33 ♚

10 2 0
                                    

"AWAK!" jeritku lalu kayu di tangan naz tu aku turunkan dan benda tersebut yang tergantung dengan megahnya di hujung kayu tersebut, aku tarik dan sorok dalam baju aku.

"dah mati ke lipas tu?" soal far. sebab tulah sebenarnya kitorang berlari.

"dah hehe. lain yang dicari, lain yang dapat." katanya lalu memandangku sambil tersengih. aku rasa muka aku dah nak meletup dah ni. jangan tengok aku macam tulah. gatai sungguh.

"hah?" far keliru. nasib dia tak nampak, kalau dia nampak, memang aku terpaksa tanggunglah semua ke'bahan'an dia.

"weh korang okay ke?" soal fareez dan farish serentak.

"huh huh huh o-okay tak?" soal farish lagi sambil tercungap-cungap.

"okay." jawab far.

"ish lambatlah korang ni. kalau aku kena langgar kereta, sempat lagi aku mati tau tak?" kataku kepada double f di depanku.

"eih leklah. pakwe kau ni yang laju betul." jawab fareez.

"eih kata atlet...." bidasku lagi.

"itu dulu, bukan sekarang eih agak-agaklah. aku yang dulu bukan yang sekarang." katanya lagi.

"ada apa korang tadi laju-laju tadi? panik aku kejap. manatau tiba-tiba ada ular ke apa nak makan kau." kata farish. okay aku suka part ni, bila dia caring pasal aku ni aww. jangan buat ai terharu pliss.

"eih si atin ni, masa dia tengah kemas pakaian dia, dia tiba-tiba melompat."

"terus kau pun ikut melompat." sampuk fareez.

"lepastu lagi, dia tiba-tiba lari keluar dari bilik."

"hah pastu kau pun lari keluarlah?" sampuknya lagi.

"hey, aku ke atau kau yang nak cerita ni?" soalnya sambil menjeling fareez. fareez tersengih lalu mengangkat kedua tangannya.

"hah sambung. rupanya ada dua ekor lipas berlumba lari berlari berkejaran-"

"seindah bunga di taman~" sambung farish dan fareez pula. ya Allah mamat berdua nikan, aku pula yang stress. menyampuk je kerja.

"hah yelah."

♚♚♚♚♚

"weh korang berem- eh lima, malam ni kita nak buat jungle trekking. korang join eh." kata yayoi. fuh sekian lama muka dia tak muncul depan aku, tiba-tiba pula harini wujud.

"eih mestilah!" jerit fareez, farish dan far serentak. ini aku tak suka ni, tolonglah hantarkan telepathy tu sampai aku, jangan korang bertiga je hei.

rasa dikawan tirikan pula.

"okay. malam ni kumpul kat depan homestay kitorang dulu lepastu barulah jalan sama-sama. memang penduduk kampung ni ada readykan trek untuk aktiviti ni." terang yayoi. kitorang berlima angguk.

"okay see u tunait!" katanya lalu berlalu ke arah kumpulannya.

"weh tin, join eh." kata far.

"halah macam malaslah aku." jawabku. aku dengan far memang suka aktivit macam ni tapi tak taulah kenapa aku macam takde mood je nak join.

"halah joinlah. temankan aku." kata far lagi. haih tolonglah paham wahai far yang aku ni period. kau nak suruh aku jalan dalam hutan sambil berdarah-darah macam ni ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PINKEUWhere stories live. Discover now