"saya naz, pakwe fatin." kata naz kepada farish dan fareez. diorang berdua dengan drastiknya pandang aku.
"WEH SERIUSLAH?" soal farish lalu menolak bahuku. okay gais, jangan kecam dia. ini perkara biasa.
"weh tak bagitau pun." kata fareez lalu menolak bahuku juga. ya Allah, nak kena pelempang ke mamat dua orang ni?
aku hanya mampu senyum. yelah, aku sebenarnya takut diorang jauhkan diri dari aku kalau aku kata aku ada pakwe. diorangkan lelaki, aku pula jelaslah perempuan en. nanti ada pula mulut-mulut ibarat bontot ayam yang sebarkan fitnah.
"naz, ini bestfriend saya. fa-"
"farish dengan fareez kan?" soalnya sambil menudung jari ke arah diorang berdua. aku mengangguk.
"eh dia kenal kitorang ke?" soal farish dengan muka keliru dia. serius aku cakap, aku suka muka confuse dia hehe. ingat naz tin.
"kau datang malam-malam ni ada tempat stay tak?" soal fareez. berkau aku pula dah.
well itulah nama dia lelaki. cepat mesra alam, mesra pengguna dan mesra sungguh bahasanya hehe. sekejap je dah boleh satu geng.
"takdelah." jawab naz.
"kau boleh stay kat home stay kitorang. kitorang bertiga je dalam tu. ngamlah tu. fareez, aku, kau dengan yayoi." kata farish.
"jauh tak dari sini?" soal naz lagi. heih banyak tanya pula laki aku ni. aku siku kejap lagi kang.
"kat depan tu je. jomlah." kata fareez lagi.
"good night, honey!" ucap farish dengan gembiranya lalu berjalan pergi.
"good night, tin!" ucap fareez.
"good night, sayang!" ucap naz pula.
"good night, rish, reez dan naz! love you guys!" ucapku lalu melambai diorang bertiga.
aku tawakal jelah yang takde perang meletus dalam home stay tu. kesian yayoi nanti jadi mangsa keadaan. tapi aku rasa okay kot diorang.
"far! far! FARHANA!" jeritku. banyak cerita ni.
"ye ye. sabarlah kejap. kau nak ubat gigi aku tersembur dekat kau ke hah?" katanya. sebelum dia bercakap dengan lebih panjang, aku tarik dia duduk kat atas katil aku.
"weh, ada naz weh!" kataku dengan terujanya.
"halah naz je pun."
"HAH NAZ?!" jeritnya. aku taulah kau terkejut, tak payah nak over.
"jadi dia dah jumpa tak farish dengan fareez? dia okay ke? dia tak jeles?" soalnya. fuh peluru berpandu versi air liur. aku pegang mulut dia dan teka apa dia buat. minah ni mana tau perkataan 'geli' so dia jilat tangan aku. what da pisheu.
"leklah. ish pengotor!" kataku.
"dia stay mana?" soal far.
"dia stay kat home stay diorang farish." jawabku. terus far melompat sampai terjatuh dari katil. seriuslah far? bergegar rumah woi.
"kau jangan memain. nanti ada perang ke-18 kat home stay tu." katanya.
"takde apalah. kau yang over ni kenapa hah?" kataku lalu melangkah ke arah meja yang berada di tepi tingkap. ya Allah seram sungguh luar sana.
dari sini dapat aku nampak naz tengah duduk di atas katil dia sambil tune-kan tali gitar dia. takkanlah main sekali je terus longgar tali dia? lepastu, yayoi tengah sedap membungkam di atas katil dia yang berada di sebelah naz.
farish dengan fareez pula aku nampak tengah separuh duduk dan separuh baring di atas katil diorang sambil tangan pegang fon, hah main ml latew.
aku bersyukur dengan kehadiran diorang semua ni dalam hidup aku. semoga Allah panjangkan umur kita semua. aku nak sangat kami berkawan sampai bila-bila. eh emo pula tetiba.
♚♚♚♚♚
"weh baru aku ingat, kita exam minggu depan pula kan." kata far. kau bangkitkan pasal exam pehal hanat? aku try lupakan ni.
"ya. masa puasa pula tu." tambahku lagi. dia jangan pura-pura lupa yang minggu depan puasa.
"ha'ah." jawabnya.
minggu stress aku akan bermula minggu depan ciskek betullah. benci aku exam ni ish.
"aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental ni bermula hujung minggu ni." kata far tiba-tiba. aku pandang dia.
"pehal pula?" soalku.
"minggu depankan exam, jadi mood kau akan jadi tak tentu arah dan akan suka cari pasal bila kau terlampau stress. so aku kenalah jadi tukang terapi otak kau." jawabnya. waduh, kalaulah aku boleh lempang dia ni.
"kalau aku tumbuk kau sekarang pun, macam okay jugakan." kataku lalu menjelingnya.
"orang kata benda betul." katanya lagi.
"ATIN! FAR!" jerit farish dan fareez. aku melangkah ke arah pintu dan terus ke luar rumah.
"pehal?" soalku. nasib aku dah sedia pakai tudung.
"malam ni kita buat bbq, nak tak?" soal fareez.
"hek eleh. temberang lagi kau nak tanya aku. aku pernah ke tolak bab-bab makanan ni?" kataku. farish dan fareez terus gelak.
"hah mana naz?" soalku. sian dia, sorang-sorang.
"ecewah, mentang-mentang ada pakwe dia. kita berdua ni dia tak tanya pula." kata farish.
"sebab dia takde kat sinilah aku tanya. korang ada kat depan aku ni buat apa aku nak tanya lagi." jawabku.
nanti aku tanya, "mana fareez? farish mana?" kena cakap soalan cepumas pula. haih susahlah ada kawan yang suka sangat nak makan kasut saiz 6 ni.
"tu hah dia dah datang." jawab farish lagi.
naz tengah pakai baju t-shirt lengan pendek dan seluar tracksuit berwarma hitam bergaris purple. dia panggil aku ke bawah pokok rimbun yang berada tidak jauh dari tempat triple F buat mini reunion ni.
aku berjalan dengan elegannya huhu. jaranglah macam ni.
"kenapa awak?" soalku.
"saja je panggil. orang rindu dekat dialah." jawabnya. aduh, ayat tu sangatlah tidak baik untuk kesihatan jantung aku.
"sayang tak rindu orang ke?" soalnya lagi. aku baru je nak hanyut ke alam barakah.
"mestilah rindu." jawabku tanpa teragak-agak. aku malas nak buat sinetron ni haha. okay, lepas aku kata macam tu, aku rasa hati aku kembang setaman ehei.
dia yang tadinya tayang muka terkejut terus tersenyum dan dia berpaling ke arah pokok yang berada di sebelahnya. dia tumbuk batang pokok dengan perlahan, acah-acah wayang P. Ramlee lah pula.
"ASSALAMUALAIKUM. kami dari Jabatan Pencegahan Maksiat telah menerima laporan tentang perbuatan maksiat yang telah dilakukan di kawasan ini."
deng de de dedeng~
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...