"APA?!" jeritku. ya Allah apa dosa abang aku sampai kena tarik nyawa dia? belum sempat pun dia kahwin. anak buah pun aku takde lagi huargh huargh.
"along dah takde dah kat rumah ni, dia pergi kerja." kata angah dan disambut oleh tawanya sendiri. kau pikir kelako ke jilake.
"baik kau keluar dari bilik aku sebelum kau yang takde oleh aku. tak pasal-pasal malam ni majlis tahlil arwah." kataku setenang yang mungkin. kalau ikutkan hati, memang aku baling lampu tidur atas meja di sebelah katil aku ni.
dia kelam-kabut lari lalu menutup pintu bilik aku ni. aku menarik nafas panjang-panjang lalu hembuskan. data aku onkan semula. bunyi noti tu kau jangan cakap berapa panjanglah, boleh bengang kau kalau dengar bunyi noti ni. rasa macam nak hempas fon ni pun ada.
wassap dari kim aku buka.
"KURANG ASAM PUNYA KIM!"
♚♚♚♚♚
"weh kau nak pi mana cepat kalah-kalah choi minho ni?" soal far.
"aku nak jumpa si kim tu. kims betullah." jawabku. far tarik lengan aku.
"kau bawa rilek jap. apa dia buat kat kau?" katanya. ye far aku tau kau nak aku rilek tapi kita block jalan kot.
"far, kenapa kau tak tarik je aku pergi tengah jalan haih. ni hah."
aku dengan perasaan marah dan panas menunjukkan skrin henfon aku. gambar yang kim send kat aku, aku tunjukkan pada dia.
hah lebih kurang camtulah gambar aku. dia lebih lawalah.
far aku tengok muka dia tengah tahan ketawa. henfon dah bertukar tangan. hah aku perlu perhati dia ni sebab jari di ni macam makcik-makcik sikit. suka slide kiri kanan.
"WEH SUWIT SIOT! send kat aku send send send. send cepat." kata far. haih kan aku dah cakap tadi, aduh aduh sayang kenapa kau curang.
"TAK PAYAHLAH BONGOK!" jeritku. tapi belum sempat aku capai henfon aku balik, dia dah tekan macam-macam kat skrin henfon aku.
"makaseh." ucapnya. terbantut niat murni aku nak gertak si kim tu. kims betullah.
"okay sekarang kau ada senjata baru dah nak ugut aku. puas hati kau hah janam?" kataku apabila henfon aku dah dalam genggaman aku. aku sumpah aku takkan bagi lagi henfon aku kat far.
dia angguk kepala dia sambil gelak-gelak macam baru keluar dari penjara lepas 100 tahun. paham tak tang mana kelakonya tu? siapa paham, tolong explain kat aku sebab aku tak paham.
"weh masuk dewan kuliah jom. nak masuk waktu dah ni." kata far. aku pandang dia.
"masuk waktu pala pishang kaulah. kau fikir ini solat ke apa ah?"
dia tersenyum kambing. ya Allah betul-betul macam pakcik miang 79 tahun.
♚♚♚♚♚
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...