28 ♚

23 4 59
                                    

"tin oh tin!"

"HONEY WOI HONEY!"

lelapku terganggu oleh suara dua orang mamat yang terjerit-jerit macam lepas kena cili mulut. kenapa pula ni?

aku menyarungkan tudungku lalu berjalan ke arah tingkap yang berada di sebelah katil aku.

"kenapa woi?" soalku. nasib aku masih ngantuk, kalau tak aku siku diorang ni satu-satu.

"meh mandi sungai!" jerit farish lalu mengangkat kedua-dua tangannya dan melambai-lambai. apa jadi dengan mamat ni?

"JOM!" jerit fareez lagi. ya Allah apehal mamat dua orang ni? apa penyakit yang serang diorang ni?

far yang masih tidur terus terbangun bila dengar suara fareez menjerit. bangun mengejut pula tu, dengan rambut kusut masai lagi. dia ni nak jadi hantu kak limah yang kedua ke ni?

"kenapa tin? apa jadi?" soalnya cemas.

"aku rasa aku yang patut tanya apa jadi dengan kau. kenapa kau tiba-tiba bangun ni?" kataku sambil memandangnya.

"weh! bawa far sekali!" jerit fareez lagi.

"yelah. aku bersiap kejap." kataku lalu berjalan ke arah far yang sedang memikirkan kejadian alam. eh. tudung yang tersarung di atas kepala, aku buka.

"far, farish dengan fareez bawa kita pergi mandi sungai. jomlah!" kataku lalu menarik lengannya untuk bangun. dia angguk. masih mamai lagi minah ni.

nasib aku pakai baju lengan panjang dengan seluar tracksuit, tak payah susah-susah nak tukar ehe. aku mencapai tudung syria berwarna hitamku dan sarungkan ke atas kepala aku. baju dan seluar lebih, aku sediakan je sebab rumah ni dengan sungai taklah jauh sangat.

                             ♚♚♚♚♚

"weh janganlah siram!" jeritku kepada farish dan fareez yang berkomplot nak siram aku dengan air sungai yang sejuk ni.

"kalau kau tak masuk air ni, kitorang siram kau!" jerit fareez. diorang berdua berjalan dengan perlahan-lahan bertemankan senyuman syaiton kat bibir diorang ke arahku.

"kejaplah. kita selfie jap." kataku lalu mengangkat tinggi henfonku. diorang yang tadinya nak siram aku terus tak jadi.

"henfon aku pula!" jerit farish.

"lepastu henfon aku!" jerit fareez.

"ya Allah nak juga. kan boleh send nanti kat group kita, apa nak satu-satu?" rungutku namun tangan tetap mencapai henfon fareez. lepastu henfon farish pula.

dalam setiap gambar, satu kali je bergambar secara normal — senyum. lepastu yang lain tu hurm, bermacam jenis muka ada — muka macam ayam berak kapur, macam itik kena sula, macam kena kejar anjing dll.

"weh kau jangan nak lari ah tin!" jerit farish lagi.

aku yang masih duduk kat atas batu, terkejut melihat diorang berdua dah berpakat nak tolak aku masuk sungai tu.

"weh rish, kau tolak bahu dia. aku tolak kaki dia. 1!"

"WEH JANGANLAH!"

"2!"

"ye aku terjun weh! aku pandai terjun sendiri!" jeritku.

"3! TOLAK!"

"weh nanti aku jadi duyung!" jeritku sebelum kepalaku tenggelam ke dalam air dan timbul semula ke permukaan.

"HAHAHAHAHAHAHAHA!"

"HAHAHAHAHAHAHAHAH!"

"LAHANAT PUNYA KAWAN!" jeritku. ketawa diorang masih kedengaran di telingaku. dasar ketawa syaitan.

lepastu diorang lagi terjun masuk sungai tu. aish habis terpercik air sungai pergi muka aku. dan aksi siram-menyiram pun bermula.

"okay gais, tengok sini!" jerit abang yayoi. dia tengah pegang DSLR. diorang berdua dengan segeranya berdiri di sebelah aku dan peluk bahu aku. ya Allah nampak mesra sangat ke?

