"korang ni memang boleh jadi pelakon tambahan kat dalam drama melayu dah ni." kataku kepada far, fareez dan farish yang tengah menghabiskan sisa tawa diorang.
"korang fikir lucu ke hah hanat sekalian?" kataku lagi sambil memeluk tubuh. nak naik dah darah aku ni woi korang boleh gelak lagi.
"haduh sakit perut aku." kata farish sambil memegang perutnya.
"adeh senak senak." kata fareez yang tengah tumbuk perut dia juga. meh aku tolong tumbukkan. tangan aku ready dah ni.
far dah tak terkata apa dah. suara ketawa dia pun dah takde. tapi mulut dia masih terbuka. fuh sabar je aku dengan diorang ni.
"sabarlah sayang." kata naz, cuba untuk tenangkan aku. selama ni memang suara dia boleh tenangkan aku, tapi sekarang ni aku memang tak boleh blah ni.
hah meh duduk atas peha aku ni. cenggini ceritanya. pada zaman dahulu~ ecewah.
"ASSALAMUALAIKUM. kami dari Jabatan Pencegahan Maksiat telah menerima laporan tentang perbuatan maksiat yang telah dilakukan di kawasan ini."
aku dengan naz berpandang. lepastu dia bergerak pergi dekat dengan aku.
"sayang, takkanlah kena kahwin awal kot?" soalnya sambil berbisik.
"kalau kahwin awal dengan awak pun saya tak kesah tapi masalahnya saya belum habis belajar lagi ni awak." balasku.
"takpe, yang penting kita explain dulu dekat diorang. takkanlah dekat tempat awam boleh kena tangkap basah kot?" katanya lagi.
lepastu kami berdua pusing ke belakang dengan muka lima sen dan penuh kerisauan. ini kalau along dengan angah aku tau memang aku patut korek kubur aku awal-awal ni.
"HAHAHAHAHAHAHAHAH."
gelak tawa dari farish, fareez dan far dapat ku dengar.
"pandai takut juga korang ni rupanya HAHAHAHAHAHAHA."
aku yang tadi tutup mata terus buka mata. cuak gila.
hah macam tulah ceritanya. siapa sanggup ada kawan yang nak aku mati awal? angkat bontot anda.
"naz sayang, jom kita pergi huh!" kataku lalu menarik lengan naz ke arah pondok cendawan yang berada sejengkal dari posisi farish, fareez dan far.
"saya perlukan udara segar sebelum saya tumbuk diorang satu-satu." kataku kepada naz sebelum sempat dia kata apa-apa.
"okay, sebab awak tengah naik angin sekarang, saya akan nyanyikan awak lagu." katanya lalu mula memetik gitarnya. la haula, baru nak marah lebih-lebih dah ada ais kena tabur dekat aku.
"Let's take our time tonight, girl~
Above us all the stars are watching,
There's no place I'd rather be in this world,
Your eyes are where I'm lost in."nyanyiannya terhenti lalu dia memandangku dan mengelipkan matanya.
owh my hearteu ;')
"Underneath the chandelier we're dancin' all alone,
There's no reason to hide,
What we're feeling inside right now~So baby let's just turn down the lights and close the door,
Oh I love that dress but you won't ne-""amboi amboi. bersweet pula merpati dua sejoli ni." suara farish menyapa telingaku.
aku yang sedang menutup mata untuk menikmati alunan suara lunak naz terus menjeling ke arah farish. aish pantang betul nampak aku dengan naz bermadu kasih. eh.
YOU ARE READING
PINKEU
Random♚ seorang perempuan yang lupa nak bayar hutang kuih yang berharga 3 ringgit dekat mamat penjual kuih yang minat warna pink. dan mamat tu tak berhenti kacau dia selepas dia dapat nombor telefon perempuan tu. dan kisah pun bermula. ♚ watak perempuanny...