"hey naz! buat apa kat sini?" sapa kim. ish naz ni muncul pada masa tak ngam ni.
nanti kalau dia fikir aku dengan kim ada apa-apa macam mana? eh apa-apa dia tu macam mana eh?
"nak jumpa someonelah." jawabnya tapi mata dia tengok aku.
nampak tak betapa fakenya fakehope dia ni? huhu T-T. ke aku sorang je yang perasan ni?
"eip jumpa someone? mesti nak jumpa aku ni en en en." kata kim sambil sondol-sondolkan bahu dia dekat naz. ish pikir cutelah? memang cute pun T-T
"ish perasanlah kau ni." jawabnya sambil tolak kepala naz.
"nak jumpa tu hah tu dia!" jeritnya lalu tunjuk sorang mamat. aku toleh belakang.
"eh kita jumpa lagi! memang kalau jodoh kan." katanya lalu kepalanya ditarik dan dikepit di celah ketiak naz dan disiku.
ish comel je. tapikan, mamat nikan tinggi, macam mana pula boleh naz capai kepala dia? allahu boleh panjang rupanya kaki naz ni.
"apa jodoh-jodoh? belajar pun tak habis lagi. angan-angan setinggi langit." kata naz.
allahu selama ni aku selalu berangan-angan yang dia ni jodoh aku, terpaksalah tunggu habis belajar dulu huhu.
mamat galah tu berdiri tegak bila naz dah lepaskan dia. terus dia tersengih sambil gosok belakang leher dia. boleh bayangkan tak betapa menawannya dia masatu? 😻
telefon aku tiba-tiba bergetar sepertimana tulang rusukku bergetar aseh. panggilan dari far ku sambut dengan keterpaksaan.
"eh tin! kau buat apa gila? lama gila kau kat sana. aku syak kau ni pergi buat makanan tu kot, ke kau tolong makcik tu menjual? atau kau renovate terus kedai tu hah?" soalnya bertubi-tubi.
aku rasakan, suara dia ni naz dengan kim dengan mamat galah ni dengar kot. diorang bertiga tengok aku sambil tersengih. hah sukalah tu tengok telinga aku berdarah hah?
"ish bisinglah kau ni. dahlah suruh orang belikan dia, nak marah-marah lagi. kalau aku tumbuk kau ni, berterabur gigi kau kang." jawabku lalu meninggalkan mamat 3 orang tu.
makanan ringan ku capai dengan secepat yang mungkin seperti cepatnya aku lari dari anjing gila. ok gurau.
lepas je bayar, aku lari lagi pergi tempat far tadi. aish mana pula perempuan ni?
"haiyer, mana pula far ni? tadi bukan main nak bising-bising. dia fikir dia siapa?" kataku sendirian.
"hmmm~"
aku bersenandung lagu Tuhan Jagakan Dia sambil berjalan mengelilingi kuliah. rajin betul aku nikan. nak kembang hidung sikit.
okay aku bosan tahap gaban dah ni. far pun aku rasa termasuk kot kaki dia sebelah kat dalam lubang tandas. tu pasallah tak pandai muncul. atau pun henfon dia terflush masuk tandas lepastu dia meroyan macam makcik bawang hilang anak.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...