"okay dah!" jeritnya tapi masih berdiri tercegat kat situ. ah pedulilah dia. yang penting aku nak balas dendam kat diorang berdua ni guna jurus water bender aku.

"dahlah weh. jom kita naik." kataku lalu berjalan ke arah batu yang aku duduk tadi.

"far ni pergi ambilkan tuala ke jahit tuala?" aku yang sedang kesejukan memeluk tubuhku. yelah, dahlah petang ni. matahari pun nak main sorok-sorok.

"TIN AKU DATANG NI."

hah panjang umur dia. tanganku memanggilnya untuk berlari dengan lebih cepat. kalau aku mati kesejukan macam mana weh?

"hah jom naik." kataku. tudung yang dah mereng, aku betulkan.

"weh rambut." tegur farish.

"mana?" soalku. tangan aku dah raba muka aku sendiri dah.

"bukan kat mukalah. kat belakang." kata fareez pula lalu mencuit belakangku. ini salah satu sebab aku sayang diorang ni — diorang suka tegur aku.

tangan aku panjangkan ke belakang badan aku. rambut yang dah terlepas dari sanggul, aku masukkan ke dalam baju aku. 

                                    ♚♚♚♚♚

tit tit tit-

nombor naz yang tak berjawab aku call untuk kali yang ketiga. ya Allah mana pergi mamat ni? aku rindu separuh mati kat dia ni weh. aku buka galeri aku.

"naz, awak jangan buat saya tercari-cari awak. nanti gugur bulu mata awak semua." bebelku sambil merenung gambar aku dengan naz. buat aku gila betullah mamat ni.

aku melabuhkan badanku ke atas katil. sedang aku mengelamun, memikirkan tentang kematian eh masa depan, tiba-tiba henfon aku berbunyi.

Wonhae manhi-

dan tak sampai 5 saat pun lagu tu berputar, aku terus slide benda hijau tu. mestilah laju bila nama 'my sayang 💗' yang muncul ehei.

"hurm assalamualaikum." sapaku dengan nada serius. sengaja je tu sebenarnya. dia tak tahu yang aku ni macam nak menari salsa je kat sini bila dia call.

"waalaikumsalam, sayang. rindu saya tak? hehe."

"tak rindu langsung. buat apa awak call ni? ingatkan awak dah lupa saya?" kataku. yelah, bagitau aku siapa tak macam akukan kalau lelaki yang paling kau sayang buat kau macam ni.

"ish awak ni. mesti awak rindu saya kan kan kan. awak janganlah merajuk." 

aku bagi kau amaran ye wahai jodoh. kau jangan pernah buat suara comel kau tu lagi. nanti aku cair macam mana? walaupun aku tau aku ni manusia, jelaslah bahawa aku ni pepejal, pepejal manalah nak cairkan tapi aku tetap cair juga.

"sayang? awak dengar sayakan?"

eh aku mengelamun ke tadi?

"hurm." jawabku. fuh tenang tin tenang.

"kalau awak merajuk lagi, awak tengok luar home stay awak sekarang juga."

aku dengan segeranya memandang ke luar home stay aku. ya Allah! hearteu eyes for my favourite man on earth!

"sayangku fatin shahira. janganlah merajuk lagi. takpelah biar saya nyanyikan awak lagu." katanya. dia bawa gitar warna purple dia lalu memulak petikkan dia. okay aku on the way mati dah ni.

kamera henfonku aku tekan. video weh video!

"Tiada tiada lain ku cinta
Hanya dirimu yang ku puja
Di mana saja pun kau berada
Di sini ku selamanya

Biarpun beribu batu
Aku akan setia menunngu
Biarpun harus ku merindu
Hanya satu I ask of you~"

tau tau aje dia lagu favourite akukan. dia sengaja panjangkan pula ayat last tu. berapa harkat dah tu woi! lepastu dia pandang aku lalu kelipkan mata dia.

OKAY HERE COMES MY FAVOURITE PART!

"Baby baby jangan jangan tinggalkan aku
Baby baby jangan jangan merajuk sangat
Sabar ku tunggu
Sampai kau rindukan ku
Sumpah sakit baby I love you~"

"sayang, I purple you!"

PINKEUWhere stories live. Discover now