang yang suka cari gaduh tapi kelako nak mampuih. nasib ada rupa hehe.
"apa korang ni? tak paham aku, nak makan pun tak tenteram. oh mungkin aku lupa nak baca doa kot. tulah ada syaiton nak ikut aku makan. bismillah." kata angah yang tetiba putuskan hubungan cas-cas elektrik mata aku dengan along. aku dan along jeling angah yang tengah pegang fries dia.
aku tarik sos aku lalu ku tuangkan ke dalam burger aku. saat ni, detik ni, masa yang paling aku tunggu. MAKAN!
"nyam nyam nyam." omelku apabila separuh dari burger tu dah ada dalam mulut aku. besar kan mulut aku, nak makan orang pun boleh.
"tin, tu boyfriend kau." kata along lalu menuding ke naz.
"eh suka hati kau je. tolong lap kasut aku takkan jadikan dia boyfriend aku ah." jawabku. like your heart je.
"tak nak mengaku konon. aku bagitau mak. biar kau kena marah." katanya lagi.
"ugutan kau tu, hampeh."
"aku pun ada nampak mamat tu usap kepala kau. muka kau ada rupa kucing ke? patutlah dia usap kau macam ni macam ni." tambah angah lalu mengusap kepalaku yang menyebabkan tudung aku seperti ditiup taufan ya Allah. ish.
aku bergerak ke singki. nak je aku lap tangan aku kat along yang duduk depan aku, tapi mengingatkan ugutan dia tadi. niat murni aku terbatal. ugh menci ah macam ni.
"hai." aku pandang belakang. eh siapa yang bermulia sangat tegur aku ni?
"oh hai naz." sambil aku cuci tangan, aku pandang dia dari pantulan cermin. ya Allah pehal hensem pula mamat ni?
Allah, indahnya ciptaanmu. eip jangan pandang lama-lama, nanti perasan pula mamat burger ni. sedang aku tekun menanggalkan kesan burger di jari aku, tiba-tiba naz rapatkan badan dia dengan aku. aih apa ni? aku tak berganjak, nak jadi patung lilin dah aku sana. nak tunggu cair je. nak buat apa ni?
ekspresi apa yang patut aku tunjukkan? muka gatal? muka gembira? muka blur? muka slamber? ke muka tak rela? HAHAHAHAHA okay yang last tu lain.
dia makin dekat dan dekat dan dekat, hinggalah bau perfume dia masuk ke rongga hidung aku. aku pandang belakang dan muka aku dengan dia hanyalah beberapa inci, atau patut aku kata sentimeter.
"em awak...."
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...