"awak cari saya ke?"
aku memandang belakang. bongok ah lelaki ni, nak juga buat suspend. sepatutnya dia mainkan lagu tededeng tererererengg~
"awak tak apa-apa ke? nak saya bawa pergi klinik ke hospital ke." acah caring gitew. nanti dia saman kang, aku pula yang susah.
"eh takpelah. yang nak dibawa ke hospital, tu hah." katanya sambil muncungkan mulut di ke arah sesuatu.
aku pusing belakang. wow teruknya keadaan basikal dia. memang kritikal ni. tayar belakang hilang entah ke mana. basikal tua~
"wah itu memang nak kena bawa pergi hospital tu. saya bayar ganti rugi jelah boleh?" soalku. mana muat kereta aku nak bawa basikal dia π_π
"eh mestilah boleh. murah je, 50 hengget." katanya. eh eh basikal aku pun 20 hengget je nak repair basikal. nak lebih-lebih pula mamat ni.
"yelah murah sangatlah tu. kejap eh, nak cabut daun dulu."
aku ambil sekeping 50 ringgit yang memang hanya dua keping je dalam dompet aku. bulan tua gais  ̄︿ ̄
"nah." duit tu aku dengan tak ikhlasnya hulurkan dekat dia. dia pegang hujung duit tu, aku masih pegang juga. dia tarik, aku tarik. dia tengok mata aku, aku tengok mata dia. dari matamu matamu ku mulai jatuh cinta eh eh kepala hotak jatuh cinta.
dia tarik dengan kuat dan aku pun melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini huh fokus tin fokus.
"therima kashih untuk dawun ni."
bahasa apa kau cakap ni? _(._.)_
"k-kalau takde pape, shaya balek dululah." kataku dengan bahasa alien dia juga.
PAP!!
"pehal kau ni?" soal far.
"mamat tadi yang aku langgar tu, dia minta aku bayar-"
"memang patutlah kau bayar dia. kau yang langgar dia baru kau tau bluek."
eh buruknya muka kau ni far. nak aje aku bakar muka kau sampai hangus rentung aih bagi aku nightmare betullah.
♚♚♚♚♚
"em atin!""pehal gila?"
"kau ada janji nak bawa aku pergi jumpa abang burger kan? janji mesti ditepatilah kawan." kata far.
"macamlah aku ni tak pandai ingat janji kan. bukan macam kau, janji nak datang jam 8 sekalinya sampai jam 9.30 wow. masa itu emas kawan."
aku memulangkan paku beras cap rambutan 10 ikat dekat dia. dia tersengih. aku tak suka tengok dia tersengih macam lelaki miang 79 tahun.
"yelah. tadi aku ada emergency lah. perut meragam, otak menggaram. jadi aku uik uik lah, tak perasan pula dah jam 9. aku suruhlah abang aku hantar. dia pun liat sangat nak bangun. aku terus terajang dia barulah dia bangun. itupun aku kena bebel lagi sepanjang perjalanan. hidup aku ni complicated beb. janganlah jadi macam aku."
uih pehal best sangat hidup far ni? orang dah suruh ambil lesen awal-awal macam aku banyak lagi alasan dia. tak beranilah, kaki tak sampai kat pedallah. taulah pendek makanlah zirafah eh maap makanlah sayur.
♚♚♚♚♚
"bang eh em naz burger daging special satu. kau nak apa far?"
"burger ayam speciallah satu."
lepas order burger tu, far pandang aku. aku pandang dia. jangan jatuh cinta sudahlah, aku straight lagi ni tak bengkok ke mana-mana. aku angkat kepala aku sikit.
dia tengok aku terus dia jeling mamat buat burger tu. aku tengok mamat tu. pehal tengok aku ni?
"kenapa? burger kitorang dah siap ke?" soalku.
dia geleng lalu pandang aku balik.
"kenapa pandang-pandang ni? ada hutang?" soalku lagi.
dia angguk kepala dia. eh aku ada hutang dengan dia ke?
dia pusing belakang terus capai iphong dia warna pink tu. tekan tekan terus unlock.
wonhae manhi manhi~~
"eh manhi manhi, ya Allah terkejut aku. bongok ah ringtone ni."
aku tekan butang hijau walaupun nombor yang call aku tu aku tak kenal. manatau peminat aku heks.
"ah hello!" maafkan saya, saya agak tak sopan gitu.
"yo orang depan! hutang kuih bila nak bayar?" soal orang kat depan aku. kiknya, banyak sangat kredit kau oi. dermalah kat aku.
"ya Allah lupalah nak bayar tadi petang. saya bayar sekaranglah."
"bayar dua kali ganda dari hutang awak haritu." katanya sambil tunjuk 2 jari dia dekat depan aku.
"alah, baru lambat dua hari kot."
"dua hari pun kira tau. bayar jelah dengan burger ni sekali." katanya lagi.
kuang hajo betullah mamat ni. herm kalau aku bagi tahi hidung aku baru padan muka dia. benci!
"yelah yelah."
selepas beberapa minit macam tu, burger kitorang pun dah siap. harga burger yang sepatutnya aku bayar hanyalah 8 ringgit tapi tambah lagi 6 ringgit sebab lupa bayar kuih mamat pink depan aku ni.
"hah puas hati?" soalku sambil sebelah kening aku naikkan. bukan nak acah ziana zain tapi nak tahan geram sebenarnya.
"dah Alhamdulillah. bertambah rezeki saya."
hurm, sebelum muka mamat ni hangus oleh aku, baik aku balik. aku pusing belakang terus jalan dengan geramnya. taknak aku beli kuih dekat dia lagi.
♚♚♚♚♚
"oi oi, tak tahu berterima kasih ke? aku dahlah hantar kau balik, bayar burger kau, bawa kau jumpa abang burger lagi. inilah orang zaman sekarang tak pan-."
belum sempat aku habiskan syarahan dua suku tu, far dah potong aku.
"terima kasih daun keladi, malas aku nak dengar kau ceramah aku. bye assalamualaikum." katanya.
kuang hajo. aku tumbuk kau. aku pandu kereta aku ke halaman rumah aku eh rumah parents aku sebenarnya. shaya belum ada duwit mau beli rumah shendiri lerh.
"assalamualaikum along!" jeritku.
"woi woi pehal jerit macam beruk kena cucuk hidung ni?" sahut along. pergh dia kata aku beruk? dia tak tahu yang dia tu lebih teruk dari beruk.
"peribahasa mana kau dapat ni? kalau aku beruk, kau abang beruk."
"eh kita adik-beradik eh?" soalnya. ini aku malas kalau bergaduh dengan dia ni. itu aje modal dia untuk menang. aku pandang dia terus masuk rumah, tinggalkan dia kat halaman rumah.
"aku taulah kau anak pungut!"
dan aku kunci grill wkwkwk.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...